Wannura

Koleksi Tumbuhan

SETAMBUN MERAH (Baccaurea parviflora) YANG HAMPIR PUPUS Julai 14, 2010

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 5:36 am
Tags: , ,

BUAH SETAMBUN MERAH SUDAH HAMPIR PUPUS

Seorang teman saya telah memberi saya gambar buah untuk dikenalpasti. Alangkah seronoknya saya, buah ini ialah buah Setambun jantan atau Setambun merah atau lebih di kenali dengan nama saintifiknya Baccaurea parviflora yang tergulung dalam famili Euphorbiaceae. Buah ini termasuk dalam kumpulan buah Rambai atau Tampoi.


Keunikan pokok ini, ia mempunyai buahnya yang banyak sehingga ratusan pada tangkai tangkai yang panjang dan bertambun di pangkal pokok. Buahnya bujur runcing berwarna merah bertukar keunguan apabila masak. Buah ini berpangsa tiga mengandungi 1-3 biji yang selaputi oleh palpa dan rasanya agak masam.

Pada satu ketika dahulu pokok Setambun merah ini mudah di temui di dusun-dusun. Oleh sebab rasanya agak masam tetapi kayunya sangat cantik dan keras, pokok ini terus ditebang dan kayunya dijadikan  kraf yang sangat mahal harganya. Pokok ini terus ditebang sehingga sukar ditemu lagi.

Kekayaan warisan negara kita tidak lagi dapat dipulihara.

Sumber : http://isaidin.blogspot.com/

 

3 Responses to “SETAMBUN MERAH (Baccaurea parviflora) YANG HAMPIR PUPUS”

  1. nurul asshuhada Says:

    letakkan satu persatu gmbar

  2. anis athirah Says:

    xde yang lain ker?

  3. pernah tengok masa kami ke dusun ayah di bukit ayer,batu pahat,perlis…buah bahagian bawah bnyk sangat…try2 mkn masam yg amat…mmg golongan rambai…skrg dusun dh jual jd lama dah x pergi…xtau la ada lgi ke x pokok ni…nnti ada kesempatan saya kirim gambar pokok LESET…spesis asal pokok langsat dan dokong…mgkin dh semakin pupus sekarang…kat tempat saya ada 1 2 pokok lgi…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: