Wannura

Koleksi Tumbuhan

Ketum ….. herba pemulih tenaga Julai 21, 2012

Filed under: Uncategorized — zainura66 @ 3:41 pm
Tags: , ,

Pengenalan
Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Kesan penagihan daun Ketum

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah :

susut berat badan
insomnia
anoreksia
bibir menjadi kering
sembelit atau kesukaran membuang air besar
kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
sengal-sengal sendi
mudah marah
lemah untuk bekerja

Masa depan pokok Ketum
Dengan pengistiharkan daun Ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003, ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa.
Nasib pokok ketum ternyata berbeza dengan pokok kola yang berasal dari Amerika Syarikat. Air rebusan daun kola telah dijadikan bahan asal Coca-cola. Bagaimanapun setelah didapati daun kola mempunyai bahan ketagihan yang sama, syarikat Coca-cola telah menukar bahan asal dalam daun kola kepada bahan sintatik yang tidak menagihkan. Apakah mungkin anda pengusaha daun Ketum yang mampu menjalankan penyelidikan bagi menyingkirkan bahan mitragynine dari ramuannya untuk dipasarkan? Mungkin akan terhasil Ketum Kola? Hanya masa akan menetukannya.
Bagaimanapun penyelidikan oleh luar negara untuk memajukan pokok Ketum menunjukkan hasil yang menggalakkan. Kajian oleh Ridley 1897 di Malaya dan terbaru di New Zealand mendapati kandungan mitraginin dalam daun ketum dos rendah boleh digunakan sebagai ejen dalam rawatan detoksifikasi dadah (pemulihan penagih dadah). Dengan itu daun Ketum dipercayai boleh membantu dalam rawatan detoksifikasi atau terapi gantian dan khasiat dalam perubatan tradisional tetapi kajian lebih saintifik perlu dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan serta keberkesanan daun ketum digunakan dalam rawatan itu.
Oleh itu, jangan terkejut sekiranya suatu hari Malaysia akan mula mengimport daun Ketum dari New Zealand dan Australia sebagai bahan ubat.

Tindakan penguatkuasaan.
Pada 3 Mei 2005, lima pengedar air ketum ditahan di Felda di negeri Terengganu dan 144 liter air dan 44 kg daun ketum dirampas. Mereka boleh dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pada Julai 2008, tangkapan terhadap sindiket penjualan air ketum masih dijalankan.~ Sumber : wikipedia.org/

Maklumat tambahan
Pokok ketum tumbuh semulajadi di hutan-hutan seperti di Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu. Di sesetengah tempat ketum dipanggil pokok biak. Masyarakat tradisi menggunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat bekerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.

Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan. Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.

Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas bekerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot, sakit-sakit sendi dan lelah.

Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Nota Tambahan (Rujukan : http://drwanrushidi.blogspot.com)

Bahan Aktif • Mengandungi banyak alkaloid psikoaktif, lebih daripada 25, tetapi Mitragynine merupakan alkaloid yang utama • Mitragynine memberi kesan-kesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai drug narkotik seperti candu • Alkaloid Mitragynine diasingkan (isolated) pada tahun 1907 • Struktur kimianya ditentukan pada tahun 1964 • Strukturnya berkait dengan alkaloid yohimbin dan voakangin (voacangine) • Terdapat perkaitan jauh dengan ‘tryptamine-based psychedelic drugs’ seperti yohimbin, psilosibin dan LSD.

 

One Response to “Ketum ….. herba pemulih tenaga”

  1. farhi Says:

    salam bro..minta tolong kalau MITRAGYNA PARVIFOLIA panggilan dalam bahasa melayu apa ye?

    Terima kasih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: