Wannura

Koleksi Tumbuhan

Petola Ular (Trichosanthes cucumerina L. ) Ogos 16, 2012

Filed under: Sayur — zainura66 @ 6:51 pm

Pokok Petola Ular atau nama saintifiknya Trichosanthes cucumerina merupakan sejenis buah yang dikelaskan sebagai sayuran. Ia berada dalam famili Cucurbitaceae. Nama lainnya ialah Snake guard dalam Bahasa Inggeris.

Pokok Petola Ular merupakan herba semusim dan memanjat dengan sulur paut sehingga 3-5 meter.

Batangnya bersegi, liat sedikit dan berukuran 1-1.5 sentimeter (sm) diameter. Sulur pautnya bercabang dua atau tiga. Daunnya berbentuk ringkas, berlobus 5-7 segmen dan petiol 2-10 sm panjang. Bunga jantan 10-30 sm panjang dan beberapa kuntum bunga berwarna putih. Bunga betina sesil, juga warna putih. Buah berbentuk silinder, seperti bentuk ular, bengkok atau berputar., berukuran 3-6 sm diameter, 30 – 180 sm panjang, berwarna hijau keputihan ketika muda dan bertukar merah apabila masak. Bijinya banyak, bujur dan berwarna perang. Sayuran buah ini semakin popular dan mula dijual di pasar. Buahnya sering dimasak kari, ditumis, direbus manis. Pucuk muda juga dibuat sayur tetapi dianggap sebagai ubat cacing dan laksatif. Sayuran ini mempunyai khasiat makanan sederhana terutama vitamin dan mineral. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) buah muda yang boleh dimakan mengandungi: protein 0.6 g, lemak 0.3, karbohidrat 4 g, serat 0.8 g, kalsium 26 miligram (mg), ferum 0.3 mg, fosforus 20 mg, vitamin B1 0.02 mg, vitamin B2 0.03 mg, niasin 0.3 mg, vitamin C 12 mg. Herba ini mudah dibiakkan dengan semaian biji benih. Biji yang cukup masak disemai terus ke batas. Jarak tanaman kira-kira satu meter antara barisan dan 60 – 70 sm antara pokok. Pokok ini perlu diberi junjung atau para bagi membolehkannya memanjat. Selepas 5-6 minggu, pokok ini akan mula berbunga. Biasanya didahului oleh bunga jantan kemudian bunga betina dan seterusnya berbuah. Pokok ini tidak memerlukan jagaan rapi tetapi memerlukan tanah subur dan mempunyai saliran baik. Baja yang sebaiknya ialah baja kompos atau najis haiwan yang reput. Selain baja asli, sebatian kompleks 15:15:15 boleh digunakan. Buahnya sering diserang ulat buah dan sebaiknya dibalut dengan kertas.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: