Wannura

Koleksi Tumbuhan

KERIYANG DOT YANG SEMAKIN PUPUS Julai 13, 2010

Filed under: Buahan — zainura66 @ 3:08 am
Tags: ,

BUAH KERIANG DOT (KECIL)

BUAH KERIANG DOT SEMAKIN PUPUS

JERLUN 14 Mei – Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung di utara tanah air pasti mengenali buah keriang dot yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur.


Jika dahulu pokok keriang dot mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung namun kini buah ini semakin sukar diperoleh. Mungkin juga generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokoknya semakin pupus.


Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.


Ibrahim Mansur, 51, berkata, pokok keriang dot di halaman rumahnya sudah berusia hampir 20 tahun. “Ayah saya yang menanam pokok ini dan kami memang tertunggu-tunggu apabila tiba musim buah keriang dot. “Rasanya yang unik dan jarang ditemui menyebabkan rumah saya menjadi tumpuan apabila tiba musim buah ini,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Tempayan Pecah di sini baru-baru ini. Menurut Ibrahim, anak-anak kecil di kampung lebih mengenali buah ini dengan nama ‘anggur Malaysia’ kerana gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur.
Katanya, selain mempunyai rasa yang enak buah ini juga berkesan bagi membantu pesakit kencing manis mengurangkan kadar gula dalam darah mereka.


“Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, mereka tidak perlu bimbang untuk menjamah buah ini kerana ia tidak mempunyai kesan yang buruk bagi penghidap penyakit ini.
“Biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum,” jelasnya. Ibrahim menambah, buah keriang dot semakin sukar diperoleh kerana pokok keriang semakin pupus.


“Buah ini mempunyai khasiat daripada segi perubatan dan buah ini boleh dikomersialkan jika kajian saintifik mengenai khasiatnya dijalankan secara menyeluruh.”Saya amat mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu menjalankan kajian bagi mengetahui rahsia di sebalik buah keriang dot,” ujarnya.

(Sumber : http://hazila.blogspot.com/) :-

Buah Keriyang Dot ni banyak ditemui di sebelah Utara terutama nya di Kedah dan Perlis.

Ada 2 jenis buah keriyang iaitu  :

  1. Keriyang Dot ( buahnya agak besar ) ; dan
  2. keriyang ( buahnya kecil ).

Rasanya agak kelat dan kalau sudah ranum sedikit manis. Selalunya sebelum makan, buah ini dicuci dan direndam di dalam air garam.Kalau tak silap, di Kelantan ia dikenali sebagai Jambu Arang.

 

6 Responses to “KERIYANG DOT YANG SEMAKIN PUPUS”

  1. madisyak Says:

    Saya amat setuju dengan pernyataan bahawa buah keriang dot ini sedah hampir pupus. Sudah lama tidak kelihatan di pokok mahupun di pasaran.

    Demikian jugalah dengan keriang lada dan buah samak, semuanya telah pupus dan tidak kelihatana lagi.

  2. zainura66 Says:

    Sebenarnya banyak buah-buahan dan tanaman tempatan yang hampir pupus di negara kita kerana tidak berminat untuk menanam dan terus mengekalkan ‘buahan warisan’ dari zaman nenek moyang kita. Saya sendiri pernah beberapa kali berkunjung ke Kedah, Perlis dan Pulau Pinang tetapi tidak pernah sekali berjumpa dengan buah keriang dot meskipun saya pernah berkunjung ke Gunung Keriang untuk membeli kristal. Mungkin ini disebabkan masa tu bukan musimnya. Saya berharap dengan adanya laman ini dapatlah generasi muda akan datang mengenali buah atau pokok yang hampir pupus ini.
    Sayangnya apa yang kita telah lalui selama ini ialah orang luar atau pengunjung asing yang berkunjung ke tempat kita bila mereka menikmati buahan tempatan di negara kita dan jika didapati sedap mereka akan buat penyelidikan samada sesuai atau tidak ditanam di tempat mereka dan seterusnya jika sesuai, mereka akan usahakan penanaman ini di tempat mereka sendiri dan mencipta berbagai teknologi dalam pembiakan atau pun mengkomersialkan tanaman tersebut.
    Bagaimana nak dapatkan informasi tentang buah keriang lada dan buah samak ? Jika ada maklumat bolehlah buat entry di sini.

    Terima kasih dan salam hormat.

  3. deiva Says:

    may i know wats d scientific name of this species?

  4. sabariah taib Says:

    gambar buah keriang yang kecil tu bukan buah keriang sebenarnya, ianya adalah buah mata itik yang mana pokok mata itik ini boleh dibuat ulam pucuknya.

  5. azwan bin ismail Says:

    hye my name is Azwan bin Ismail from gurun, Kedah D.A…im a student from UNIKL MICET, malaysian institute of chemical and bio-engineering technology. i have done some research for keriang dot fruits to determine its zeaxanthin concentration… i found that keriang dot have a large number of zeaxanthin concentration compared to 9 other fruit types as mentioned below…

    PALM MESOCARP 41.36 mg/l , BANANA PEEL 36.38 mg/l, STARFRUIT 24.67 mg/l, KERIANG DOT 14.75 mg/l
    MANGO7.15 mg/ l BANANA 5.29 mg/l CORN 1.64 mg/l…

    zexanthin is a group classified under caretenoid that are scientifically proven to prevent age related macular diseases such as the cataract and others.

    therefore keriang dot is a very valuable fruit that are extincting..i believe that it also contains high amount of antioxidant as it is categorized as the wild berry of Malaysia.

    further research need to be done to commercialized and preserved keriang dot… THANKS

    HARAP INFO INI DAPAT MEMBANTU….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: