Wannura

Koleksi Tumbuhan

Kuku Geruda sedap dijadikan ulam Ogos 18, 2012

Filed under: Landskap — zainura66 @ 10:10 pm
Tags: , , ,

Pengenalan

Pokok kuku garuda juga dikenali dengan nama pokok siku keluang ini dipercayai berasal dari Indonesia. Nama saintufiknya ialah Polyscias filicifolia / fruticosa (L.) Harms. dari famili Araliaceae.

Pokok renek ini mempunyai banyak variasi yang boleh dibezakan dengan bentuk daun. Daun pokok kuku garuda ini mepunyai bentuk tajam dan bergerigi di bahagian tepi daun. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan. Ia boleh dibiak melalui keratan batang.

Kegunaan

Selain dari dijadikan hiasan, pucuk dan daun muda pokok kuku garuda ini sedap dibuat ulam; malah dikatakan lebih sedap dari ulam raja di mana rasanya lemak dan tidak pahit. Sebenarnya ramai yangb tidak mengetahui bahawa pucuknya boleh dimakan sebagai ulaman dan dijadikan bahan masakan.

Kegunaan lain

Akar atau daun pokok ini yang direbus dan diminum boleh digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil serta merawat penyakit batu karang. Daun kuku garuda yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan dikatakan dapat merawat sakit saraf dan reumatik. Ia juga boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan yang disebabkan oleh luka kecil.

Sumber : adrydaud.blogspot.com

 

2 Responses to “Kuku Geruda sedap dijadikan ulam”

  1. hangtuhangpa Says:

    Assalamualaikum!!!

    Selamat Hari Raya pakcikli & follower wannura

    • zainura66 Says:

      Ye, terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tuan dan pengikut setia Wannura juga !

      Salam ceria selalu….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: