Wannura

Koleksi Tumbuhan

WURUK (Rhapis excelsa) MENGINDAHKAN LANDSKAP Mei 27, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 6:16 pm
Tags: ,

Pengenalan
Pokok jenis palma rumpun, 2 meter tinggi atau lebih; batang seperti rotan, dibaluti oleh ijuk berwarna perang, batang berwarna hijau atau hijau kekuning-kuningan, licin dan berkilau.
Daun jenis palmat dengan 6-11 anak daun yang berbentuk tirus memanjang, tangkai daun panjang, pelbagai saiz daun dan tangkainya yang dipengaruhi oleh kedudukan batang pokok, kesuburan tanah, cuaca dan tempat penanamannya samada di dalam pasu atau atas tanah.
Bunga kecil pada jambak atau mayang di ketiak daun, berwarna kekuning-kuningan.
Buah bulat bebola atau sedikit bujur, 2-3 mm lebar, berwarna kuning kemerah-merahan.

Kandungan
Seluruh bahagian : karbohidrat, mineral dan serabut.

Taburan
Wuruk berasal dari Indo-China dan Thailand. Kini ia ditanam diserata negara tropika, sub-tropika dan juga yang beriklim sederhana.

Kaedah penanaman
Wuruk biasanya ditanam dengan cara memisahkan anak pokok dari rumpun induk. Wuruk juga bolehlah ditanam menerusi penggunaan biji-bijinya tetapi cara ini memakan masa yang lama. Anak-anak pokok yang diasingkan daripada pokok induk boleh ditanam dalam beg plastik atau pasu. Anak-anak pokok yang sudah tumbuh dengan baik di dalam beg plastik boleh dipindah ke tapak yang dipilih atas tanah. Pokok ini boleh ditanam dalam pasu atau di atas tanah.

 

One Response to “WURUK (Rhapis excelsa) MENGINDAHKAN LANDSKAP”

  1. aldrine Says:

    apakah penyakit yang sering menyerang tumbuhan seperti poko palma buluh rhapis excelsa


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: