Wannura

Koleksi Tumbuhan

HANTU DURI (Zanthoxylum rhetsa) PEMBANGKIT NAFSU SYAHWAT Mei 20, 2010

PENGENALAN

Pokok hutan ini adalah bersaiz kecil atau sederhana boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Daunnya berpelepah , 35 sm atau lebih panjangnya dan mengandungi 8 – 20 pasang helai daun tumbuh bertentangan itu berbentuk sedikit bujur tirus , 5 – 12 sm panjang dan mempunyai belahan daun yang tidak seimbang terutama di bahagian pangkalnya serta hujungnya sedikit tajam.
Bunganya banyak , bersaiz kecil, berwarna putih kekuningan dengan merah di tengahnya, 4 bahagian kelopak serta mempunyai panikel (panicles) 40 sm panjang.
Buahnya pula pada kebiasaannya hanya satu (bersendiri) berdiameter kira-kira 6 – 8 mm , sedikit tubekel (bengkak kecil) dan berwarna merah bila telah matang. Biji yang terdapat di dalamnya berbentuk bulat dan berwarna hitam-kebiruan.
Kulit kayunya dikatakan mengandungi minyak mudah meruap (5.8 % ) dengan terpenene/ sabinene (90 %). Ia juga dikatakan bersifat afrodisiak (aphrodisiac – ubat pembangkit nafsu syahwat) serta mempunyai aroma pahit. Bijinya pula mengandungi 29.7 % minyak mudah meruap.(volatile).
Di Filipina, kulit kayu pokok ini dikisar dan dicampurkan dengan minyak, digunakan untuk di sapu ke perut bagi mengatasi masalah sakit perut. Kulit kayunya jika direbus dan diminum untuk mengatasi masalah sakit dada. Manakala ianya dikunyah sekiranya dipatuk ular.
Buahnya pula dikatakan sebagai agen peransang, rasanya kelat (astrigen), mempunyai sedikit aroma dan sebagai pencuci sistem pencernaan. Ia juga menyembuhkan masalah perkumuhan (kencing) , dispepsia (makanan sukar hadam) akibat atrabilis serta diarrhea (cirit-birit) Bagi pesakit reumatisme pula, buahnya diberi makan bersama dengan madu lebah.
Di Goa , kulit akarnya digunakan sebagai ubat pencuci (purgative) buah pinggang.
Selain dari itu, pati minyak dari pokok ini (essential oil) juga digunakan untuk menyembuhkan penyakit taun/ kolera (cholera).

 

One Response to “HANTU DURI (Zanthoxylum rhetsa) PEMBANGKIT NAFSU SYAHWAT”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: