Wannura

Koleksi Tumbuhan

Bebuas (Premna Spp) Jun 16, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 10:41 pm
Tags: , , , , , , ,

Bebuas

Bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Ciri botani

Ia ialah pokok kecil boleh mencecah setinggi 7 m. Batang banyak cabang, dan mudah bertunas sekiranya dicantas. Daun tunggal, sederhana besar, susunan bertentangan, berbentuk bujur dengan hujung menirus, pangkal daun membulat, tepi daun bergerigi, permukaan berkilat, tangkai daun panjang, warna daun hijau kekuningan ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang dan berbau unik. Bunga majmuk, kecil berwarna putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun, berbau kuat. Buah kecil, bulat, bergugus, hijau ketika muda bertukar warna ungu kehitaman setelah masak, dan terdapat satu biji bulat di dalamnya.

Penanaman

Ia sesuai hidup di tempat yang mendapat cahaya matahari pebuh atau separa di bawah naungan.

Khasiat

Mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E.[perlu rujukan]

Ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bebuas

 

2 Responses to “Bebuas (Premna Spp)”

  1. fadhil Says:

    bebuas adalah bukan beruas.
    beruas ialah manggis hutan.
    sering orang salah menamakan nya.

    • zainura66 Says:

      Pada pendapat tuan, bagaimana cara kita nak pastikan samada sesuatu nama tumbuhan itu adalah sama dengan nama panggilan bagi tempat lain. Bagi pendapat saya, agak sukar juga untuk menentukan sesuatu nama tumbuhan itu adalah sama dengan nama panggilan di tempat kita kerana ini adalah mengikut kepada senario mereka kepada bentuk, warna, bau, sifat dan mungkin kepada sejarah pokok yang terdapat di tempat mereka. Maka mereka pun menamakan pokok tersebut berdasarkan kepada apa yang mereka lihat. Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan atas keprihatinan dan sokongan tuan terhadap posting saya di weblog ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: