Wannura

Koleksi Tumbuhan

Misai Adam pengubat lemah syahwat lelaki Julai 1, 2012

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 12:37 pm
Tags: , , , ,

Misai Adam atau Janggut Adam atau Misai Ali (nama saintifiknya ialah Gramineae themeda arguens Hack/Schizaea digitata / Actinostachys digitata) merupakan sejenis rumput rumpai yang mempunyai bentuk yang agak unik, biasa dijumpai dikawasan yang agak redup dan mempunyai tanah yang lembab seperti di kebun getah dan kawasan belukar serta kawasan hutan hujan tropika. Ia juga boleh hidup di kawasan yang tidak begitu subur. Di Malaysia, ia boleh didapati di padang yang terbiar, di tepi-tepi jalan atau di kawasan yang baru di buka. Nama lain tumbuhan ini ialah curlygrass fern, grass fern, paku rimba, fern of the virgin fores. Ia adalah dalam keluarga Schizaeaceae.

Ia tumbuh dalam rumpun, mempunyai batang yang kecil, beruas panjang dan berwarna merah kehitaman. Ia mempunyai rizom yang lebih pendek dari paku pakis.

Daunnya panjang menyerupai daun rumput dan agak kerinting , berbulu dan runcing. Buahnya mempunyai ekor seperti helaian misai atau janggut yang kasar dan pangkalnya mempunyai umbi. Pangkal umbi berbulu dan tajam. Apabila masak atau kering, buah yang tajam itu boleh terpacak ke tanah apabila gugur lalu tumbuh di situ.

Kegunaan

~ Tumbuhan ini boleh dihancurkan menjadi pulpa. Pulpa ini digunakan bagi merawat “lumbago”.

~ Akarnya pula digunakan sebagai ramuan ubat periuk bagi kaum lelaki. Ramuan yang dicadangkan ialah Janggut Adam, Tongkat Ali, Tapak Merpati, Selayar Hitam dan Serai Gunung. Ia dikatakan dapat mencuci darah dan juga menambahkan ketahanan !!!

 

5 Responses to “Misai Adam pengubat lemah syahwat lelaki”

  1. evi supawi Says:

    takde ke ubat kapsul tradisional untuk memulihkan penyakit lemah syahwat & lemah tenaga batin

  2. zai Says:

    kat [adang tmpat aku berlambak pokok ni

  3. iskandar Says:

    melambak tp x tau guna x ade maknanya!

  4. Acak Says:

    setiap ciptaan Allah ada kegunaannya, terpulang bagaimana untuk kita menafaatkannya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: