Wannura

Koleksi Tumbuhan

ARA JALAR (Ficus pumila L.) MERAWAT HERNIA (BURUT) Mei 28, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 2:03 pm
Tags: , , , ,

Pengenalan
Pokok memanjat menggunakan akar yang melekap pada dinding atau batang pokok; rantingnya halus dan lembut, ranting yang besar pula sedikit berkayu. Daun jenis ringkas dalam susunan berselang-seli, berbentuk bujur telur atau bujur runcing, 2-10 sm panjang dan 1-6 sm lebar; daun dan batang menjadi lebih besar apabila akar melekap pada dinding atau batang pokok. Buah berbentuk bulat memanjang atau lonjong, 5-8 sm panjang dan 3-5 sm lebar.

Kandungan
Getah ara : enzim ficin
Daun : kumarin jenis bergapten dan herniarin, fluvalinat dan poliisoprin.

Taburan
Ara jalar berasal dari Asia Tenggara dan selatan China tetapi sekarang ia ditanam di serata negara.

Kaedah penanaman
Ara jalar boleh ditanam dengan menggunakan keratan ranting atau tut. Keratan bolehlah ditanam di tapak semaian atau di dalam beg plastik dan perlu kerap disirami air. Pokok yang sudah mula menghasilkan akar dan tumbuh denagn baik boleh ditanam berhampiran tembok ataupun dinding supaya pokok ini dapat memanjat dan menutupi keseluruhan tembok atau dinding tersebut. Cantasan bolehlah dilakukan untuk menggalakkan lebih banyak cabang dihasilkan dan juga membuatkannya tumbuh lebih rapat pada dinding atau tembok.

Khasiat makanan
Buah Ara segar atau kering : Dimasak sup dengan daging atau tulang dan diminum semasa makan nasi.

Khasiat ubatan
Akar : Air rebusan diminum untuk melawaskan buang air kecil dan juga mengatasi masalah bengkak pundi air kecil.

Buah
: Air rebusan diminum untuk merawat burut (hernia) dan kanser. Buah dibelah, dikeringkan, dimasak sup bersama daging atau tulang dan air tapai lalu diminum oleh ibu yang menyusui bayi supaya dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Air rebusan buah yang kering diminum untuk merawat masalah tiada atau kurang haid, mati pucuk, air mani keluar semasa tidur dan air kencing kotor.

Daun : Air rebusan diminum untuk merawat masalah kencing yang bercampur darah, disenteri, kanser dan penghasilan lebih susu kepada ibu. Air rebusannya disapu pada bisul atau bengkak bernanah dan buasir. Cecair dan getah yang diperah daripada daun disapu pada pelbagai jenis penyakit kulit.

 

10 Responses to “ARA JALAR (Ficus pumila L.) MERAWAT HERNIA (BURUT)”

  1. Mohamed Din Says:

    Askum saya nak tanya dimana saya bolih dapat benih Ara Jalar untuk ditanam diumah dirumah saya

    Terima kaseh.

  2. zainura66 Says:

    Waalaikumsalam,

    Pokok ara jalar ini pada suatu ketika dulu adalah tumbuhan liar dan semak, namun kini telah pupus (besar kemungkinan) di tempat kita (Malaysia) kerana tersangat sukar untuk dicari. Saya telah berusaha menjelajah di google tetapi apa yang saya dapati ianya hanya masih ditanam di luar negara sahaja. Boleh saya tahu saudara inginkan pokok ini untuk tujuan apa ? Kerana mungkin ia boleh digantikan dengan pokok yang lain jika diperlukan untuk tujuan perubatan tradisional. Sekian terima kasih.

    • Mohamed Din Says:

      Assalammuaikum

      Terima kasih jawapan saudara. saya perlukan pokok tersebut untuk untuk merawat burut saya.

      terima kasih

  3. zainura66 Says:

    Assalaamualaikum,

    melalui pembacaan, mengenai penyakit yang di alami oleh saudara, ada beberapa kaedah yang boleh saya sarankan iaitu ;

    1. selain dari pokok ara jalar ini, saudara bolehlah gunakan daun kecubung samada di buat demahan (penuam), berbarut iaitu dengan cara melayurkan daun tersebut di atas api yang sederhana, di sapu minyak urut kemudian ditekupkan atas perut atau pun daun kecubung itu dilumatkan bersama sedikit kapur makan serta limau nipis, ditempel pada perut, atau

    2. boleh rujuk pautan ini http://1001-petua.blogspot.com/2009/05/mangga-penawar-penyakit-hernia.html atau

    3. secara tradisional dapat dilakukan pengubatan dengan ramuan ini.Bahan :
    1. Telur ayam kampung 1 butir
    2. Madu asli 3 sudu makan
    3. Minyak samin (sapi) 3 sendok makan.

    Cara Pembuatan : Telur ayam diambil kuningnya, masukkan kedalam gelas yang berisi air panas, tuangkan madu dan minyak samin lalu diaduk sampai rata, Cukup mudah kan…

    Cara Penggunaan : Minum dalam keadaan hangat sekaligus setiap hari. Lakukan selama beberapa hari.

    Saran :Jangan bekerja terlalu berat
    Jangan minum-minuman keras dan merokok
    Minum dan makan makanan yang hangat-hangat.

    4. Mencari seorang pakar urut untuk memulihkan sistem badan saudara terutamanya bahagian abdomen (perut)

    5. Mencuba kaedah perubatan moden iaitu dengan cara pembedahan,

    Ini sahaja yang dapat saya bantu saudara. Salam hormat.

    • dean Says:

      adakah cara tradisional yang dinyatakan pada nombor 3 pernah dilakukan oleh sesiapa dan adakah cara itu berkesan. .

  4. Mohamed Din Says:

    terima kasih Assalammualaikum

  5. terimah kasih kerana tolong aku.

    • dean Says:

      Ada sesiapa tak yang pernah mengalami masalah hernia dan merawatnya dengan cara tradisional?. .saya nak tahu cara tradisional yang boleh saya gunakan kerana saya mengalami masalah itu sekarang. .

  6. Jennysa Says:

    Anak sy mengalami burut d bhagian kemaluannya sbelah kanan,sy sgt risau untk mgubatinya,bleh tlg apa cra tradisional yg brkesan merawat burut ini?

    • zainura66 Says:

      Amalan biasa secara tradisional yang dilakukan ialah dengan menuam bahagian tersebut dengan daun sirih atau daun kecubung. Caranya ialah dengan melayur daun tersebut di atas api yang sederhana panas, tuam dulu di bahagian belakang tangan kita sebelum menuam ke bahagian kemaluan dan juga di sekitar perut anak puan.
      Boleh juga dilakukan dengan urutan di bahagian peha hingga ke betis kiri dan kanan, kemudian urut di bahagian abdomen (perut) hingga ia menjadi agak lembut.

      Sekian, terima kasih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: