Wannura

Koleksi Tumbuhan

Anda tahu dan pernah lihat pokok MOLAR ? Januari 17, 2011

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 4:23 pm
Tags: , ,

Pernahkah anda melihat pokok molar atau mengenali pokok molar ? Di sini diterangkan serba ringkas mengenai pokok molar. Sesiapa yang tahu dan pernah jumpa pokok ini bolehlah berkongsi maklumat di sini.

Di Perak, tumbuhan ini digelar pokok Molar dan biasanya boleh ditemui di kampung-kampung. Pokok ini boleh tumbuh sehingga ketinggiannya mencapai 30 kaki.

Pucuk mudanya berwarna hijau cair ; biasanya dimakan sebagai ulam dan rasanya enak, lemak dan rangup. Daun yang telah matang berwarna hijau tua dan bertukar ke kuning akan gugur bersama dahannya dan dahan tersebut kelihatan seperti “tulang manusia” adalah keras dan sukar untuk dipatahkan. Setiap dahan daun mempunyai ranting yang membawa daun yang berbentuk seperti tapak itik.

Setelah berbunga, ia akan mengeluarkan lengai di mana terdapat biji benih yang tersusun rapi didalamnya. Biji benihnya nipis dan bersayap; berukuran 3 inci (7 sm) lebar dan 1.5 inci (3.5 sm) tinggi dan berwarna krim. Dengan itu, penyebaran pokok molar adalah melalui biji benihnya yang dibawa oleh angin.

 

6 Responses to “Anda tahu dan pernah lihat pokok MOLAR ?”

  1. sabar Says:

    pokok jnj juga dipanggil pokok beka oleh masyarakat kelantan dan kedah. pucuknya di rebus dan dibuat ulam manakala buah mudanya di bakar dibuat kerabu sedap tau.

  2. jalie Says:

    pokok beko….pokok kacang golok.

  3. emy Says:

    Salam..boleh bagi tau lokasi secara tepat dimana saya boleh dptkan pokok ni ye? saya nak guna untuk kajian..harap dpt membantu..terima kasih! =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: