Wannura

Koleksi Tumbuhan

Pokok Gajah Beranak Oktober 5, 2014

Filed under: Uncategorized — zainura66 @ 9:42 pm

Gajah beranak

Khasiat : GAJAH BERANAK (Goniothalamus scortechinii King).

Tumbuhan ini dikenali juga dengan nama Pelar. Tumbuhan ini biasa ditemui di kawasan hutan tanah pamah. Tumbuhan ini mempunyai 2 spesies iaitu daun besar dan daun kecil. Pokoknya tidak mempunyai dahan dan batangnya berwarna hitam. Daunnya pula panjang, mengikut arwah atuk saya tumbuhan ini mendapat gelaran Gajah beranak kerana selepas Gajah betina melahirkan anak, ia akan memakan akar tumbuhan ini.

Biasanya ia diramu bersama pokok herba lain dan akar tumbuhan ini dimasukkan hanya 3 – 5 keping racikan kerana akarnya bersifat panas. Keluarga Goniothalamus biasanya dijadikan penawar dalam perubatan tradisional. Ia merupakan Penawar Sakit Puan. Digunakan dalam perubatan tradisional sebagai campuran ramuan berahi perempuan dan wanita lepas bersalin (untuk mengecutkan peranakan). Wanita mengandung TIDAK dibenarkan meminum air rebusan pokok ini. Sumber : http://warisanetnobotani.blogspot.com.

Kesan ekstrak air akar pokok gajah beranak (eagb) keatas ketebalan endometrium daripada uterus mencit.

Daun gajah beranak dalam bahasa melayu nye… kalau dalam semelai di panggil Midur…. Tanaman herba yang dikatakan mempunyai banyak khasiat seperti menyembuhkan demam sejuk… Tanaman ini pula kalau bagi orang semelai selain kegunaannya utk menyembukan demam …daunnya juga dipercayai boleh mengelak dan menghalau dari gangguan makhluk halus dengan cara daunnya yang kering…
Pernah juga mencuba adakah benar berkesan jika diganggu makhluk halus bakar daun gajah beranak@midur boleh menghalaunya… jadi dengan beraninya cuba la umpan diri untuk diganggu…ternyata memang nasib nak kena malam tu.. sambil duduk isap rokok…terkejut seketika la sebab terdengar bunyi burung wak-wak atau reruak… se tau aku mana lah ada burung tu kat kawasan ni…nyaring bunyinyer…bingit telinga lebih kurang dalam 5 minit bende tu jadi terus nampak kelibat mcm kain putih lalu depan tempat duduk sekelip mata.. mengeletar la jugak…bakar daun gajah beranak@midur terdengar bunyik menjerit dan angin sepantas …menampar tubuh….

betul jugak…
ingat tipu…
tapi jangan la terlalu bergantung pada bende itu…
jangan taksub sangat…

Sumber : http://wwworangtasek-wiez.blogspot.com

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: