Wannura

Koleksi Tumbuhan

KEMUNTING (Rhodomyrtus tomentosa) banyak terdapat di pantai timur Malaysia Januari 15, 2011

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 1:41 am
Tags: , , ,

Sebagai penghormatan dan tanda terima kasih kepada dua orang pengunjung Wannura iaitu saudara Azmi bin Md Deros dan saudara Fadhil kuantan yang telah sudi menyumbangkan informasi tentang pokok Kemunting ini atas dasar pengalaman mereka, saya sengaja mengadakan satu entri baru yang lebih informatif sebagai rujukan di masa hadapan. Saya berharap ada lagi pengunjung-pengunjung yang sudi memberikan maklumat di sini.

FAKTA KEMUNTING

Pengenalan
Pokok Kemunting nama saintifiknya Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk. merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia. Namanya yang lain ialah karamunting, kelemunting, Dunduok (kadazan dusun), Gangrenzi (cina), Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava, Isenberg bush, myrte-groseille, rose myrtle.

Ia juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.

Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat. Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur. Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halus dan berwarna hijau pudar. Bunganya berwarna merah jambu atau ungu muda, dengan lima kelopak. Ia mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarna merah jambu dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm. Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga. Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, berwarna ungu gelap dengan rasa buahnya seakan-akan buah jambu batu, manis-manis kelat dan berbau harum.

Habitat
Kemunting hidup subur di kawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin. Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa di jumpai hidup di kawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

Ia makin pupus dan biasanya hidup dalam belukar dan sedikit berpaya. tanah berpasir berhampiran pantai adalah habitat yang sesuai. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu; akan tetapi tumbesarannya lambat. Ada juga yang membuat ‘bonzai’.

Khasiat dan Kegunaannya.

  • pucuk muda dan putik muda adalah ubat sakit perut.
  • buah yang masak sangat sedap di makan begitu saja atau di makan dengan santan bagi membersihkan darah
  • akarnya untuk penawar keracunan, penyakit keputihan bagi wanita, muntah berdarah. Caranya rebus akar dengan air (lebih kurang 150 ml) dan diminum tiga kali sehari selama tiga hari.
  • Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem
  • Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: