Wannura

Koleksi Tumbuhan

UBI GARUT (Maranta arundinacea L.) PELBAGAI GUNA DAN KHASIAT Mei 27, 2010

Filed under: Herba — zainura66 @ 5:40 pm
Tags: , , , , , ,

Pengenalan
Pokok herba tumbuh berumpun, ada rizom berubi berbentuk bulat, runcing di hujung ubi sepanjang 10-20 sm, ub diliputi pelepah kering, batangnya setinggi 0.5- 1.5 m ; ada pelbagai jenis kultivar dengan warna daun hijau, hijau berjalur putih, ungu atau coklat dan ubi berwarna putih atau kemerah-merahan, saiz dan bentuk ubi yang berlainan.
Daun ringkas tersusun selang-seli, bujur telur, memanjang atau mata seperti lembing, tirus di hujung dan bulat di pangkal daun, pangkal tangkainya berpelepah, lai daun 10-25 sm panjang dan 5-10 sm lebar.
Bunga putih, bentuk tiub, condong ke tanah, tersusun di jambak kecil, 5 kelopak.
Buah kapsul tiga segi, 7-10mm panjang.
Biji merah jambu, kasar, isi di luar biji berwarna kuning.

Kandungan
Ubi segar : 69-72 % air, 19 – 22 % kanji, 1-2.2 % protin, 0.1 % lemak dan 0,6 -1.3 % fiber. Ubinya juga ada bahan pahit, gula dan resin. Ubi mengandungi 25-27 % kanji (dikira ikut berat kering). Kanji mengandungi amilosa dan banyak kalium.

Taburan
Ubi garut berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan. Kini ia ditanam di serata negara beriklim tropika dan juga bukan tropika.

Kaedah penanaman
Anak ubi di dalam tanah paling sesuai digunakan sebagai bahan tanaman. Penanaman dengan biji mengambil masa yang agak lama. Pokok yang ditanami biji juga tidak atau kurang berbiji. Ia paling sesuai ditanam di tanah pamah dalam iklim tropika. Ia memerlukan 1500 mm atau lebih jumlah hujan setahun. Ia juga perlukan tanah jenis gembur berpasir dan banyak air tetapi kurang sesuai kalau tanah bertakung air. Ia ditanam sedalam 5-7.5 sm dan jarak antara setiap lubang 30 sm . Penanaman paling sesuai dilakukan pada permulaan musim hujan. Ubi bercambah dalam masa antara 1-3 minggu selepas sahaja disemai. Untuk tujuan memperoleh ubi, maka ia perlu dituai 10-12 bulan selepas ditanam.

Khasiat makanan
Ubi : Direbus atau dipanggang dan dimakan isinya. Kanji dalam ubi yang matang ialah makanan bernutrisi tinggi kepada orang yang lemah. Kanji diekstrak keluar dari ubi dan dijual sebagai makanan yang berkhasiat kepada orang tua atau lemah. Tepung kanji ubi garut bernilai lebih tinggi berbanding tepung kanji tumbuhan lain. Tepung ubi garut juga digunakan untuk memekatkan sup, sos, puding, makanan, gula-gula, manisan dan aiskrim.

Kegunaan lain
Tepung ubi garut digunakan dalam menghasilkan bedak, gam dan sabun. Hampas dalam proses mengeluarkan kanjinya digunakan sebagai makanan haiwan ternakan ataupun baja hijau, menghasilkan kertas, kadbod, kusyen dan kertas dinding. Daunnya digunakan untuk membungkus makanan (seperti daun pisang).

Khasiat ubatan
Akar : Ditumbuk lumat-lumat dan ditampal pada luka, bekas sengatan dan patukan haiwan berbisa. Bahan ini juga ditelan sebagai penawar bisa dalam makanan atau minuman.

Ubi : Air rebusannya diminum untuk merawat penyakit dalam saluran air kecil dan masalah perut dan usus; dan sebagai losyen mata. Air rebusan ini dicampur gula lalu diminum untuk melawaskan buang air kecil.
Ubi yang segar dimakan mentah untuk merawat masalah pundi dan saluran kencing.
Ubi yang segar dihancurkan dan ditampal pada luka yang terkena panah beracun, luka yang lain dan ulser.
Tepung ubi garut dicampur air dan gula lalu diminum untuk merawat disentri. Tepung ini juga disapu pada kulit kerana terlalu lama terdedah kepada sinaran matahari, bintik-bintik merah pada kulit yang timbul akibat demam, kelemayuh, penyakit kulit dan sengatan tebuan.

Rujukan:
Tanaman Hiasan: Khasiat Makanan dan Ubatan oleh Ong Hean Chooi

Advertisements
 

10 Responses to “UBI GARUT (Maranta arundinacea L.) PELBAGAI GUNA DAN KHASIAT”

  1. syed Says:

    hello; boleh tak tepung ubi garut ini dibancuh dan dan diminum setiap pagi untuk diet….

    Thank you.

  2. zainura66 Says:

    lebih baik bertanya kepada pakar diet.

  3. Rabizah Says:

    tahu tak harga 1 kg tepung garut & dimana mendapatkannya? benih pokok pulak?
    tq

    • zainura66 Says:

      Rabizah boleh cuba cari di nurseri pokok, saya rasa ada jual di sana. Tepung garut sy tak pasti pulak nak cari di mana…

  4. […] UBI GARUT (Maranta arundinacea L.) PELBAGAI GUNA DAN KHASIAT … – 27/5/2010 · Pengenalan Pokok herba tumbuh berumpun, ada rizom berubi berbentuk bulat, runcing di hujung ubi sepanjang 10-20 sm, ub diliputi pelepah kering, …… […]

  5. […] UBI GARUT (Maranta arundinacea L.) PELBAGAI GUNA DAN … – Oktober 16, 2010 at 8:27 pm. hello; boleh tak tepung ubi garut ini dibancuh dan dan diminum setiap pagi untuk diet…. Thank you…. […]

  6. […] Article Title: Ubi garut (maranta arundinacea l.) pelbagai guna dan Source: wannura.wordpress.com » « […]

  7. […] UBI GARUT (Maranta arundinacea L.) PELBAGAI GUNA … – Pengenalan Pokok herba tumbuh berumpun, ada rizom berubi berbentuk bulat, runcing di hujung ubi sepanjang 10-20 sm, ub diliputi pelepah kering, batangnya setinggi 0.5 …… […]

  8. […] Article Title: Ubi garut (maranta arundinacea l.) pelbagai guna dan Source: wannura.wordpress.com » « […]

  9. […] Article Title: Ubi garut (maranta arundinacea l.) pelbagai guna dan Source: wannura.wordpress.com » « […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: