Wannura

Koleksi Tumbuhan

PISANG:PISANG EMBUN (Musa acuminata Colla) DIGEMARI RAMAI Jun 19, 2010

Filed under: Buahan — Wannura @ 6:48 pm
Tags: , ,

Pisang Embun

Pisang Embun merupakan sejenis pisang yang ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Embun ialah Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. ‘Ambon Putih’. Di Filipina ia dikenali sebagai Ambon, di Indonesia ia dikenali sebagai Pisang Ambon Putih.

Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 – 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .

Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian. Terdapat 2 jenis pisang Embun yang bewarna merah dan kuning apabila masak.

Pokok Pisang Embun biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya kerana buahnya yang besar dan sedap digemari ramai dan boleh dimakan mentah. Tetapi buahnya tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum menjadi isinya menjadi lembik.

 

7 Responses to “PISANG:PISANG EMBUN (Musa acuminata Colla) DIGEMARI RAMAI”

  1. fadhil kuantan Says:

    berapa ketinggian sebenar pokok pisang ini? jika di lihat pada gambarnya,rendah sahaja…
    saya ada menanam pisang yang rendah,ketinggian nya 5 kaki sahaja.
    rasa buahnya sama dengan pisang embun..

  2. zainura66 Says:

    Jangan ditaksirkan ketinggiannya menerusi imej. Banyak pisang telah dihibridkan.

  3. nurul Says:

    SALAM NIE KEW YG D`KATAKAN POKOK MEMBULUH PISANG BATU???
    TLG SY PERLUKAN JAWAPAN SEGERA…
    KAT MANE LEH DPTKAN POKOK NIE ???

  4. NASHARUDDIN BIN ANNUAR Says:

    Assalam dimana saya boleh beli anak benih pisang embun ini dan juga pisang tanduk yang ori bukan pisang helang


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: