Wannura

Koleksi Tumbuhan

PECAH PERIUK (Ixora jawa / coccinea) untuk meredakan demam panas Januari 18, 2011

Filed under: Landskap — zainura66 @ 9:01 pm
Tags: , , , ,

Pokok Pecah Periuk, juga dikenali sebagai Pokok Jejarum dan Pokok Siantan, ialah sejenis pokok renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga. Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.

Terdapatnya dua jenis Pokok Pecah Periuk, iaitu:

Ixora jawa yang berasal dari Malaysia dan Indonesia; dan Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia.

Tingginya Pokok Pecah Periuk ini sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora jawa adalah lebih besar, iaitu 12 – 20 sentimeter panjang, dan 4 – 6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7 – 10 sentimeter panjang dan 3 – 5 sentimeter lebar. Bunga pokok ini adalah besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih. Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak. Ahli-ahli tumbuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.
Walaupun semula jadi kepada kawasan bertropika di Asia, terutamanya India, Pokok Pecah Periuk sekarang tumbuh di cuaca tropika di Amerika Syarikat seperti Florida. Pokok Pecah Periuk juga dikenali sebagai West Indian Jasmine.

Bunga ixora yang berwarna merah biasanya digunakan dalam upacara sembahyang agama Hindu dan dalam membuat ubat-ubatan masyarakat orang India.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/

Maklumat tambahan

Daunnya berbentuk elips, stipul kecil, dan berbunga merah. Ia terdapat di kawasan tanah pamah. Seluruh pokok ini digunakan untuk membuka selera makan. Tumbuhan ini direbus bersama lima biji ubi Cyperus Stoloniferus sehingga mendidih sebelum digunakannya. Selain itu tumbuhan ini juga digunakan sebagai ubat demam panas. Bahagian organ yang digunakan adalah bunga tumbuhan tersebut. Bunga ini bersama akar sagu atau akar mengkuang atau akar pisang gala direndam dan dibasuh kepala dan ini dapat menghilangkan demam panas.( Rujukan: http://pkukmweb.ukm.my/)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: