Wannura

Koleksi Tumbuhan

Sepenuh untuk merawat sakit sendi jenis reumatisme. Julai 31, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 2:48 pm
Tags: , , , , , , ,

Pengenalan

Sepenuh atau nama saintifiknya Proiphys amboinensis (L.) Herbert adalah dari keluarga Amaryllidaceae. Nama lainnya ialah Si kenyang, Si kudip.

Pokok jenis herba yang mempunyai bebawang di dalam tanah.

Daun berbentuk jantung tetapi lebar bulat, tajam di hujung daun, 12-28 sm panjang dan 13-23 sm lebar, tangkai daun 23-28 sm panjang.

Bunga berwarna putih pada jambak bunga jenis umbel, satu jambak mempunyai 10 atau lebih kuntuman bunga, bunga pada satu jambak akan kembang satu demi satu dalam tempoh 2 minggu.

Kandungan

Semua bahagian – likorin, karbohidrat, mineral dan serabut.

Taburan

Sepenuh berasal dari Malaysia, Indonesia, Filipina hingga ke negara Australia. Ia tumbuh samada secara meliar ataupun ditanam di beberapa kawasan di sekitar Asia Tenggara.

Penanaman

Sepenuh lazimnya ditanam dengan menggunakan bebawang dari dalam tanah ataupun bijinya disemai. Ia boleh ditanam di dalam pasu atau di atas tanah secara barisan ataupun secara berkelompok. Ia amat sesuai ditanam di kawasan yang separuh teduh. Penanaman secara biji mengambil masa yang terlalu panjang untuk memperoleh bunganya.

Penyakit/ Perosak

Sepenuh biasanya tidak menghadapi masalah penyakit ataupun perosak yang serius.

Khasiat ubatan

Bebawang : Cecair bebawangnya digunakan untuk meransang muntah dan sebagai penawar racun anak panah atau sumpitan, racun haiwan serta penawar racun dalam makanan. Sekeping bebawang dikunyah sebagai penawar racun ikan ataupun udang.

Daun : Ditumbuk lumat dan dibuat ubat pupuk untuk merawat sakit sendi jenis reumatisme.

Kegunaan lain

Sepenuh digunakan untuk menghalau dan menghalang hantu memasuki rumah. Ia juga ditanam bersama padi untuk menjamin hasil yang lumayan. Daunnya digunakan sebagai pengebas dalam upacara seperti menuai padi, menangkap ikan dan perkahwinan.

Penggunaan sepenuh sebagai ubat herba dalaman boleh menghasilkan muntah yang teruk dan memberi kesan toksik. Ia berbahaya jikalau terlebih digunakan terutamanya kepada orang yang alah atau sensitif.

Rujukan :Tumbuhan liar: Khasiat ubatan & kegunaan lain oleh Hean Chooi Ong.

 

4 Responses to “Sepenuh untuk merawat sakit sendi jenis reumatisme.”

  1. en_me Says:

    salam ziarah jee.. nice

  2. Jacqueline Says:

    Diperhatikan bahawa imej-imej kami yang hak cipta untuk tumbuhan ini telah dipaparkan oleh anda di sini, sepertimana disiarkan di laman web kami: http://www.jaycjayc.com/proiphys-amboinensis-cardwell-lily/.

    Adalah dimaklumkan bahawa semua kandungan laman web kami dan imej-imej adalah hak cipta. Oleh itu, sila keluarkan imej-imej kami secepat mungkin dari artikel anda.

    Sekian, terima kasih.

    • zainura66 Says:

      Maafkan admin Cik Jacqueline atas kesilapan mengambil foto tanpa disengajakan sebab foto yang saya ambil dari pakcik google. Saya hanya membuat koleksi tumbuhan untuk memberi maklumat kepada semua orang di sini dan bukan ada niat untuk mengambil sebarang keuntungan.

      • Jacqueline Says:

        Terima kasih ke atas maklum balas. Walau bagaimanapun, kami tetap ingin imej-imej hak cipta kami dikeluarkan dari artikel anda. Sekian.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: