Wannura

Koleksi Tumbuhan

BINJAI (Mangifera caesia) BUAH MASAM DISUKAI RAMAI Julai 4, 2010

Filed under: Buahan — zainura66 @ 8:57 pm
Tags: , ,

Binjai adalah pohon buah sejenis mangga dengan bau yang harum menusuk dan rasa yang masam manis. Buah ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti bin-yaa, lam-yaa (Th.), belenu (Mly., beluno (Sabah), baluno, bauno, bayuno (beberapa bahasa di Filipina), binglu (Sd.), dan wani (Bl.). Nama ilmiahnya adalah Mangifera caesia. Binjai terutama ditanam untuk buahnya, yang biasa dimakan segar setelah buah itu masak atau dijadikan campuran es. Binjai juga digunakan sebagai campuran sambal, terutama untuk masakan ikan sungai. Buah binjai yang masih muda tidak dapat dimakan kerana sangat tajam (sangat masam) dan menggatalkan. Bijinya kadang-kadang dikeringkan dan diolah sebagai lauk makan nasi.

Kayu binjai dapat digunakan sebagai papan lantai dan bahan konstruksi ringan.

Binjai menyebar secara alami di Sumatra, Kalimantan dan Semenanjung Malaya; sebagian pakar meyakini Kalimantan adalah lokasi asal-usulnya. Dari wilayah-wilayah ini, binjai dibawa dan dibudidayakan orang di Bali, Filipina dan Thailand, serta agak jarang di Jawa bagian barat.

Binjai terutama menyebar di dataran rendah di bawah 400 m, jarang hingga 800 m dpl. Jenis ini tahan terhadap penggenangan, dan seringkali didapati dekat tepi sungai. (Sumber : http://hazila.blogspot.com/)

Kerepek binjai merujuk kepada kerepek yang dihasilkan dari buah binjai. Buah binjai yang dikopek akan ditumbuk bagi menghasilkan kepingan dan dikeringkan. Sekiranya buah binjai yang digunakan itu kecil, beberapa biji buah akan dikapuh menjadi satu dan ditumbuk untuk membentuk sekeping kerepek. Kerepek binjai yang telah dikeringkan akan digoreng sebelum dihidangkan. Kerepek binjai goreng mempunyai rasa sedikit pahit yang mungkin tidak berapa digemari oleh mereka yang tidak biasa memakannya, tetapi bagi mereka yang biasa memakannya, rasa itu yang menyebabkan mereka menggemarinya. Terdapat juga kerepek binjai yang digoreng dan disira dengan air gula bagi menghasilkan kerepek binjai sira. Kerepek binjai dan kerepek binjai sira amat digemari oleh penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu.

KHASIAT BUAH BINJAI
Buah binjai yang mengandungi banyak sari buah dan asam-manis rasanya dapat dimakan dalam keadaan segar setelah buahnya matang dan sebagai pencuci perut.

Baunya memang wangi…dari  jauh pun boleh terhidu aromanya, sungguh wangi …tapi rasanya sangat masam bila dimakan mentah dan segar. Di Terengganu, ia biasanya dijadikan asam dijadikan asinan dan diawetkan dalam garam
dan disimpan dalam botol untuk membuat sambal jika tidak sedang musim buah.

 

6 Responses to “BINJAI (Mangifera caesia) BUAH MASAM DISUKAI RAMAI”

  1. sabariah taib Says:

    buah binjai kalau yang manis di sabah di sebut belunu,dan kalau yang masam ianya di sebut binjai, dan yang dibuat keropok itu bukanlah dari buah binjai keropok itu adalah dari buah belinjau yang daunnya seakan daun kopi,gugusan buahnya seakan buah kopi, begitulah sebenarnya.

  2. audi Says:

    sejarah kelo 9 di padang sumatra barat

  3. Rose Hamzah Says:

    Saya setuju dengan sabariah taib, tak pernah dgr kerepek binjai di Terengganu..yang ada kerepek melinjau@belinjau,,org Trg sebut buah”ninja”..ada yang panggil buah congkak…Buah binjai ni pulak, boleh di dapati di sekitar Kuala berang dan area Bukit guntung, Trg…kadang2..bila musim buah binjai, boleh kita dapati di pasar2 tani atau pasar besar…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: