Wannura

Koleksi Tumbuhan

Bunga Nasi Kerabu (Clitoria ternatea) Jun 15, 2012

Pokok ini dikenali sebagai Bunga Nasi Kerabu atau Bunga Telang. Nama saintifiknya ialah Clitoria ternatea. Panggilan nama pokok ini berbeza mengikut tempat / daerah atau sesebuah negeri itu. Oleh kerana ia biasanya digunakan dalam masakan khususnya masyarakat Pantai Timur, Malaysia iaitu negeri Kelantan sebagai pewarna nasi kerabu, ia lebih dikenali sebagai ‘Bunga Nasi Kerabu’.

Ia sejenis pokok yang memanjat atau menjalar sesuai tumbuh di kawasan yang redup atau panas dan mudah ditanam. Daunnya berbentuk sedikit bundar dan bersaiz kecil, keluar berpasangan. Bunganya berbentuk seperti bunga seri pagi tapi bersaiz kecil dan kelopaknya berwarna ungu atau biru tua dan putih di tengah-tengahnya. Buahnya pula kelihatan seakan-akan berbentuk kacang pea, cuma saiznya agak kecil berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke perang bila telah matang. Biji benihnya yang berwarna hitam pula berada di dalam lengainya.

Bunganya dijadikan pewarna asli/ semulajadi dalam masakan seperti nasi, kuih muih dan minuman. Hanya rendamkan bunga tersebut di dalam air panas dan biarkan ia suam sebelum digunakan.

Dalam perubatan Ayurveda pula yang telah berkurun digunakan bagi menambahkan daya ingatan, anti-stress, anti-kejang, penenang dan lemah tenaga batin.

 

2 Responses to “Bunga Nasi Kerabu (Clitoria ternatea)”

  1. Sunita Says:

    bolehkah saya membeli bibit bunga telang


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: