Wannura

Koleksi Tumbuhan

AGAVE POTATORUM ‘KISSHO KAN’ : ‘MAHKOTA CERIA’ MENAWAN Julai 12, 2010

Filed under: Kaktus — zainura66 @ 5:10 am
Tags: , ,

PENGENALAN

AGAVE POTATORUM ‘KISSHO KAN’ adalah sinonim kepada Agave huachucensis  di dalam keluarga Agaveceae ini berasal dari negara Jepun.

Tumbuhan ini hidup di tempat yang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari ini mencapai 1’ tinggi dan melebar 1’. Daun berwarna biru kelabu dengan mempunyai garisan putih-krim di kedua-dua belah kiri dan kanan tepinya membentuk jambakan seperti putaran (rosette). Mempunyai saliran air yang baik , tanah yang berpasir adalah sesuai bagi penanaman pokok ini.

Bunganya berwarna kuning cerah itu keluar disepanjang tangkai perbungaan 12’ pada penghujung musim bunga.

KEGUNAAN

Pokok ini biasanya ditanam sebagai sempadan, landskap dan taman. Tetapi perlulah berhati-hati kerana pokok ini mempunyai daun yang tajam seperti jarum di hujung serta tepinya yang bergerigi tajam. Disarankan memakai sarung tangan apabila mengendalikan tanaman ini.

CIRI-CIRINYA

Agave Potatorum ‘Kissho Kan’ atau Variegated Agave adalah pokok kaktus yang jarang ditanam ini lambat pertumbuhannya mempunyai daun biru-kelabu serta membentuk satu corak putaran. Tepi daun dan hujungnya mempunyai duri berwarna coklat karat dan sangat tajam seperti jarum. Tumbuhan ini tidak memerlukan penjagaan yang khusus dan mudah dikendalikan. Ia sangat sesuai ditanam di taman yang mempunyai landskap kering. Ia juga sesuai jika ditanam di dalam pasu dan pastikan ia diletak jauh dari laluan orang ramai dan kanak-kanak untuk mengelak daripada terkena durinya yang tajam itu. Yang menariknya tentang tumbuhan ini ialah namanya ‘Kissho Kan’ dalam bahasa Jepun yang membawa maksud ‘bertuah’ (Lucky) atau ‘mahkota ceria’ (Happy Crown).

Advertisements
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: