Wannura

Koleksi Tumbuhan

Buah Pala (Myristica fragrans) Julai 11, 2012

Buah pala (bahasa Inggeris: nutmeg) ialah satu genus tumbuhan tropika yang pokoknya malar hijau. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia. Buah pala penting untuk dijadikan sebagai rempah.

Buah pala sebenarnya ialah biji pokok ini, dan berbentuk seakan-akan telur dengan ukuran 20-30 milimeter panjang dan 15-18 milimeter lebar, sedangkan selaput biji palan ialah aril atau kulit bijinya yang berwarna merah dan kelihatan kering dan seakan-akan renda.
Beberapa produk komersil yang lain juga dihasilkan oleh Pokok Pala, termasuk minyak pati, oleoresin tersari, dan mentega buah pala (sila lihat di bawah).

Spesies yang paling penting dari segi perdagangan ialah Pokok Pala Biasa atau Harum, Myristica fragrans, yang berasal daripada Kepulauan Banda di Indonesia; pokok ini juga didapati di Caribbean, khususnya di Grenada. Spesies yang lain termasuk Pokok Pala Papua, M. argentea, dari New Guinea, dan Pokok Pala Mumbai, M. malabarica, dari India; kedua-dua ini dipergunakan sebagai bahan lancung untuk produk-produk M. fragrans.

Pokok pala mempunyai ketinggian di antara 4-15 meter dan bersifat ‘unisek’, iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga jantan atau betina sahaja. Oleh itu, pada kebiasaannya satu batang pokok jantan ditanam di antara 10 batang pokok betina. Namun ada sumber yang mengatakan bahawa terdapat pokok yang mengeluarkan kedua-dua bunga jantan dan betina. Tetapi ini jarang ditemui.

Buah pala ialah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk yang berbeza di antara pokok yang berlainan. Ada pokok yang menghasilkan buah berbentuk bulat dan ada juga yang menghasilkan buah berbentuk pir. Secara purata berat buah pala ialah dalam lingkungan 89 g dan bergaris pusat lebih kurang 5.6 cm. Apabila buah ini masak, perikapnya yang berwarna kuning dan mempunyai ketebalan 1.5 cm terbelah dua dan mendedahkan biji yang berwarna perang keungguan serta berkilat. Biji ini diselaputi biji atau aril yang dipanggil ‘mace’ berwarna merah terlekat pada pangkal biji.

Bahagian perikarpnya, walaupun terlalu masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, ia boleh diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala. Manakala biji dan aril atau ‘mace’ boleh dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari ‘mace’ ini digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan terutamanya untuk memberi perisa pelbagai jenis sos dan kicap. Hasilan dari biji pala ini digunakan sebagai rempah, bahan perisa untuk masakan yang manis seperti kek dan masakan yang menggunakan susu.
Kedua-dua biji dan aril buah pala mengandungi minyak pala yang mempunyai perisa yang berbeza. Sejenis minyak yang bersifat tepu pada suhu bilik juga boleh dihasilkan daripada biji pala. Minyak ini digunakan sebagai minyak ubat sapu dan untuk pembuatan minyak wangi.

~ http://ms.wikipedia.org

Maklumat tambahan

Pokok Buah pala mampu tumbuh sehingga 8-12 meter tinggi dimana mempunyai batang utama dan banyak dahan. berwarna kelabu gelap Daunnya berbentuk elips langsing atau ‘ovate-alternate’ berwarna hijau berukuran 5 cm lebar dan 10 cm panjang. Pokok pala mempunyai ‘Pokok Jantan’ dan ‘Pokok Betina’ selpas 4-6 bulan kita dapat tahu diladang. Pokok Jantan menghasilkan debunga untuk pokok betina jadi pastikan pokok jandan tidak di tebang semua dan kadar disyorkan setiap 1 pokok jantan ada 8 pokok betina. Pokok yang ‘hemaprodite’ kadang-kadang ujud tetapi sangat jarang dijumpai dikebun.

Bunga pala keluar dari hujung dahan berwarna kekuningan dengan tangkai hijau yang pendek. Bunga betina berukuran 1 cm lebih panjang dari bunga jantan dengan berbentuk loceng dan tiada kelopak. Kedua2 bunga mengeluarkan nektar atau manisan utnuk di sedut oleh serangga yang akan mendebungakan secara bersilang atau ‘cross pollinatian’. Buah pala berbentuk lonjong seperti buah lemon dan berwarna kuning, ada isi dan mempunyai aroma khas. Bila masak sepenuhnya maka bahagian kulit dan daging akan membuka dan biji akan terlihat terbungkus dan berwarna merah. Satu buah biasanya menghasilan satu biji pala yng berwarna coklat.

Pokok buah pala atau ‘nutmeg’ ini merupakan pokok saka yang sesuai ditanam dikawasan panas, hujan melebihi 2,500 mm setahun, terlindung dari angin kencang dan tiada musim kemarau panjang. Penanaman buah pala menggunakan biji benih yang matang dan perlu disemai. Biji benih memerlukan 2-4 minggu untuk bercambah dan boleh di tanam keladang selepas 6 bulan. Oleh kerana pokok buah pala di tanam kebanyakkanya di lereng bukit di kawasan Pulau Pinang maka jarak tanaman 3-4 m x 3-4 m mengikut kesesuaian. Pembajaan dijalankan dengan memberikan baja organik sebanyak 4-5 kg sepokok setiap 6 bulan dan baja NPK mengikut kadar. Kawalan rumpai dijalankan dengan cara manual atau kimia.
Pokok pala akan mulai berbunga selepas 7-9 tahun ditanam. Buah-buah pala yang masak akan dikuitp secara manual dan dikumpulkan. Jika dibiarkan maka buah pala akan gugur dan disetengah negara biji akan dikutip untuk diproses. Kajian menunjukkan penghasilan pala paling optima sehingga 25 tahun dan pokok akan menjadi terlalu tinggi melebihi 20 meter sukar untuk aktiviti penuaian. Jika dibiarkan pokok pala mampu hidup sehingga beratus-ratus tahun. Pala dikutip dua tujuam iaitu untuk penghasilan buah segar bagi tujuan di proses jadi bahan makanan atau perubatan atau penghasilan biji buah untuk diproses. bagaimanapun buah yang cukup masak dituai dan dijemur selama 6-8 minggu dibawah cahaya matahari. Amalan di Malaysia kulit biji akan dikupas dan bijinya dijemur. Apabila buah kering maka buah akan berbunyi kerana saiz biji mengecil di keluarkan sebelum dijual biji pala (Di Indonesia).
Biji pala mengandungi minyak sebanyak 7 – 14% yang mempunyai nilai tinggi untuk pelbagai kegunaan. Minyak yang diekstrak ini digunakan untuk dijadikan ubatan farmasiutekal dan industri bau-bauan (minyak wangi). bahan kimia yang terkandung adalah seperti d-pinnene, dipentene, d-borneol, I-teripenol, geraniol, safrol dan myristicin. Buah pala sebenarnya berguna dalam masakan dan juga sebagai makanan. Di Pulau Pinang buah pala di hiris halus dan disalut gula daan dimasukkan dalam ‘ais kacang’. Buah pala juga digunakan sebagai ramuan masak kari, sayuran campuran, manisan di India, campuran minuman, candy dan sebagainya. Kajian klinikal menyatakan penggunaan produk buah pala yang sedikit memberikan kesan Psaikologi dan Neurologi manusia tetapi jika terlalu berlebihan akan memberikan kesan negatif yang tidak baik. Kandungan myristicin dalam buah pala boleh menyebabkan pening kepala, pengurangan air badan (dehydration), palpitations, convulsions, nausea dan sebagainya jika tidak mengikut peraturan dosej makan. kajian lanjut perlu dijalankan mengenai tanaman ini yang ditanam tidak berapa luas atau komersial di Malaysia.

Sumber : ~ http://animhosnan.blogspot.com

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: