Wannura

Koleksi Tumbuhan

Sepetir tonik bagi wanita selepas bersalin Julai 27, 2012

Pengenalan
Sepetir atau nama saintifiknya Sindora miq. adalah dari keluarga Leguminosae. Semua spesis Sindora dipanggil sepetir sebagai nama umum tetapi setiap spesis ada rangkai nama yang membezakan spesis. Dua spesis Sindora yang digunakan sebagai ubat herba di Malaysia iaitu :

Sindora siamensis Teijsm ex Miq. (Sindora cochinchinensis baillon ) – sepetir mempelas
Sindora velutina J.G. Baker (Sindora parvifolia backer ex K. Heyne ) – sepetir beludu besar atau sepetir beludu kecil ( Semenanjung ) dan ensunut ( Sarawak )

Sindora siamensis

Pokok kecil, boleh mencapai ketinggian 15 sm dan ukuran garispusat 40 sm pada paras dada, tetapi ada yang 35 m tinggi dengan batang lurus tanpa dahan sehingga 12 m tinggi.
Daun majmuk, 1 daun ada 6-8 anak daun, anak daun 4-15 sm panjang dan 3-8.5 sm lebar, liat, sedikit berbulu di permukaan atas tetapi mempunyai bulu yang lebat di permukaan bawah.

Bunga dengan kelopak kaliks sepanjang 4.5 -9 mm.

Buah leper, berbentuk bujur telur, 8.5-10 sm panjang kulit buah banyak duri yang besar.

Sindora velutina

Pokok sederhana besar, boleh mencapai ketinggian 30 m, jarang-jarang 40 m tinggi, batang tegak lurus dengan 1 m ukuran garispusat pada paras dada.

Daun jenis majmuk, kebanyakannya antara 10-12 anak daun, ada kala 8 anak daun sahaja; anak daun 3.5-12.5 sm panjang dan 1.5-5 sm lebar, liat, permukaan bawah mempunyai bulu yang lebat.

Bunga dengan kelopak kaliks sepanjang 11-13 mm mempunyai bulu.

Buah leper, bengkok, bentuk bulat bujur atau hampir bulat, 12 sm panjang; kulit buah banyak duri yang kaku dan tirus.

Kandungan

Sindora velutina
Minyak- hidrokarbon seskuiterpenoid dengan 3 sebatian utama (alfa-kopaen,beta-kubeben dan beta-kadinen). Minyak sepetir yang dihasilkan di Malaysia berwarna perang muda, berbau wangi dan rasa seperti gam. Ia mengandungi 65% minyak volatil yang tiada warna.

Taburan

Sepetir merujuk kepada 20 atau lebih spesis Sindora yang terdapat di serata Asia Tenggara. Sindora siamensis mempunyai taburan semulajadi di Semenanjung Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam. Sindora velutina di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sindora inermis dan Sindora supa di Filipina. Manakala spesis Sindora sumatrana di Sumatera. Kelima-lima spesis ini digunakan sebagai ubat herba.

sementara biji yang diberi perlakuan boleh mencapai 70% kadar percambahan.

Ekologi

Sindora siamensis kerap menjadi spesis dominan di hutan dipterokarp kering yang bertanah pamah dengan ketinggian tanah 500 m dari paras laut. Sindora velutina pula bertaburan di hutan yang tanah pasir atau berkeliat yang tidak dibanjiri air; lazimnya di tepi bukit, ada kalanya pula di sekitar paya.

Khasiat ubatan

Sindora siamensis

Pokok : Kulitnya dicampur bahan lain dibancuh sebagai the herba atau direbus, lalu air ini diminum untuk merawat batuk bronkitis, cirit-birit dan disentri.

Sindora velutina

Minyaknya disapu pada pelbagai penyakit kulit.

Buah: Air rebusannya diminum oleh ibu selepas bersalin.

Sindora sumatrana


Buah
: Air rebusannya diminum untuk merawat demam panas, pendarahan dalam rahim dan kulit kepala berpenyakit ekzema. Buah sepetir dicampur daun jambu batu lalu direbus dan diminum untuk merawat pendarahan rahim.

Sindora inermis dan Sindora supa (di Filipina)

Buah : Dimasukkan ke dalam campuran ubat herba yang direbus untuk diminum oleh ibu selepas bersalin.

Pokok : Minyak daripadanya disapu pada pelbagai penyakit kulit


Kegunaan lain

Sindora siamensis

Biji : Aril dikunyah seperti sirih.

Pokok : kayu balaknya dibuat papan, tiang, perabot, pelbagai pembinaan dan kayu api (bahan bakar). Kulit pokoknya digunakan sebagai dinding. Minyak pokoknya digunakan untuk menutup lubang, terutama di celah-celah sampan.

Sindora velutina

Pokok
: Kayunya dibuat rumah, perabot dan pelbagai perkakas.

Rujukan :Tumbuhan liar: Khasiat ubatan & kegunaan lain oleh Hean Chooi Ong.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: