Wannura

Koleksi Tumbuhan

Meroyan Air (Globba pendula Roxb.) herba untuk mandian lepas bersalin Ogos 29, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 5:41 pm

Pokok Meroyan Air biasanya hidup subur di dalam hutan. Nama saintifiknya ialah Globba pendula Roxb. Ia berada dalam keluarga Zingiberaceae.

Nama lain bagi tumbuhan ini ialah Halia burung, Meroyan tinggal, Halia hutan dan Puar birah dalam Bahasa Melayu, manakala Pendulous globba, Woodland ginger adalah dalam Bahasa Inggeris.

Ia tumbuh semulajadi di Indo-China, Thailand, Myanmar, Bangladesh, Malaysia, Sumatera, Java, Borneo.

Sungguhpun ia adalah dari keluarga halia (Zingiberaceae), Meroyan hutan tidak mempunyai aroma .

Pokok herba ini boleh tumbuh sehingga 100 sm tinggi; daunnya berbentu lonjong dan tirus itu mempunyai rerambut di atas sisi daunnya dan tersusun berpasangan kiri dan kanan batang pokoknya secara berselang seli.

Bunganya berbentuk bujur panjang dan berwarna jingga (oren).

Ia digunakan sebagai ramuan mandian wanita selepas bersalin.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: