Wannura

Koleksi Tumbuhan

Serdang Cina penawar leukemia dan sukar melahirkan anak Julai 28, 2012

Filed under: Uncategorized — zainura66 @ 11:15 pm



Pengenalan

Serdang Cina atau nama saintifiknya Livistona chinensis (Jacq.) R. Br. dari keluarga Palmae atau Arecaceae. Pokok palma tunggal setinggi 8 m, batang lurus tegak, berkayu keras. Daun jenis ringkas, bersaiz besar berbentuk palmat atau kipas, hujung daun carik dan berjuntai. Bunga dalam jambak bunga mayang yang keluar dari ketiak daun, banyak cabang, berwarna putih kekuning-kuningan dan kecil. Buah berbentuk bulat bebola atau bulat membujur, 2 sm panjang dan 1.5 sm lebar, warna yang hijau bertukar menjadi kebiru-biruan dan kemudian hitam setelah masak.

Kandungan

Seluruh bahagian – tanin, kabohidrat, serabut dan mineral.

Taburan
Serdang Cina berasal dari negara China. Kini ia juga ditanam di serata tropika dan subtropika.

Penanaman
Serdang Cina ini ditanam dengan menggunakan biji yang disemai. Biji ini mengambil masa yang lama untuk bercambah. Pokok ini biasanya ditanam di atas tanah secara tunggal, berbaris ataupun berkelompok. Tanah yang subur dan gembur akan meransang pokok ini tumbuh lebih cergas dan sihat.

Penyakit/ Perosak

Pokok Serdang Cina ini biasanya tidaklah menghadapi masalah penyakit atau perosak yang serius.

Kegunaan

Daun Serdang Cina digunakan untuk dibuat atap dan topi.

Khasiat ubatan

Akar : Air rebusannya diminum untuk merawat asma dan mengatasi rasa sakit.

Biji : Direbus bersama daging selama 1 hingga 2 jam dan sup ini boleh diminum setiap hari untuk merawat kanser hidung, kerongkong dan tenggorok serta karsinoma pada selaput janin. Air rebusan ini diminum untuk merawat leukemia. Biji Serdang Cina boleh menggugat kesuburan wanita.

Daun : Air rebusan tangkai daunnya diminum untuk tujuan merawat pendarahan rahim dan sukar melahirkan anak. Dua lagi cara penyediaan untuk tujuan yang sama ialah tangkai daun ini digoreng sebelum direbus untuk diminum atau tangkai daun dibakar menjadi abu, lalu abu dicampur dengan air dan diminum

Rujukan :

Tanaman hiasan : khasiat makanan & ubatan oleh Hean Chooi Ong.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: