Wannura

Koleksi Tumbuhan

PUTAT LAUT (Barringtonia asiatica) BOLEH DIJADIKAN POKOK TEDUHAN Julai 14, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 6:44 am
Tags: , ,

Pokok Putat Laut adalah sederhana besar sehingga mencapai 20 meter ketinggiannya. Batang pokok bercabang dan mempunyai dahan yang banyak serta rendah. Membentuk seperti mahkota yang sangat besar. Daun-daunnya pula membentuk seperti lingkaran dan tersusun roset di hujung ranting, tebal dan berwarna hijau gelap dan bercahaya, berbentuk sedikit bundar (obovate) 15-40 sm panjang dan 8- 20 sm lebar.

Bunga bersaiz besar, kira-kira 15 sm lebar, ketara dan mudah dilihat kerana stamen yang berwarna putih dan merah jambu yang menarik serta kelopaknya (petal) 7 sm panjang .


Buahnya berwarna hijau tua, 7- 10 sm lebar, bersegi, kulit tebal dan berserat.


Walaupun Pokok Putat Laut adalah pokok yang tumbuh di tepi pantai , ia adalah sesuai jika ditanam di kawasan tanah yang bercampur pasir untuk dijadikan pokok teduhan terutamanya di taman bunga atau di tempat terbuka awam .


Pembiakan pokok ini adalah dari biji benih; yang mana bagi sesetengah negera menggunakannya untuk menuba ikan
.

Advertisements
 

3 Responses to “PUTAT LAUT (Barringtonia asiatica) BOLEH DIJADIKAN POKOK TEDUHAN”

  1. rosnani Says:

    buah putat ni ke yang boleh dimakan?memang banyak pokok ni kat tempat saya.

    • zainura66 Says:

      Putat yang pucuk dan buah muda biasanya dibuat ulaman adalah seperti di pautan ini :

      https://wannura.wordpress.com/2010/07/18/putat-barringtonia-racemosa-ulam-yang-semakin-pupus/

      tetapi kalau putat laut ni saya belum pernah makan dan dengar orang lain ada memakannya lagi. Kalau Rosnani nak pastikan samada sesuatu pucuk atau buahnya samada boleh makan atau tidak dengan petua orang lama iaitu dengan melhat haiwan seperti burung, monyet, tupai dan sebagainya. Jika haiwan-haiwan ini makan, bermakna kita pun boleh makan tetapi saya rasa eloklah rosnani bertanyakan kepada orang yang lebih arif tentang pokok ini, ok ! Terima kasih dan salam hormat.

  2. manteb, lagi biar lbh fantastic, di tampilkan, gbr2 landskap yg sudah jadi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: