Wannura

Koleksi Tumbuhan

FAKTA PISANG Jun 20, 2010

Filed under: Artikel — zainura66 @ 2:45 pm

KANDUNGAN PISANG MASAK SEGAR :

70% air, 27% karbohidrat, 1.2 protein, 0.3% lemak dan 0.5% serat, di samping vitamin B dan C serta
sedikit vitamin A. Lain-lain kandungan pisang ialah seperti kalium, tiamina, riboflavin, niasin, kalsium, magnesium dan fosforus. Justeru itu pisang amat sesuai untuk diet kerana kandungan lemak, garam dan kolestrolnya yang rendah.

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Satu kajian yang dijalankan oleh para doktor di India mendapati, dengan memakan dua biji pisang sehari selama seminggu, seseorang yang mengalami tekanan darah tinggi dapat menurunkan kadar tekanannya sebanyak 10%. Tekanan darah tinggi disebabkan terlalu banyak kandungan garam di dalam tubuh badan. Dengan menjadikan pisang sebagai makanan sampingan, kesan tekanan boleh dikurangkan kerana pisang mengandungi banyak potassium yang boleh membantu mengurangkan garam di dalam badan. Di samping sesuai untuk makanan awal bayi,pisang juga dikatakan boleh mengelakkan dari penyakit ulser dalam perut. Justeru itu tidak hairanlah jika Yayasan Pemakanan British pernah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi: “Tidak ada makanan yang mempunyai nilai pengubatan yang luar biasa seperti pisang, di mana kehebatannya terasa jika dimakan berserta sayur-sayuran setiap hari.

Selain kehebatan buahnya, cecair yang terdapat pada buah dan akar boleh dijadikan sebagai penawar untuk sakit kulit terutamanya pecah-pecah pada kaki dan penawar sakit gigi. Sementara akar pisang yang dilumatkan pula boleh dijadikan demah pada bengkak-bengkak dan bisul bagi mempercepatkan keluar nanah. Jantung pisang boleh dibuat kerabu atau pencecah sambal, tetapi jantung pisang serendah dan embun amat pahit untuk dimakan. Jantung pisang juga boleh direbus bersama gula batu bagi penawar demam panas. Bagaimanapun pengidap lelah atau asma dinasihatkan jangan memakan jatung pisang.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: