Wannura

Koleksi Tumbuhan

Peria pantai (Colubrina asiatica) dijadikan ulam dan sabun Oktober 2, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 5:30 am

Keterangan

Peria pantai atau nama saintifiknya Colubrina asiatica merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa dijumpai di kawasan pantai di Malaysia. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah Peria laut atau Lather bush(English).

Ketinggian pokok ini hanya mencapai sekitar 3m. Rantingnya agak unik kerana pucuk yang baru kelihatan seperti pokok menjalar dan berubah menjadi ranting yang keras apabila matang. Daunnya mudah dikenali kerana permukaannya yang bersinar seolah-olah ada satu lapisan plastik yang melitupi permukaannya.

Bunganya kecil dan berwarna putih kehijauan. Buahnya pula berbentuk seakan buah berangan atau bongor tapi bersaiz kecil (rujuk foto). Buah peria pantai berwarna hijau ketika muda dan apabila matang ia akan menjadi coklat tua.

Kegunaan

Pokok peria pantai ini mengandungi saponin. Ia biasanya dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Ia juga boleh dijadikan sayuran untuk masakan. Pokok ini dipercayai dapat menstabilkan tekanan darah dan membantu mengawal diabetes. Daun pokok peria pantai juga boleh digunakan sebagai sabun. Daunnya akan menghasilkan buih jika diramas dalam air.

 

One Response to “Peria pantai (Colubrina asiatica) dijadikan ulam dan sabun”

  1. Florist Says:

    Online Flowers Shop Malaysia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: