Wannura

Koleksi Tumbuhan

Lemon ( Citrus limon ) vitamin C semulajadi Ogos 27, 2012

Filed under: Buahan — zainura66 @ 11:06 pm

Lemon ialah pokok kecil yang malar hijau berasal dari Asia dan juga nama untuk sejenis buah limau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya.

Lemon ialah antara pokok buah-buahan tertua yang berasal dari India, kini tumbuh meluas di kawasan iklim subtropika di seluruh dunia terutama Florida dan Mediterranean.

Biarpun buah lemon dan jusnya terasa masam dan berasid, tetapi ia mampu bertindak sebagai alat penampan kepada badan serta mengurangkan lebihan asid di dalam perut.

Jalur etimologi perkataan lemon menunjukkan asal Timur Tengah. Salah satu sebutan paling awal “lemon” dijumpai dalam dokumen Inggeris Tengah kebiasaan 1420-1421, yang menarik dari lemon Perancis Lama, dari situ ke limone Itali, daripada laymūn atau limun Arab, dari līmūn Parsi.

Kegunaan dan khasiatnya :

1. Jus dan kulit lemon – sebagai antiseptik .
2. Daun – boleh digunakan untuk mengurangkan demam panas
3. Buah – Kaya dengan vitamin C, menguatkan sistem imun badan dan bertindak sebagai antioksida untuk melindungi sel daripada rosak. Jus dari satu biji lemon mampu menyumbang 33% daripada keperluan vitamin C dalam kehidupan harian manusia. Manakala satu sudu besar perahan kulit lemon mengandungi 13% vitamin C dan jika diambil kedua-duanya ia sudah lebih daripada memadai untuk keperluan harian manusia.

Kesan terapeutik

Jika digunakan untuk fungsi dalaman badan, lemon mempunyai kesan tindakan anti ransangan. Ia juga membantu membersihkan dalaman tubuh badan dengan meningkatkan pengeluaran peluh dan memudahkan air kencing dikumuhkan.

Selain itu lemon juga dapat meransang selera, dan membantu penghadaman serta menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan kekejangan serta memberikan kesegaran secara menyeluruh.

Namun andai digunakan secara luaran, lemon mampu mengembangkan saluran darah dalam kulit.

Kandugan Lemon

Selain kaya dengan vitamin C, lemon juga mengandungi pektin dan sebahagiannya ialah pati minyak limonene, alpha terpinene dan bioflavonoids yang membantu menguatkan dinding-dinding kapilari.

Pati minyak tersebut diperolehi daripada kulit lemon yang boleh menransang aliran cecair limfa.

 

One Response to “Lemon ( Citrus limon ) vitamin C semulajadi”

  1. amir Says:

    saya ada membeli anak pokok lemon baru-baru ini..boleh terangkan cara penjagaan pokok tersebut agar hidup ssubur dan berbuah lebat..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: