Wannura

Koleksi Tumbuhan

SEPIT UDANG (Heliconia) Januari 6, 2011

Filed under: Uncategorized — zainura66 @ 10:22 pm

Heliconia merupakan tumbuhan tropika yang istimewa dengan batang, daun dan bunga hiasan yang cantik,
Pokok Sepit Udang atau nama santifiknya Heliconia merupakan sejenis pokok hiasan yang sering ditanam dihalaman. Bagaimana pun ianya pokok yang rimbun agak semak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Heliconia adalah genus kepada sekitar 100 hingga 200 spesies tumbuhan berbunga berasal dari Afrika tropika dan kepulauan Lautan Pasifik barat ke Indonesia. Ada juga fakta yang mengatakan ia berasal dari Amerika Tengah, Carribean, Amerika Selatan dan Kepulauan Pasifik. Terdapat 500 spesies dan varieti atau kultivar di dunia, namun 150 daripadanya boleh ditemui di Asia Tenggara dan Polinesia,Ia adalah genus tunggal famili Heliconiacae, tetapi dahulunya dimasukkan di bawah famili Musaceae. Nama Inggeris genusnya termasuk Sepit Udang – “lobster-claw”, plantain liar –”wild plantain” dan burung cenderawasih palsu – “false bird-of-paradise”, yang terakhir disebabkan rupanya yang menyerupai bunga burung cenderawasih (Strelitzia). Ia mempunyai bunga yang cantik dengan warna yang menarik, tetapi tidak mempunyai bau.

Daunnya sepanjang 15-300 cm, lonjong, tumbuh berlawanan pada batang tidak berkayu yang biasanya lebih panjang berbanding daunnya, seringkali membentuk rimbunan apabila tua. Bunga yang dihasilkan pada tangkai yang tegak atau melendut, terdiri daripada pelindung berlilin bewarna terang, dengan bunga sebenar mengintai keluar dari celah pelindung. Tempat tumbuh heliconia menyerupai pokok Canna, Strelitzia (Burung Cenderawasih), dan pisang yang berkaitan.

Heliconia merupakan sumber makanan penting kepada kelicap hutan, terutamanya (hermit (hummingbird)) dan sesetengah daripadanya, seperti Rufous-breasted Hermit, turut menjadikannya sebagai tumbuhan bagi bersarang.

Heliconia semakin popular dalam industri landskap, bunga keratan, tanaman berpasu dan hiasan. Heliconia mempunyai kepelbagaian jenis dan warna. Ianya mudah ditanam dan dibiakkan walaupun di dalam tanah yang tidak berapa subur seperti gambut dan berpasir. Boleh digunakan dalam ’functional landscape’-‘feature planting’, mass planting. Potensi penanaman amat luas kerana masih banyak varieti yang belum diterokai. Selain digunakan sebagai bunga dalam perlandskapan, heliconia sesuai digunakan sebagai bunga keratan ‘foliage’ untuk bunga gubahan kerana mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Di antara variati Sepit Udang  (Heliconia ) yang boleh ditemui adalah seperti berikut :

  • Heliconia acuminata
  • Heliconia aemygdiana
  • Heliconia angusta
  • Heliconia angustifolia
  • Heliconia aurantiaca
  • Heliconia aurea
  • Heliconia bicolor
  • Heliconia bihai
  • Heliconia bourgaeana
  • Heliconia brasiliensis
  • Heliconia caltheaphylla
  • Heliconia caribaea
  • Heliconia champneiana
  • Heliconia chartacea
  • Heliconia collinsiana
  • Heliconia curtispatha
  • Heliconia episcopalis
  • Heliconia farinosa
  • Heliconia hirsuta
  • Heliconia indica
  • Heliconia latispatha
  • Heliconia lennartiana
  • Heliconia lingulata
  • Heliconia magnifica
  • Heliconia mariae
  • Heliconia marthiasiae
  • Heliconia metallica
  • Heliconia mutisiana
  • Heliconia nutans
  • Heliconia ortotricha
  • Heliconia pearcei
  • Heliconia paka
  • Heliconia pendula
  • Heliconia platystachys
  • Heliconia pogonantha
  • Heliconia pseudoaemygdiana
  • Heliconia psittacorum
  • Heliconia ramonensis
  • Heliconia richardiana
  • Heliconia rostrata
  • Heliconia schiedeana
  • Heliconia shumanniana
  • Heliconia spathocircinata
  • Heliconia spissa
  • Heliconia stricta
  • Heliconia subulata
  • Heliconia tortuosa
  • Heliconia vaginalis
  • Heliconia vellerigera
  • Heliconia velloziana
  • Heliconia velutina
  • Heliconia wagneriana
  • Heliconia xanthovillosa
  • Heliconia zebrina

 

 

 

One Response to “SEPIT UDANG (Heliconia)”

  1. […] SEPIT UDANG (Heliconia) | Wannura – Wannura | Koleksi … – 6/1/2011 · Heliconia merupakan tumbuhan tropika yang istimewa dengan batang, daun dan bunga hiasan yang cantik, Pokok Sepit Udang atau nama santifiknya Heliconia …… […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: