Wannura

Koleksi Tumbuhan

MEMPISANG (Goniothalamus sp.) UBATI KANSER PAYUDARA Mei 18, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 9:35 pm
Tags: , , , ,



Pokok mempisang mampu ubati kanser payu dara

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN

KUCHING 18 Jan. – Sekumpulan penyelidik dari Fakulti Sains Sumber dan Teknologi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mendapati pokok mempisang dari jenis Goniothalamus Velulinus mampu menghasilkan penawar yang berpotensi mengubati kanser payu dara dan paru-paru.

Ketua penyelidik bagi kajian itu, Profesor Madya Dr. Fasihuddin Badruddin Ahmad berkata, penawar tersebutdiperoleh melalui penyelidikan terhadap ekstrak akar dan kulit pokok mempisang itu atau secara umumnya dikenali sebagai kayu tas hitam atau bahasa Ibannya Selukai’.

“Proses mengekstrak tersebut mengandungi bahan kimia dari kumpulan alkaloid di mana sebatian daripada bahan kimia itu berpotensi untuk merawat barah payu dara dan paru-paru,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, melalui penyelidikan yang dilakukan ke atas sel tumor tikus makmal, ia berjaya mele-nyapkan ketulan tumor yang terdapat pada tikus tersebut.

Jelasnya, kajian tersebut dimulakan sejak tahun 1995 dan merupakan yang pertama dilakukan ke atas pokok tersebut yang hanya terdapat di kepulauan Borneo.

“Penemuan itu berpunca daripada proses kaji selidik yang kerap dilakukan terhadap jenis-jenis pokok yang terdapat di hutan.

“Kita mengambil tumbuhan itu untuk memisahkan bahan kimia yang ada sebelum menentukan aktiviti biologi seperti anti kanser, anti Human Immunodeficiency Virus (HIV), anti bakteria dan Iain-lain aktiviti yang terdapat dalam tumbuhan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, terdapat 40 spesies pokok mempisang yang berlainan jenis di Sarawak dan sebahagian daripadanya tidak terdapat di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Fasihuddin memberitahu, pokok mempisang digunakan oleh pengamal perubatan di Sarawak untuk merawat demam dan menggugurkan janin.

Katanya, selain itu batang pokok mempisang atau kayu tas hitam itu juga digunakan sebagai ubat menghalau nyamuk bagi penduduk di luar bandar.

Dalam pada itu, Fasihuddin berkata, beliau berhasrat untuk menghasilkan ubat-ubatan daripada pokok mempisang itu untuk dimanfaatkan oleh penduduk pada masa hadapan.

Petikan : akhbar Utusan Malaysia, 19 Jan 08

Advertisements
 

4 Responses to “MEMPISANG (Goniothalamus sp.) UBATI KANSER PAYUDARA”

  1. Norhayati Zainol Abidin Says:

    Assalamualaikum…
    Dimanakah boleh saya dapatkan artikel ini.

    • zainura66 Says:

      Assalamualaikum,

      Artikel ini adalah Petikan : akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh, 19 Jan 08.

      Salam hormat.

      • Norhayati Zainol Abidin Says:

        Salam…
        adakah hasil kajian ini diterbitkan dalam mana-mana journal yang boleh saya jadikan rujukan bagi penulisan akademik saya.

      • zainura66 Says:

        Saya tidak pasti samada hasil kajian ini ada diterbitkan atau tidak dalam mana-mana journal untuk dijadikan rujukan saudari. Jika saudari benar-benar berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang hasil kajian ini, cubalah berhubung dengan Profesor Madya Dr. Fasihuddin Badruddin Ahmad ; Ketua Penyelidik bagi sekumpulan penyelidik dari Fakulti Sains Sumber dan Teknologi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada masa kajian itu telah dijalankan.

        Saya berharap saudari Norhayati benar-benar faham mengenai artikel yang tertera di atas.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: