Wannura

Koleksi Tumbuhan

KENIDAI : Bridelia willd. Jun 27, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 7:32 pm
Tags: , ,

Pengenalan
Nama vernakular kenidai merujuk kepada semua spesis Bridelia. Dalam dunia ada 50 – 60 spesis Bridelia yang terdapat di Afrika dan Asia. Di Semenanjung Malaysia ada 8 spesis. Tiga spesis biasa digunakan sebagai ubat herba :
B. insulana Hance (sinonim Bridelia penangiana Hook. F.) – kandri badak, kandri besar, kandri kebo.
B. stipularis (L.) BL. BIJDR.- kenidai babi, kenidai samak, kerenan makan
B. Tomentosa Blume (sinonim B. monoica Merr.) – kenidai jantan, kerenan

a)  Bridelia insulana

Pokok kecil, setinggi 18 m, ukuran garispusat batang pokok hingga 30 sm pada paras dada. Daun jenis ringkas, berbentuk lonjong memanjang, 5 – 11.3 sm panjang dan 1.8 – 6.3 sm lebar; lai daunnya mempunyai 9 pasang urat daun, urat daun pada permukaan bawah sedikit berbulu , tangkai daun 2.5 mm panjang. Bunga bersaiz kecil; jambak bunga 2.5 mm lebar. Buah jenis drupa membujur telur, 3.8 mm panjang, benang sari kekal pada buah berbentuk muncung, berwarna hijau semasa muda bertukar hitam setelah masak.

b)  Bridelia stipularis

Pokok kecil (renek) setinggi 4 m. Berdaun ringkas, bentuk lonjong, 3.7 – 8.8 sm panjang dan 2.5 – 3.8 sm lebar; lai daun mempunyai 9 atau 10 pasang urat sekunder; daun pada pangkal ranting lebih besar, beransur-ansur kecil sampai hujung ranting. Bunga dalam jambak pada ketiak daun; bersaiz kecil, kaliks 2.5 mm panjang. Buah kecil daripada jenis drupa dengan ukuran panjang 1 sm, kaliks pada buah berukuran 5 mm panjang; berwarna hijau semasa muda dan bertukar hitam setelah masak. Kandungan dalam kulit pokok ialah tanin manakala batang pokok mengandungi alkaloid dan saponin. Akar Pokok Kenidai telah dipergunakan sebagai ubat untuk merawat seriawan serta untuk rawatan selepas bersalin.

c)  Bridelia tomentosa

Pokok kecil setinggi 18 m, ukuran garispusat 90 sm pada paras dada. Daun jenis ringkas, berbentuk mata lembing, permukaan atas daun berwarna hijau, permukaan bawah hijau putih, mempunyai debu putih yang tanggal jika digosok, ada sedikit bulu berwarna besi karat. Bunga bersaiz kecil dalam jambak kecil di ketiak daun. Buahnya pula kecil dan berwarna hijau. Kandungan pada kulit pokok ialah tanin manakala pada daun dan kayu mengandungi alkaloid. Buahnya mengandungi terpen.

***Nota : Alkoloid ada jenis beracun, meransang sistem saraf, penghadaman, pengedaran darah dan mengatasi rasa sakit. Saponin ada jenis berracun , meransang hingus, ubat antiradang, tonik lelaki atau wanita. Tanin mengecutkan tisu dan protin pada kulit dan lendir. Daun kenidai jenis B. tomentosa bersifat julap dan antibakteria.

Advertisements
 

One Response to “KENIDAI : Bridelia willd.”

  1. amira arina Says:

    kat asia mana bole jumpe bridelia tomentosa tu???area mane ye??


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: