Wannura

Koleksi Tumbuhan

Tumbuhan yang memakan manusia di Madagascar Jun 8, 2010

Filed under: Artikel — zainura66 @ 5:51 pm

PADA tahun 1878, seorang pengembara Jerman yang melawat Madagascar iaitu Carl Liche, sempat menyaksikan satu upacara menyeramkan yang dilakukan satu daripada puak Orang Asli di wilayah itu. Pengembara itu menyaksikan puak Mkodo menangkap seorang daripada anak gadis kumpulan mereka dan diserahkan kepada pokok gergasi yang aneh sebagai korban!

             Tidak seperti tumbuhan biasa, pohon aneh yang menyerupai pokok nanas gergasi itu kelihatan menyeramkan dengan bahagian jambul di atasnya dipenuhi jalur hijau seakan sesungut sotong kurita yang mengelilingi takungan berisi cecair tertentu. Apabila gadis itu sampai di bahagian atas tumbuhan berkenaan, dia dengan berat hati dipaksa meminum cecair yang bertakung di atas pohon berkenaan. Serentak itu, dengan tiba-tiba tumbuhan berkenaan kelihatan hidup dan bergerak-gerak. Sesungut hijaunya dengan rakus membelit jasad gadis berkenaan menyebabkan dia menjerit kesakitan.
            Terkejut dengan situasi itu, Liche menulis gambaran berkenaan dengan ayat berikut:
“Pohon kanibal kejam, yang tadi kelihatan tidak bergerak seolah-olah mati, tiba-tiba menjadi hidup dan mengganas. Sesungutnya yang halus dan kemerahan merayap seumpama ular yang lapar di kepala gadis berkenaan.                                               
           “Kemudian, seolah-olah tumbuhan itu mampu berfikir dengan bijak, ia mula membelit kuat tangan dan leher gadis itu. Jeritan ketakutan gadis itu disambut satu bunyian pelik seolah-olah ketawa kejam daripada tumbuhan itu.                           
          “Sesungut tumbuhan itu – satu demi satu yang kelihatannya seperti ular hijau – dengan tenaga yang kuat dan kelajuan yang dahsyat, menjalar sehingga membalut tubuh gadis itu dengan ketat dan kejam seperti ular anaconda yang membelit mangsanya.”
            Sebaik kisah itu dipaparkan di akhbar, tanda tanya segera tercetus di kalangan ramai pihak berhubung kewujudan tumbuhan aneh yang diceritakan itu. Beberapa tahun kemudian iaitu pada 1924, bekas Gabenor Michigan, Chase Osborn, dalam buku tulisannya bertajuk ‘Madagascar, Negeri Pohon Yang Memakan Manusia’ mengesahkan kewujudan tumbuhan karnivor berkenaan malah menyatakan bahawa puak Mkodo serta mubaligh yang pernah melawat wilayah itu mengetahui akan wujudnya pohon aneh itu.
           Setelah heboh mengenai kisah tumbuhan aneh itu, satu pencarian yang memakan masa bertahun-
tahun dijalankan. Seorang penyelidik biologi terkemuka, Charles Darwin menghabiskan masa selama 15 tahun untuk mengkaji tumbuhan berkenaan yang kemudian dikenali dengan nama saintifik ‘insectivores’. Kajian mendapati, pohon tersebut tidak seperti tumbuhan lain yang memperoleh ‘makanan’ mereka dengan menyerap mineral daripada tanah, tumbuhan karnivor itu memerangkap haiwan serta serangga dan memakan mereka bagi mendapatkan nutrient.
             Tumbuhan jenis ini dapat bergerak dengan sendirinya dan menggunakan pelbagai kaedah untuk memerangkap mangsa mereka. Tumbuhan ini dikenali sebagai ‘venus flytrap’ atau nama saintifiknya ‘Dionaea muscipula’ yang banyak tumbuh di Asia Tenggara dan memerangkap serangga, katak dan haiwan sebesar tikus, namun pencarian itu tidak menemui sedikit pun bukti tumbuhan karnivor yang memakan manusia, penulis sains, Willy Ley, berpendapat bahawa kisah Carl Liche seperti yang tertera dalam akhbar South Australian itu hanya rekaan semata-mata. Tiada pohon yang memakan manusia di Madagascar, tiada puak Mkodo ditemui malah pengembara berana Carl Liche juga tidak pernah wujud.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: