Wannura

Koleksi Tumbuhan

KULAI (Oroxylum indicum) Mei 29, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 2:04 am
Tags: , , , ,

Pengenalan
Pokok kecil atau sederhana besar, setinggi 20 m; tidak banyak dahan; kulit berwarna kelabu putih, licin dan sedikit merekah. Daun jenis majmuk, 1-1.3 m panjang, ukuran lebar hampir sama; anak daun 7.5-17.5 sm panjang, ukuran lebar hampir sama; bahagian anak daun bersambung dengan tangkai daun yang berbentuk kembung; anak daun bertangkai pendek, bentuk lai daun lonjong, sepanjang 6.2 – 12.5 sm dan 4.3-7.5 sm lebar. Bunga dalam jambak di hujung ranting, 60-180 sm panjang; bunganya besar, bau busuk, tiub kaliks 2.5-3.8 sm panjang, tiada kelopak kaliks; korola berbentuk corong, 10 sm panjang dan 12.5 sm lebar, ada 5 kelopak, berisi, bahagian luar berwarna merah ungu hingga perang hati, bahagian dalamnya berwarna putih dan kuning kehijau-hijauan; bunga kembang pada waktu malam. Buah panjang leper, 60-120 sm panjang dan 7.5-12 sm lebar, sedikit bengkok dan berjuntai. Biji banyak dalam buah, 7.5 sm lebar dan 3.8 sm panjang, sangat nipis, warna putih atau hampir putih.

Kandungan
Kulit pokok dan biji : Flavon daripada jenis baikalein, 6-metilbaikalein dan krisin. Kulai juga mengandungi asid benzoik, asid fetalik dan floroglusinol.

Taburan
Kulai mempunyai taburan semulajadi di sekitar kaki Gunung Himalaya, India, Pakistan, Bangladesh, selatan China, Thailand dan Malaysia.

Kaedah penanaman
Kulai ditanam dengan biji. Bijinya leper dan sangat kecil. Oleh itu ia perlu dikambus sedikit pasir atau tanah supaya tidak ditiup angin. Perhatian yang terperinci perlu diberikan untuk mengelakkannya tercedera akibat siraman hujan ataupun percikan air kepada benih yang sedang bercambah. Kulai mula berbunga apabila pokoknya telah mencapai ketinggian 5 m. Ia juga boleh dipropagasi dengan kaedah tut atau keratan.

Ekologi
Pokok kulai tumbuh di pinggiran hutan dan kawasan yang terbuka di tanah pamah dan bukit. Lazimnya ia kedapatan di kawasan kampung, tepi sawah padi dan hutan di pinggir jalan. Oleh sebab bunganya kembang pada waktu malam maka agen utama polinasinya ialah kelawar.

Khasiat ubatan :-

Biji :
Air rebusannya diminum untuk merawat masalah perut dan hati.
Bijinya digunakan untuk dibuat ubat luaran bagi merawat bisul, kudis dan ulser.

Daun :

  • Air rebusannya diminum untuk merawat sakit perut, reumatisme, demam panas (kerana luka yang membawa jangkitan), mengeluarkan angin dalam perut dan usus serta pembuka selera. Air rebusan ini juga dijadikan ubat luaran untuk rawatan ibu selepas bersalin, demam panas, kolera dan bengkak sendi.
  • Daunnya yang telah direbus dijadikan ubat pupuk semasa dan selepas wanita bersalin serta rawatan disentri.
  • Daunnya dijadikan ubat pupuk untuk merawat sakit kepala.
  • Daunnya yang dipanaskan diletak pada kulit untuk merawat limpa bengkak, serta pipi dan gusi yang bengkak kerana sakit gigi.

Pokok :
Kulitnya dikunyah untuk mencuci tubuh atau mengeluarkan bisa dalam tubuh, terutamanya untuk ibu selepas bersalin.
Air rebusan kulit kayu atau akarnya diminum untuk mengatasi masalah cacing dalam perut dan usus, meransang peluh, merawat cirit-birit disentri, gastrik dan reumatisme.
Bahagian lembut antara kulit pokok dengan kayunya ditampal pada luka untuk menghentikan pendarahan dan menyembuh luka.

Kegunaan lain
Daun muda, bunga dan buah muda : Dijadikan sayur (lauk)
Pokok : Kulit pokok dan kulit buahnya sesuai dijadikan bahan menyamak dan mewarna. Batangnya dibuat bilah mancis.

 

2 Responses to “KULAI (Oroxylum indicum)”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: