Wannura

Koleksi Tumbuhan

AKSI PENGGUNA TERHADAP REMPAH KAS-KAS Jun 11, 2010

Filed under: Artikel — zainura66 @ 11:07 pm
Tags: , ,

Persoalan tentang penggunaan kaskas masih lagi belum selesai. Walaupun sudah sedikit reda dari kekecohan yang timbul sejak beberapa minggu lalu, rakyat masih lagi tertunggu-tunggu apa tindakan terkini kerajaan dan apa yang bakal disuarakan lagi tentang kaskas ini. Isu ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof yang menyatakan bahawa pengusaha restoran-restoran India Muslim telah menggunakan kaskas dalam hidangan mereka, menyebabkan pengunjung restoran menjadi ketagih terhadap masakan mamak. Penyataan beliau nyata menimbulkan pelbagai persepsi dan menarik perhatian masyarakat kita di seluruh negara. Berikutan dari itu, ada sebilangan orang-orang kita yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak lagi mengunjungi restoran-restoran mamak ini kerana bimbang turut menjadi ketagih. Pengusaha-pengusaha restoran mamak pula merasakan ini adalah satu sabotaj yang dilihat mampu mengganggu-gugat perniagaan mereka kerana ia memberikan imej yang buruk kepada restoran mamak. Berikutan dengan itu, pengusaha-pengusaha restoran mamak telah membuat laporan polis berkenaan penyataan ahli Parlimen tersebut. Baca selanjutnya…

Ramai yang menjadi bimbang apabila diberitahu yang kas-kas ini berasal dari pokok popi, sejenis pokok yang mashyur dan diketahui umum dapat menghasilkan sejenis dadah berbahaya yang dipanggil opium atau nama lamanya candu. Apabila menyebut pokok popi sahaja, minda kita sering terbayang dadah tersebut dan kita menjadi risau serta bimbang seolah-olah pokok popi ini amat membahayakan, patut dimusnahkan sama-sekali dan sebarang ekstrak atau hasil dari pokok ini tidak boleh digunakan atau dimakan kerana ianya beracun. Itu tanggapan kita. Tetapi sebenarnya pokok popi itu tidaklah membahayakan seperti yang disangka. Yang membahayakan ialah apabila ada pihak yang menyalahgunakan kejadian Tuhan ini dan menyelewengkannya demi untuk mengaut keuntungan peribadi sehingga terciptanya opium itu.

Bagaikan satu tindakan refleksi, pihak-pihak media hebat menyebarkan berita tentang isu kas-kas ini. Dalam pada masa yang sama, beberapa orang-orang penting kerajaan turut ditemuramah berkenaan penggunaan kaskas. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang disoal oleh pihak bernama dan disiarkan dalam akhbar tempatan berkata bahawa penggunaan kaskas sebagai bahan tambahan dalam masakan adalah salah dan haram mengikut Akta Makanan 1982. Mengikut berita tersebut juga dinyatakan bahawa kas-kas merupakan lateks dari bunga yang digunakan untuk menghasilkan opium. Tambah beliau lagi, adalah salah untuk memasukkan sebarang bahan stimulasi dalam masakan. Walau bagaimanapun penggunaan kas-kas adalah terkawal dan rakyat tidak perlu bimbang tentang itu.

Di sini, ingin saya perbetulkan kenyataan yang telah disampaikan oleh berita tersebut menyatakan bahawa kaskas adalah lateks dari bunga popi. Berdasarkan pembacaan dan kajian yang telah dibuat, kas-kas sebenarnya bermaksud biji popi yang telah dihancurkan. Biji popi ini diproses daripada bunga popi dan bukanlah lateks seperti yang didakwa. Terdapat perbezaan yang ketara di antara biji popi dan lateks. Lateks digunakan untuk menghasilkan opium yang kemudiannya boleh diproses menjadi morfin dan heroin. Ahli botani Universiti Malaya, Prof Dr Mohamed Abdul Majid berkata biji popi tidak mempunyai kandungan narkotik kerana cecair yang menghasilkan opium di dalam pucuk hanya wujud sebelum biji terbentuk. Opium adalah getah (lateks) yang telah dikeringkan daripada kapsul biji yang belum masak. Biji popi pula adalah dari jenis yang telah masak dan tidak mengandungi bahan kimia narkotik. Ini jelas menunjukkan perbezaan di antara lateks dan biji popi tetapi kedua-duanya datang dari pohon yang sama. Menurut beliau juga adalah selamat untuk memakan biji popi kerana kandungan alkaloidnya yang sangat rendah iaitu 50 bahagian per million. Jika seseorang itu berhasrat untuk menjadi khayal dengan mengambil biji popi atau kas-kas, ia mestilah memakan sekurang-kurangnya 1 kilogram biji popi atau kas-kas sekaligus. Pengambilan sebanyak ini adalah mustahil sama sekali kerana biji popi akan terasa pahit apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak. Beliau juga menambah, jika seseorang itu memakan banyak biji popi, kehadiran unsur morfin boleh dikesan dalam ujian air kencingnya tetapi sehingga kini tiada sebarang eksperimen yang telah membuktikan bahawa pemakanan biji popi boleh membawa kepada penagihan.

