Wannura

Koleksi Tumbuhan

CELAKA PUTEH (Plumbago zeylanica) BERSIFAT RACUN Jun 13, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 9:15 am
Tags: , , , , ,

Spesis Plumbago yang lain seperti :

Plumbago auriculata

Plumbago indica

Plumbago europaea

Pengenalan
Plumbago adalah genus dari 10-20 spesies tanaman berbunga dalam keluarga Plumbaginaceae. Plumbago zeylanica, atau White Leadwort adalah semulajadi di Asia Tenggara. Pohonnya banyak bercabang, semak cemara yang mencapai sekitar 6 kaki (2 m). Daun berwarna hijau tua, berbentuk bujur telur hingga 6 inci (30 cm) panjang dan 3 inci lebar. Tanaman ini cepat tumbuh, tetapi saiz mereka mudah dipengaruhi oleh saiz pasu dan pemangkasan.

Nama yang biasa baginya termasuklah plumbago dan leadwort (nama yang juga dimiliki oleh genera Ceratostigma). Nama botani, berasal dari perkataan Latin; timah hitam (plumbum) dan mirip (agere) , pertama kali digunakan oleh “Pliny the Elder” untuk tumbuhan yang dikenali sebagai μολυβδαινα (molybdaina) untuk Pedanius Dioscorides. Hal ini mungkin merujuk kepada bunganya warna biru-plumbum, yang mampu meninggalkan kesan ke atas kulit atau Pliny yakin bahawa tanaman ini boleh dijadikan ubat atau penawar kepada keracunan timah.

Spesies ini termasuk sebagai tanaman herba dan tumbuhan semak; tumbuh 0.5-2.0 m tinggi.

Penanaman Plumbago zeylanica perlukan sinar matahari penuh atau hingga sedikit teduhan dengan suhu yang sederhana panas. Ia memerlukan sedikit campuran tanah berasid di dalam pasu tanpa ditambah kapur. Dengan menggunakan campuran tanah terdiri daripada 2 bahagian gambut : 1 bahagian tanah liat : 2 bahagian pasir. Untuk campuran ini kita tambah baja yang agak lambat (slow release) 14-14-14. Tanaman disimpan lembap untuk pertumbuhan dan pengeluaran bunga yang optimum. Setelah berbunga, tanaman harus dipangkas agar tetap tumbuh sihat. Buahnya bersaiz kecil tapi memiliki seperti ‘gam’ lekit yang boleh melekat kepada apa sahaja. Akar , kulit akar dan biji digunakan dalam perubatan sebagai stimulasi, kaustik, pencernaan, antiseptik, anti-parasit.

Daunnya tersusun secara lingkaran, ringkas, merakap di tanah dan sering mempunyai marjin berbulu. Bunganya adalah berwarna putih, biru, ungu, merah, atau merah muda dengan lima kelopak yang sedikit melengkung . Bunga-bunga putih padat di racemes dan akan berbunga sepanjang tahun. Setiap bunga bersaiz kira-kira ½ inci lebar. Kelopak/ Kaliks bunga ini mempunyai rerambut trikoma ; mengeluarkan getah lekit yang mampu menjebak dan membunuh serangga; adalah tidak jelas apakah tujuan trikoma ini; mungkin melindungi penyebaran oleh serangga yang merayap (semut dan serangga lain yang biasanya tidak memindahan serbuk sari antara tanaman individu), atau mungkin protocarnivory.

Kaedah pembiakan :
Plumbago zeylanica yang diperbanyak dengan keratan batang, pembahagian tanaman matang atau dengan biji. Biji benih segar adalah cara terbaik untuk mendapatkan tanaman baru. Benih akan bercambah dalam masa 21 – 30 hari pada 70 ° F (21 ° C).


Kegunaan dalam perubatan
:
Plumbago bersifat ‘tajam’/ aktif dan merangsang berpeluh. Ia juga membantu memulihkan selera makan dan membantu pencernaan. Hal ini digunakan untuk dispepsia, buasir dan penyakit kulit. Suatu ketika dulu akarnya digunakan sebagai ‘alat pengguguran’; serbuk akar kadang-kadang diguna sebagai tembakau untuk meringankan sakit kepala. Hal ini juga membantu masalah tisu dalam tubuh dan bekerja sebagai anti cirit-birit.

(Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Plumbago, http://www.plantoftheweek.org/)

 

One Response to “CELAKA PUTEH (Plumbago zeylanica) BERSIFAT RACUN”

  1. Saya ada nampak pokok bunga seperti ini di Plaza Damas, Sri Hartamas.

    Minta share di Group FB saya ini.

    http://www.facebook.com/groups/290078897722318/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: