Wannura

Koleksi Tumbuhan

ISU KAS-KAS : BIMBANG `KAS-KAS’ MUDARATKAN ORANG RAMAI Jun 11, 2010

Filed under: Artikel — zainura66 @ 12:35 am

Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia
bertarikh : 04/07/2005

MELAKA 3 Julai – Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof berkata, beliau mendedahkan isu penggunaan `kas-kas’ atau biji popi dalam masakan di restoran mamak pada sidang Parlimen baru-baru ini atas dasar tanggungjawabnya kerana percaya bahan perangsang itu boleh memudaratkan orang ramai. Katanya, beliau tidak mempunyai niat buruk di sebalik pendedahan itu tetapi kerana bimbang ia boleh memberi kesan jangka panjang kepada orang ramai tanpa disedari. Ini kerana menurutnya, bahan perangsang itu boleh menyebabkan rasa mengantuk serta memberi kesan seperti ganja dengan membuatkan mereka yang memakan makanan itu ketagih.
“Saya tak ada niat yang tidak baik, saya juga wakil rakyat kedai kopi dan salah seorang pelanggan tetap restoran mamak, saya cuma bimbang kesan `kas-kas’ itu boleh menyebabkan berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya. “Saya harap tidak timbul salah faham mengenai perkara ini di kalangan pengusaha restoran mamak kerana pada saya jika bahan itu memudaratkan tak perlulah kita gunakan sebagai penyedap dalam masakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Pada 23 Jun lepas, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2005 bagi bacaan kali kedua, Mohd. Said mendedahkan terdapat pengusaha restoran mamak yang menggunakan `kas-kas’ sebagai resipi untuk menyedapkan makanan sehingga membuat orang ramai ketagih makanan di restoran itu.
Pendedahannya menimbulkan kemarahan dan kecaman Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia (Presma) terhadapnya. Sejak pendedahan beliau itu, penggunaan biji `kas-kas’ mula diperkatakan secara terbuka di kalangan masyarakat apabila dimaklumkan bahawa biji itu adalah biji pokok popi dan getah daripada bunganya boleh menghasilkan candu. Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad mengesahkan bahawa penggunaan `kas-kas’ dalam makanan adalah diharamkan kerana menyalahi Akta Makanan 1982 dan bahan itu tidak pernah dibenarkan dijual kepada orang ramai.
Mohd. Said menarik perhatian, beliau mengetahui mengenai kesan buruk `kas-kas’ melalui rakannya yang makan nasi di restoran mamak di Melaka sebelum menaiki bas untuk ke Singapura telah didapati positif dadah apabila diperiksa oleh pihak berkuasa negara itu. “Saya dapat tahu perkara ini daripada kawan saya, dia makan nasi kira-kira pukul 10 pagi dan naik bas pukul 11 pagi. Semasa tiba di Singapura pihak berkuasa di sana membuat pemeriksaan rambang air kencing dan dia didapati positif dadah gara-gara makan nasi di restoran mamak,” jelasnya. Malah tambah beliau, untuk membuktikan kesan `kas-kas’ ini seorang rakan di Parlimen pernah meletakkan biji bahan perangsang itu dalam tembakau rokok sebelum menghisapnya. “Tidak sampai lima minit selepas itu beliau tertidur kerana terlalu mengantuk. Mohd. Said memberitahu, biji kas-kas mudah didapati di kedai-kedai runcit yang menjual rempah. Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan terhadap bahan yang diharamkan itu.
Sumber : Utusan Malaysia 4 Julai 2005

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s