Biji Popi bersaiz kecil, mempunyai bentuk seakan-akan ginjal dan berwarna kebiru-biruan. Rasanya sama seperti kekacang dan datang dari Papaver somniferum. Kas-kas sebenarnya adalah biji popi dari jenis yang berwarna cerah atau krim yang telah dihancurkan. Kebiasaannya, ia digunakan sebagai ejen pengental dalam masakan kari dan sos serta untuk menambah aroma. Selain itu biji popi juga diproses untuk menghasilkan sejenis minyak yang digunakan dalam produk-produk bakery seperti bagel dan muffin. Selain itu, ia juga ditambah dalam sayur-sayuran dan merupakan dressing kepada salad. Kebanyakan hidangan Turki menggunakan biji popi yang dipanggang manakala rempah-ratus India dan Turki pula melibatkan biji popi yang telah dihancurkan dan dikenali sebagai kas-kas di negara kita. Kas-kas ini diimport dari negara-negara tropika yang lain termasuklah India kerana penanaman popi adalah diharamkan di Malaysia. Tambahan pula, cuaca di negara kita adalah tidak sesuai untuk penanaman pokok popi.

Biji popi dihasilkan di pelbagai negara termasuk Netherlands, Australia, Romania dan Turki. Jenis biji popi yang ditanam di negara Belanda mempunyai kualiti terbaik dan banyak diimport ke Amerika Syarikat. Penanamannya telah bermula sejak 3,000 tahun yang lampau. Bunga popi yang boleh menghasilkan opium ini juga mempunyai nama botanik iaitu “sleeping bearing”. Jika anda pernah menonton filem kanak-kanak Wizard of Oz, anda akan dapati satu babak dimana Dorothy telah tertidur kerana dirangsang oleh bunga popi. Walau bagaimanapun, biji popi tidak mempunyai kesan sedemikian. Biji popi mula digunakan sebagai rempah-ratus seawal kurun pertama selepas Masihi. Mccormick merupakan salah satu syarikat yang mengedar dan menjual biji popi di seluruh dunia.

Sesuatu yang unik tentang bunga popi ialah ia merupakan simbol perwira yanng telah gugur di medan perang dan juga merupakan lambang bagi memperingati Hari Veteran di Amerika Syarikat.

Sumber :http://www.tokeikedai.net.my/

General I Datuk Sofian Mohd Salleh yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian turut memberi ulasan terhadap isu kaskas. Menurut beliau pengambilan kaskas yang berlebihan boleh menyebabkan halusinasi dan ketagihan. Menurut beliau juga, kajian saintifik menunjukkan bahawa hidangan yang mengandungi biji popi boleh menyebabkan pemakannya apabila diuji, positif kepada opium. Namun setakat ini, tiada sebarang bukti nyata dibentangkan tentang perkara ini dan ianya masih samar-samar lagi.

 

8 Responses to “AKSI PENGGUNA TERHADAP REMPAH KAS-KAS”

  1. […] AKSI PENGGUNA TERHADAP REMPAH KAS-KAS (Sumber dari salah satu Media di Malaysia) […]

  2. click here Says:

    Fantastic goods from you, man. I have understand your stuff previous
    to and you’re just too excellent. I really like what you’ve acquired here, really like what you’re saying and the way in which you say it. You make it entertaining and you still take care of to keep it wise. I can’t wait to read far more from you.

    This is actually a great website.

    • zainura66 Says:

      To may it may cocern,

      I really appreciate that you had visited my blog here. This blog is for collections of plants that we should know better because some of them (herbs) can be used for our medication either… You’re always welcome friend !

  3. Amanda Says:

    I am truly grateful to the holder of this site who has shared this
    fantastic piece of writing at here.

  4. Warner Says:

    I loved as much as you will receive carried
    out right here. The sketch is tasteful, your authored material stylish.
    nonetheless, you command get got an nervousness over that
    you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again as exactly
    the same nearly very often inside case you shield this hike.

  5. site Says:

    I quite like reading through an article that will make
    people think. Also, many thanks for allowing for me to
    comment!

  6. webpage Says:

    When someone writes an post he/she retains the
    thought of a user in his/her brain that how a user can understand it.

    Therefore that’s why this post is amazing. Thanks!

  7. Hello to every body, it’s my first visit of this weblog; this webpage includes amazing and
    really fine material in favor of readers.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: