Wannura

Koleksi Tumbuhan

BATU KARANG (Stachytarpheta mutabilis) penawar berbagai penyakit Januari 16, 2011

Filed under: Herba — zainura66 @ 11:43 pm
Tags: , , , , ,

PENGENALAN

Pecah beling merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832-1870).

Pokok Batu Karang atau Keji Beling (Stachytarpheta mutabilis) adalah suatu jenis tumbuhan yang berbatang basah dan sepintas lalu menyerupai rumput berbatang tegak. Di Jawa tanaman ini banyak terdapat di pedesaan yang tumbuh sebagai semak. Batang pohonnya berdiameter antara 0,2 – 0,7 cm. Kulit luar berwarna ungu dengan bintik-bintik hijau dan apabila menjadi tua berubah menjadi coklat. Daunnya berbentuk bulat telur, pada tepinya bergerigi dengan jarak agak jarang, berbulu halus hampir tak kelihatan. Panjang helaian daun (tanpa tangkai) berkisar antara 5 – 8 cm (ukuran normal) dan lebar daun kira-kira 2 – 5 cm. Permukaan daunnya agak kesat, berbulu dan berbentuk bujur. Bunganya bersaiz kecil, mempunyai 5 kelopak serta berwarna kuning. Pokok pecah beling boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter serta tumbuh merimbun.

Selain boleh dijadikan ubat, ia juga ditanam sebagai penyeri laman rumah . Tumbuhan ini mudah berkembang biak pada tanah subur, agak terlindung dan di tempat terbuka.

  1. SYARAT TUMBUH

a)  Iklim · Ketinggian tempat : 1 m – 1.000 m di atas permukaan laut · Curah hujan tahunan : 2.500 mm – 4.000 mm/tahun · Bulan basah (di atas 100 mm/bulan) : 8 bulan – 9 bulan · Bulan kering (di bawah 60 mm/bulan): 3 bulan – 4 bulan · Suhu udara : 200 C – 250 C · Kelembapan : sedang · Penyinaran : sedang

b) Tanah · Tekstur : pasir sampai liat · Drainase : sedang – baik · Kedalaman air tanah : 25 cm dari permukaan tanah · Kedalaman perakaran : 5 cm dari permukaan tanah · Kemasaman (pH) : 5,5 – 7 · Kesuburan : sedang
2. CARA MENANAM
  1. Pegolahan Tanah · Buatkan lubang tanam berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm
  2. Persiapan bibit · Perbanyakan tanaman kejibeling dilakukan dengan stek.
  3. Penanaman · Stek ditanam pada lubang tanah yang telah disiapkan dengan jarak tanam 1 m x 1 m.

Pokok ini mudah di tanam dan hidup subur di Malaysia. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Universiti Putra Malaysia, daunnya mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium, kalsium, natrium, ferum dan fosforus, vitamin C, B1, B2, katekin dan tannin. Ia juga mengandungi kafeina tetapi kandungannya adalah rendah.

KOMPOSISI :

Daun kejibeling mengandung unsur-unsur mineral seperti kalium, natrium, kalsium dan beberapa unsur lainnya.

KHASIAT DAN KEGUNAAN

  1. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.
  2. Mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. (Kajian UPM)
  3. Ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencat pertumbuhan sel kanser kolon, hati dan buah dada secara semulajadi tanpa kesan sampingan. (Kajian UPM)
  4. Daunnya yang dijadikan teh menunjukkan tahap antioksidan yang tinggi berkesan menurunkan paras gula dalam darah. (Kajian UPM).

KEGUNAAN LAIN DAN CARA PENYEDIAANNYA

Selain itu, penyediaan secara tradisional sebagai penawar bagi penyakit  seperti :
Tumor, Diabetes melitus, Lever (Sakit kuning), Ambeien (Wasir); Kolesterol, Maag, Kena bisa ulat dan Semut hitam;

1. Tumor
Bahan: Daun Keji Beling mentah dan segar 3 lembar.
Cara pemakaian: dimakan sebagai lalapan setiap hari dan dilakukan secara teratur.

Pantangan: Ikan Asin, cabai, tauge, sawi putih, kangkung, nanas,
durian, lengkong, nangka, es, alkohol dan tape, limun dan vitzin.

2. Diabetes Mellitus
Bahan: Daun Keji Beling mentah dan segar 3 lembar.
Cara Pemakaian: dimakan sebagai lalapan setiap hari dan dilakukan secara teratur.

Pantangan: makanan yang manis-manis.

3.  Liver (sakit Kuning)
Bahan: Daun Keeji Beling mentah dan segar 3 lembar.
Cara Pemakaian: dimakan sebagai lalapan setiap hari dan dilakukan secara teratur.

Pantangan: makanan yang mengandung lemak.

4.  Ambeien (wasir)
Bahan: Daun Keji Beling mentah dan segar 3 lembar.
Cara Pemakaian: dimakan sebagai lalapan setiap hari dan dilakukan secara teratur.

Pantangan: Daging kambing dan makanan/masakan yang pedas.

5.  Kolesterol tinggi
Bahan: Daun Keji Beling mentah dan segar 3 lembar.
Cara Pemakaian: dimakan sebagai lalapan setiap hari dan dilakukan secara teratur.

Pantangan: makanan yang berlemak.

6.  Maag
Bahan: Daun Keji Beling mentah dan segar 3 lembar.
Cara Pemakaian: dimakan sebagai lalapan setiap hari dan dilakukan secara teratur.

Pantangan: makanan pedas atau asam.

7.  Kena Bisa Ulat dan Semut Hitam
Bahan: Daun Keji Beling mentah dan segar 1 lembar.
Cara Pemakaian: digosokkan pada bagian tubuh yang gatal hingga daun tersebut mengeluarkan air dan hancur. Dilakukan 2 kali setelah berselang 2 jam.

 

 

2 Responses to “BATU KARANG (Stachytarpheta mutabilis) penawar berbagai penyakit”

  1. wong chin bu Says:

    saya dari negeri melaka . di mana saya boleh beli pokok Keji Beling (Stachytarpheta mutabilis). boleh beli petunjuk alamat arah tuju.

  2. […] Article Title: Batu karang (stachytarpheta mutabilis) penawar berbagai Source: wannura.wordpress.com » « […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: