Wannura

Koleksi Tumbuhan

DALU-DALU (Salix babylonica L.) UNTUK PENYAKIT KULIT Mei 13, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 6:32 pm
Tags: , , , , ,

Pengenalan
Pokok jenis berkayu yang sederhana tinggi, hujung dahan lembut dan lampai atau berjuntai ke bawah.
Daun jenis ringkas dalam susunan berpilin-pilin, berbentuk linear iaitu tirus memanjang, 5-15 sm panjang dan 1-2 sm lebar, berwarna hijau muda da bergerigi di sepanjang bahagian tepi daun.

Kandungan

Seluruh bahagian : salisinas, salisikosid dan vitamin C.

Ekstrak dalu-dalu mempunyai sifat insektisid, fungisid dan membunuh bakteria jenis Staphylococcus.

Taburan
Dalu-dalu berasal dari negara China. Kini ia ditanam di serata negara yang beriklim sederhana dan tropika.

Penanaman
Dalu-dalu boleh ditanam dengan menggunakan keratan dahan atau pun ranting ataupun kaedah tut. Tiada banyak masalah untuk menanam pokok ini. Ia paling sesuai ditanam di sekitar tepi kolam, tasik ata pun sungai. Pokok ini memerlukan tanah subur dan cahaya matahari tidak terlalu terik.

Penyakit/ Perosak
Masalah utama ialah ulat serangga yang memakan daun dalu-dalu. Paling biasa ditemui ialah ulat ratus.

Khasiat makanan

Kayu : Kulitnya direbus dalam campuran pelbagai herba lalu airnya diminum.

Khasiat ubatan

Nota *** Dalu-dalu dan dedalu merujuk kepada beberapa spesisi tumbuhan . Salix juga ada beberapa spesis. Untuk tujuan ubat herba hanya spesis yang tercatat dimaksudkan.

Akar : Dibakar hangus dan abunya dicampur minyak dan digunakan sebagai ubat sapu pada bisul di mulut.
Air rebusan akar dan kulit kayunya digunakan sebagai air mandian untuk merawat penyakit kulit yang disebabkan parasit. Air rebusan ini sesuai diminum untuk merawat demam kuning , demam panas, gonorea dan reumatisme.

Biji : Serabut biji ditampal pada kudis bernanah dan bisul.

Daun : Air rebusannya digunakan untuk mencuci bisul, kudis, kudis campak, ulser dan penyakit kulit. Air rebusan daun dan kulit kayunya diminum sebagai astrigen, tonik dan rawatan demam panas yang berulang.

Kayu : Air rebusan kulitnya sesuai diminum untuk menyingkirkan cacing dalam perut dan usus.

Pokok : Gam daripada batangnya ditampal pada kudis bernanah dan bisul.

Ranting : Air rebusannya diminum untuk merawat gonorea dan sakit reumatisme.

Advertisements
 

8 Responses to “DALU-DALU (Salix babylonica L.) UNTUK PENYAKIT KULIT”

  1. newzair Says:

    bukan ni janda merana ker

  2. zainura66 Says:

    ini pun janda merana…..sebenarnya ia mempunyai banyak nama.

  3. newzair Says:

    belah utara kedah pokok ni dipanggil hujan lebat ,kat upm serdang bnyak pokok ni untuk apa taktahular untuk r&d kot.

  4. zainura66 Says:

    newzair ni student upm serdang ke ? Kalau buat R & D tentang pokok ni, jangan lupa bagi tahu resultnya nanti, ye.

  5. newzair Says:

    tak lar saya pernah pegi sana ,, ja so bnyak benda bleh guna yer

  6. ruddy Says:

    hi..

    bagaimana saya mendapatkan bibit dari salix babylonical ini ?? saya mau membeli bibit atau batangnya utk di tanam

    terima kasih
    rudy

  7. eddy Says:

    salam..saya nk cari daun nie..boleh tau dkt upm, area mana banyak pokok nie?..da masa nanti boleh pegi cari.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s