Wannura

Koleksi Tumbuhan

Grammatophyllum speciosum : Anggerik Harimau Hutan Jun 22, 2010

Filed under: Orkid — zainura66 @ 2:25 am
Tags: , ,

Versi Bahasa Malaysia :

GRAMMATOPHYLLUM (Anggerik Harimau Hutan/ Spesis)

Ini adalah satu genus yang mempunyai kira-kira 11 spesis di mana habitatnya adalah di hutan tanah-rendah di Indochina, Thailand, Malaysia, Indonesia, New Guinea dan Kepulauan Filipina. Dua spesis iaitu G. speciosum dan G. peliiflorum adalah semulajadi di Semenanjung Malaysia.

Pada masa awal dahulu, sedikit kekeliruan telah terjadi untuk menamakan genus tumbuhan ini. Linnaeus menggelarnya sebagai Epidendrum sementara Spreng, Swartz dan Wight pula merujuk pokok ini masing-masing sebagai Vanda, Cymbidium dan Pattonia. Sehinggalah pada tahun 1825, Blume dengan rasminya menamakan ia sebagai Grammatophyllum dan G. speciosum sebagai satu jenis spesis.

Nama generik ini berasal dari dua perkataan Greek , iaitu gramma = tanda, karakter atau huruf;  dan phyllum = sehelai daun, merujuk kepada tompokan tanda hitam pada bunganya.Baca selanjutnya

Jenis-jenis Grammatophyllum (Anggerik Harimau Hutan):

Grammatophyllum elegans (Fiji dan Philippines).

Grammatophyllum fenzlianum (Maluku (Ambon).

Grammatophyllum kinabaluense (N. Borneo).

Grammatophyllum martae (Philippines ) – tidak dikenalpasti

Grammatophyllum measuresianum (Philippines).

Grammatophyllum multiflorum (Philippines).

Grammatophyllum rumphianum (Borneo, Maluku).

Grammatophyllum schmidtianum (Marianas).

Grammatophyllum scriptum : Bell Orchid (Malaysia to SW. Pacific).

Grammatophyllum scriptum var. boweri (Papuasia to Santa Cruz Is.)Hemicr. or cham.

Grammatophyllum scriptum var. scriptum (Malaysia to SW. Pacific). Hemicr. or cham.

Grammatophyllum speciosum : Giant Orchid, Tiger Orchid, Queen of Orchids (Indo-China to Solomon Is.) – jenis  spesies

Grammatophyllum  stapeliiflorum (Malaysia, Philippines ke New Guinea)

Grammatophyllum speciosum Bl.

Nama-nama lamanya ialah :

Grammatophyllum fatuosum Lindl.

G. macranthum Reichb.f.

G. wallisii Reichb.f.

G. giganteum Bl.

G. sanderianum Hort.

Pattonia macrantha Wight

dan hanya sedikit daun di apeks.

Pokok :  dipercayai ia adalah orkid spesis yang terbesar sekali di dalam genusnya. Saiz dan ketinggian pseudobulbnya yang tumbuh seperti pokok tebu (2.5 m). Holttum mencatitkan dua bentuk pokok ini yang berlainan, namun kedua-duanya menghasilkan bunga yang sama :

a)Pokok yang mempunyai pseudobulb yang panjang serta berisi dan berdaun banyak
b)Pokok yang mempunyaipseudobulb yang agak pendek dan lebih tebal.

Pokok anggerik harimau ini boleh membentuk satu gugusan yang besar di mana beratnya mencapai dari beberapa ratus kilogram hingga ke satu tan !

Daun : adalah panjang, agak tirus dan tebal.

Perbungaan :  keluar dari dasar rumpun seperti pucuk buluh (rebung). Panjangnya mencapai sehingga 2 meter dan menghasilkan bunga yang banyak. Kuntuman bunga yang di sebelah bawah biasanya tidak sempurna. Contoh; bunganya hanya ada sepal dan petal tanpa mempunyai lidah dan column serta jarak di antara bunganya adalah jauh tetapi di bahagian apeks pula bunganya akan tersusun cantik dan rapi . Tangkai bunganya adalah panjang dan tebal.

Bunga :  Setiap bunganya adalah serupa dengan Cymbidium kecuali ada sedikit kelainan di bahagian lidah. Pendebungaan bagi kedua-duanya adalah tidak sama. Saiz bagi sepal dan petal yang berwarna kuning kehijauan  bagi anggerik harimau adalah agak sama serta mempunyai tompokan/bintik perang pekat .

Panjang lidahnya pula adalah  kira-kira separuh daripada panjang sepal.Ia memiliki tanda perang-kemerahan dan berambut halus. Bahagian tengah ada tiga bentuk sampan. Bahagian tepi adalah tegak dan memiliki banyak jalur perang . Column berwarna hijau pucat, bawahnya putih dengan tompokan ungu. Kedua-dua belah dasar column bercantum dengan dasar lidah untuk membentuk seperti mangkuk .

Secara semulajadinya, G. speciosum adalah tumbuhan epifit. Batang pokok boleh kelihatan berjuntaian ke bawah dari dahan pokok atau palma sepanjang anak air atau sungai di kawasan tanah-rendah.

Akar aerial boleh kelihatan menjalar di pokok yang ditumpanginya, bagi menyokong berat bagi keseluruhan pokok anggerik hutan tersebut. Spesis ini boleh di temui di Thailand hingga ke Malaysia, Indonesia dan juga di Kepulauan Filipina. Ada sesetengah yang mengatakan G. papuanum dari New Guinea, dikatakan spesis yang belum begitu jelas lagi tetapi ia adalah variasi kepada G. speciosum.

Penanaman

Anggerik harimau ini boleh ditanam seperti orkid terestrial yang lain. Oleh kerana saiznya yang agak besar, adalah lebih baik sekiranya ia ditanam di atas tanah, daripada dalam pasu atau bekas; boleh juga ditanam di tempat binaan sendiri seperti batu atau batu bata dan sebagainya. Ini adalah untuk memastikan pengairan yang baik. Akarnya haruslah ditutup dengan tanah kompos atau  peroi. Baja dari haiwan hendaklah di pupuk sekali sekala. Anggerik ini memerlukan cahaya matahari  dan air yang mencukupi.

G. Speciosum dikenali sebagai “Orkid Harimau” di tempat kita manakala di Filipina ia dikenali sebagai Orkid Gergasi (Giant Orchid), Orkid Permaisuri (Queen Orchid )  atau Orkid Tebu (Sugar-cane Orchid). Nama spesifikasinya berasal dari perkataan speciosum; bermaksud tampan atau menyerlah. Bryan melapurkan dalam American Orchid Society Bulletin (1947) bahawa anggerik ini yang ditanam di dalam tamannya di Hawaii telah tumbuh hingga membentuk rumpun kira-kira 9 kaki lebarnya (diameter) 10 – 12 kaki tinggi  setelah 16 tahun menanamnya. Ia telah menghasilkan lebih 10,000 bunga pada musim bunganya yang pertama. Ia tidaklah semudah itu di mana bukan semua penanam orkid akan dapat menghasilkan seperti ini di mana G. speciosum bukan sentiasa mengeluarkan bunga. Anggerik ini tidak akan menghasilkan bunganya yang pertama sehinggalah mencapai tahun ke 7 – 9 selepas penanamannya.

Kegunaan dan khasiat

Anggerik harimau kini sangat digemari sebagai tanaman hiasan. Bunganya cantik dan tahan lama. Akarnya direbus bersama-sama bawang (Allium cepa) dan biji Nigef­fa, sativa. Air rebusan ini diminum untuk mengubati ulser, gaster dan perut yang tidak selesa. Keseluruhan tumbuhan mengandungi alkaloid.

Info dari : http://rawatantradisional.blogspot.com/

GRAMMATOPHYLLUM

This is a genus of about 11 species which inhabits the lowland forests of Indochina, Thailand, Malaysia, Indonesia, New Guinea and the Philippine Islands. Two species, G. speciosum and G. peliiflorum are native to Peninsular Malaysia.

In the earlier days there was some confusion as to the naming of plants in this genus. Linnaeus called it Epidendrum while Spreng. Swartz, and Wight referred to it as Vanda, Cymbidium and Pattonia. respectively. It was not until 1825 that Blume officially described it as Grammatophyllum using G. speciosum as a type species. This generic name is derived from two Greek words, gramma = mark, character or letter; and phyllum = a leaf, referring to the dark markings in the flower.

Types of Grammatophyllum (Tiger Orchids):
Grammatophyllum elegans (Fiji dan Philippines).
Grammatophyllum fenzlianum (Maluku (Ambon).
Grammatophyllum kinabaluense (N. Borneo).
Grammatophyllum martae (Philippines ) – tidak dikenalpasti
Grammatophyllum measuresianum (Philippines).
Grammatophyllum multiflorum (Philippines).
Grammatophyllum rumphianum (Borneo, Maluku).
Grammatophyllum schmidtianum (Marianas).
Grammatophyllum scriptum : Bell Orchid (Malaysia to SW. Pacific).
Grammatophyllum scriptum var. boweri (Papuasia to Santa Cruz Is.)Hemicr. or cham.
Grammatophyllum scriptum var. scriptum (Malaysia to SW. Pacific). Hemicr. or cham.
Grammatophyllum speciosum : Giant Orchid, Tiger Orchid, Queen of Orchids (Indo-China to Solomon Is.) – type species
Grammatophyllum stapeliiflorum (Malaysia, Philippines ke New Guinea)

Grammatophyllum speciosum Bl.

Previous names:
Grammatophyllum fatuosum Lindl.
G. macranthum Reichb.f.
G. wallisii Reichb.f.
G. giganteum Bl.
G. sanderianum
Hort. –
Pattonia macrantha Wight
and few leaves at the apex.

Plant: believed to be the largest orchid species in the genus. The pseudobulb grows to the size and height of the sugar-cane plant (2.5 m). Holttum noted two vegetative forms, though both produce identical flowers:
(a) Plant with long, fleshy pseudobulb and many leaves
(b) Plant with rather short but proportionately thicker pseudobulb

Plants can develop into gigantic clusters weighing from several hundred kilograms to one ton!

Leaf: is long, very narrow and leathery

Inflorescence: appears out of the clump at the base of the stem like the bamboo shoot. The inflorescence can be up to 2 metres in length and has many flowers. The flowers on the lower part of the inflorescence are usually sterile having some parts missing. For example, it may have only the sepals and petals without the lip and column. The lower flowers are arranged far apart but towards the apex the flowers are well-placed forming a nice cluster. The flower stalk is long and thick.

Flower: Each flower is similar to the Cymbidium except that in this case there are 3 low keels on the lip. They also differ in the siting of their pollinia.
The sepal and petal are about the same size. Both are spreading and are greenish yellow blotched with intense dark-brown spots. The lip is about half the length of the sepal. It has red-brown markings and is hairy within. The mid-lobe has three low keels. The side-lobe is erect, and has many parallel brown stripes on the inner side. The column is pale green, white underneath with purple spots. An outgrowth on either side of the base of the column joins with the base of the lip to form a cup-shaped hollow.

In nature G. speciosum is an epiphyte. It is found growing stems hanging down from trunks of trees or palms along streams or rivers of the lowlands. Aerial roots can be seen clasping firmly onto the host-plant, in their effort to support the enormous weight of the entire plant. The species can be found in Thailand down through Malaysia, Indonesia and the Philippines. In New Guinea there is G. papuanum which according to some is not a distinct species but a variation of G. speciosum.

Cultivation
The plant can be treated as a terrestrial orchid. Because of its enormous size, it is advisable to plant it in the ground, rather than in a container, on a raised bed made from broken bricks, stone, etc. This is to ensure good drainage. The root should be covered with compost or friable soil. Animal manure should be added once in a while. The plant needs plenty of sunlight and does well with good watering.

G. speciosum is known locally as the Tiger Orchid. In the Philippines it is referred to by such names as: Giant Orchid, Queen Orchid or Sugar-cane Orchid. The specific name of this plant is derived from the word speciosum; meaning handsome or showy. Indeed the name is most appropriate. A plant in bloom is most im-pressive and showy! Bryan reported in the American Orchid Society Bulletin (1947) that a plant cultivated in his garden in Hawaii grew into a clump of about 9 feet in diameter and the plant was 10-12 feet high after 16 years. It produced well over 10,000 flowers at first bloom. Such show of beauty, however, does not come too fre-quently to any grower, for G. speciosum does not flower freely. The plant is not expected to give its first bloom until after 7 to 9 years of cultivation.

Sumber rujukan:

1. en.wikipedia.org

2. A to Z of South East Asian Orchid Species (Peter O’Byrne)

3. Native Orchids of Peninsular Malaysia (Chris K.H.Teo

 

2 Responses to “Grammatophyllum speciosum : Anggerik Harimau Hutan”

  1. zainura66 Says:

    Terima kasih pakcikli00.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: