Wannura

Koleksi Tumbuhan

CALLICARPA GLABRIFOLIA Januari 21, 2011

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 3:46 pm
Tags:

Callicarpa glabrifolia dari perkataan latin bermaksud ‘ glabrous leaves’, merujuk kepada daunnya yang tidak mempunyai bulu.

Ia merupakan tumbuhan semak yang boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m. Daunnya yang keluar bertentangan, ringkas , urat daun yang jelas kelihatan, tiada berbulu. Bunga yang dihasilkan bersaiz kira-kira 2 mm , berwarna putih , dalam bentuk jambakan manakala buahnya berukuran 4 mm.

Ia tumbuh liar di tempat terbuka dan hidup subur di kawasan dipterokap dan separa hutan yang berbukit sehingga ketinggian 1600 m altitud. Biasanya di kawasan cerun bukkit. Taburan bagi pokok ini ialah di kawasan Borneo ( Sarawak, Brunei, Kalimantan Timur).

 

4 Responses to “CALLICARPA GLABRIFOLIA”

  1. fadhil kuantan Says:

    assalamualaikum,
    merujuk gambar diatas, ini ialah pokok bebuas.terdapat 2 jenis bebuas
    i) bebuas pantai.ii)bebuas kampung(darat). pucuknya boleh di buat ulam.
    pucuk bebuas kampung pula adalah ramuan utk ‘botok botok’ sejenis masakan yg enak di sebelah Johor. tumbuhan ini byk terdapat di spjg pantai timur semenanjung.pada musim tengkujuh,daun pokok ini mengeluarkan bau yg wangi apabila di ramas.di sbb kan baunya juga pokok ini di panggil ‘limau pantai’.
    buah nya menjadi kegemaran burung perling yg berperanan sbg penyebar biji benih.

    • zainura66 Says:

      Waalaikumsalam,

      Saya rasa saudara Fadhil banyak juga pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan ni dan saya merasa terharu dan gembira sekali kerana saudara mahu berkongsi maklumat dengan pelayar-pelayar di weblog ini. Saya berharap saudara tidak akan jemu singgah dan memberi informasi menurut pengalaman saudara sendiri di sini.

      Kalau boleh, berilah resepi botok-botok di sini supaya ada yang boleh mencubanya. Salam ceria selalu.

  2. fadhil kuantan Says:

    terima kasih…”ilmu yg ada cuma sedikit,kalau di kembang kan menjadi luas”…rmai yg bleh menggunakan nya..maaf kan saya ,jika ada apa2 info yg tidak tepat di dlm laman saudara,saya akan perbetul kan mengikut pengetahuan saya.
    berkenaan resepi botok-botok saya mmg tidak tau.saya org Tenggara Pahang, cuma bersempadan dgn negeri Johor.hrp dpt saudara rujuk pd org Johor..mohon maaf..

    • zainura66 Says:

      Assalamualaikum,

      Ilmu sememangnya bermula dari yang sikit dahulu, bila dikembangkan atau diperluaskan, ia akan bertambah, jika tidak ditambah, ia akan habis…

      Salam ceria selalu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: