Wannura

Koleksi Tumbuhan

Benih orkid terbaik di Ayer Hitam, Kluang. Jun 24, 2010

Filed under: Artikel — zainura66 @ 2:13 pm

MOHAMED Ismail Jaafar kini menanam 10,000 pohon orkid daripada lapan jenis terpilih di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, Kluang.

KLUANG 7 Dis. – Penggemar orkid yang ingin mendapatkan benih terbaik boleh berkunjung ke Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, dekat sini.

Projek pertanian itu yang telah mengadakan ekspo baru-baru ini, memberikan peluang kepada pengunjung melihat kegiatan 30 usahawan yang mengusahakan pelbagai tanaman dan ternakan.

Antara yang menarik dikunjungi adalah tanaman orkid.

Di kawasan seluas 4,000 hektar itu, terdapat 10 pengusaha tanaman orkid yang menanam pelbagai jenis orkid bermutu.

Salah seorang pengusaha orkid terkenal di situ Mohamed Ismail Jaafar, 46, berkata, di kebun orkid yang diusahakannya, pelbagai spesies orkid dipamerkan.

“Dengan keluasan itu saya kini menanam lapan jenis orkid terpilih dengan 10,000 pohon orkid.

”Daripada jumlah itu 8,000 pohon telah matang dan sebahagian besar orkid berkenaan untuk tujuan eksport,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kata Mohamed Ismail, projek yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan negeri itu, memberi peluang kepadanya menjadi usahawan berwibawa.

Katanya, ternyata segala usaha yang lakukan selama dua tahun dalam projek berkenaan mampu memberi pulangan yang cukup lumayan.

Hakikat itu, katanya, dapat dibuktikan dengan 8,000 pohon orkid yang telah matang, dan dia kini mampu peroleh pendapatan sekitar RM4,000 sebulan.

“Apa yang saya hendak kongsi bersama pengunjung adalah mereka boleh melihat teknologi yang kami gunakan di samping boleh beli benih terbaik serta bunga orkid yang digemari.

“Mereka juga boleh mempelajari cara mengusahakan orkid secara komersial, kerana bidang ini amat kurang diceburi oleh bumiputera,” katanya.

Mengenai benih orkid, Mohamed Ismail berkata, benih berkualiti itu diperoleh dari Thailand.

Katanya, antara spesies orkid yang dimiliki ialah dendrubium, mokara, aramthera, vanda dan banyak lagi.

Sehubungan ini, katanya, mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai orkid boleh menghubunginya di talian 019 –  710 7271.

 

9 Responses to “Benih orkid terbaik di Ayer Hitam, Kluang.”

  1. ramlan md salihan Says:

    Salam perkenalan..Bagaimana caranya untuk saya membeli anak benih orkid bagi tujuan pembelajaran untuk anak murid saya….

  2. zainura66 Says:

    Saya cadangkan saudara dapatkan anak-anak benih orkid hibrid dari pengusaha2 nurseri orkid kerana belanjanya tidak terlalu mahal berbanding orkid hutan. Jika saudara berada di Selangor, saudara boleh beli di Sungai Buluh.

  3. Mohd Yunus Yaacob Says:

    Nak tanya anak benih ochid pheleonapsis ada dijual tak.
    Kalau ada saya berminat nak membelinya

  4. zainura66 Says:

    Untukmendapatkan keterangan lanjut mengenai orkid ini, saudara bolehlah menghubungi di talian 019 – 710 7271.

    Salam ceria selalu.

  5. Jamilah sharif Says:

    Salam,
    Saya adalah penggemar okid.Semua yang saya tanam hanya separuh yang berbunga
    Terima kasih.
    Jamilah

  6. su Says:

    salam,
    saya berminat untuk menanam orkid harimau, berapa harga anak orkid tu?

  7. pencinta alam facebook Says:

    ayer hitam kluang area mane nusery tuan

  8. eddy Says:

    bagaimanakah cara untuk kacukan bunga orkid mempunyai banyak warna.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: