Wannura

Koleksi Tumbuhan

Pokok kelapa dijual RM3.2 juta ? Julai 10, 2010

Filed under: Artikel — zainura66 @ 11:54 pm

ABIDJAN: Saintis di Ivory Coast cuba menjual pokok kelapa ganjil mempunyai tiga cabang yang diimport dari Malaysia pada harga AS$1 juta (RM3.2 juta) tetapi setakat ini belum menemui pembeli yang berminat. “Ini adalah kejadian botani yang amat jarang berlaku. Kami mempunyai 150,000 pokok kelapa di ladang penyelidikan ini dan ini satu-satunya yang mempunyai tiga cabang,” kata Dr Roland Bourdeix, yang bekerja dengan pusat penyelidikan kelapa Marc Delorme di pinggir bandar raya Abidjan. Kewujudan cabang seumpama itu kadang-kadang disebabkan serangan serangga atau pelepah yang jatuh, tetapi dalam kes ini tiada tanda rosak, yang bermakna cabang itu tumbuh secara genetik.

Pokok itu diimport dari Malaysia kira-kira 40 tahun lalu. “Kami akan menggandakan pokok ini kira-kira 150 kali untuk menyaksikan jika keturunannya mempunyai tiga atau empat cadang,” katanya sambil menambah ia mengambil masa sehingga 20 tahun untuk mengetahui hasilnya. Dr Bourdeix berkata, memindahkan pokok itu ke rumah pembeli berpotensi tidak mendatangkan sebarang masalah. Tahun lalu saya berada kepulauan French Polynesia dan melihat ada orang memindahkan pokok kelapa yang tinggi ke pulau peribadi mereka, jadi saya fikir ia tidak mustahil untuk dipindahkan – bukan mudah – tetapi boleh dilakukan,” katanya. Ladang penyelidikan itu kekurangan dana berikutan perang saudara dan pokok berkenaan diletakkan dalam pasaran untuk mendapatkan wang bagi penyelidikan selanjutnya. Ladang penyelidikan Marc Delorme yang ditubuhkan pada tahun 1949, adalah antara paling penting di dunia tetapi bergelut untuk meneruskan kajian ketika perang saudara di negara itu. “Kami memerlukan dana untuk penyelidik.

Kami menjalankan banyak aktiviti penyelidikan dan membekalkan hibrid kepada peladang untuk membangunkan sektor kelapa di dunia,” kata ketua penyelidik, Dr Jean-Louis Konan. Pokok kelapa tiga cabang itu mengeluarkan lebih 150 biji yang besar setahun, berbanding 30 hingga 80 biji buah bagi pokok biasa. – Agensi

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: