Wannura

Koleksi Tumbuhan

Mambu (Neem) Februari 15, 2019

Filed under: Uncategorized — zainura66 @ 7:19 pm

Nama sains: Azadirachta indica Syn. Melia Azadiracta, Antelaea azadirachta, Melia indica

Nama biasa: Mambu, neem, nim, margosa, sadu, sadao, dao, repe, imba, mamba, mimba intaran
Famili: Meliaceae (satu keluarga dengan pokok Mahogani/ Swietenia mahagoni dan Sentang/Azadirachta excelsea)
Negara asal: Malaysia, Indonesia, India, Myammar, Bangladesh, Sri Lanka, and Pakistan

Ketinggian pokok: 15-20 meter

Buah
• Sangat beracun

Fakta mengenai pokok ini
Pokok ini cepat membesar
Hidup di Negara beriklim Tropika dan separa tropika
Namanya di Afrika (Swahili) bermakna ‘pokok 40’ ianya dikatakan boleh menyembuhkan 40 jenis penyakit.

Di India, pokok ini dikenali dengan bermacam macam nama seperti,’Pokok sakti’, ‘Sembuh segala penyakit’, ‘Kedai ubat alam’,’ Ubat untuk segala penyakit’ dll.

Pokok ini tahan kemarau dan boleh hidup ditempat yang kurang air/ kering atau tanah berpasir.
Di India ranting pokok ini dikunyah untuk bersihkan gigi.

Di Senegal pokok ini telah digunakan sebagai ubat malaria dengan berkesan

Di kepulauan Pacifik daun mambu/neem dibuang ke laut, katanya ikan suka bertelur pada daun pokok ini.
Kegunaan sebagai makanan
Bunga di masukkan kedalam masakan kari
Di India, bunga pokok mambu/neem dan gula merah dibuat gula gula.
Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India., Vietnam dan Myammar

Pokok mambu atau Azadirachta indica daripada keluarga Meliaceae. Tumbuhan ini, walaupun biasanya tumbuh liar kadangkala ditanam sebagai pokok teduhan kerana ia senang berkembang.Tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya lebih jelas dan berwarna sedikit kekuningan. Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM, daun pokok mambu mempunyai beberapa kegunaan dalam perubatan tradisional. Menurutnya daun mambu boleh digunakan untuk merawat bisa pokok jelatang gajah, demam campak dan meredakan demam panas. Daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman.

Kaedah penggunan daun mambu untuk menghilangkan rasa gatal kerana demam campak ialah dengan mengambil beberapa helai daun mambu kemudian ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu sapulah daun tersebut ke badan pesakit. Bagi mengurangkan demam panas, rebus akar pokok mambu sehingga mendidih, kemudian ditapis bagi mendapatkan air rebusannya. Air tersebut diminum apabila suam. Bagi merawat bisa terkena pokok jelatang gajah, ambil beberapa helai daun pokok mambu yang segar, dibersihkan terlebih dahulu kemudian dikunyah mentah. Rasanya yang berangin seperti pudina bukan sahaja boleh mengurangkan bisa malah boleh menyegarkan mulut.
Khasiat perubatan
Daun, buah,, bunga dan kulit pokok digunakan untuk perubatan

Daun mambu dan halia untuk ubat cacing/vermifuge (Anthelmintic)

Atikulat(antifungal),

Ubat kencing manis (antidiabetic)

Anti-kuman/bacteria ( antibacterial)

Anti –virus (antiviral),

Anti kesuburan /membunuh mani (anti-fertility,)

Ubat tahan sakit (Sedative)

Digunakan didalam perubatan ‘Ayurvedic’ untuk penyakit kulit.

Ubat jerawat (acne treatment)

Pesakit cacar atau campak (smallpox /measles) tidur diatas daun mambu/neem.

Turunkan suhu badan (Febrifuge/antipyretics)Di India akar pokok ini digunakan untuk ubati demam panas.

Ubat sakit ‘scabies”

Astringent

Daun untuk ubati kudis

Mengikut dos yang betul daun mambu/neem diberi kepada haiwan ternakan untuk ketahanan melawan penyakit. (Increase immunity)

Kegunaan dalam industri sabun dan wangian

Minyak mambu/neem untuk perbuatan sabun, shampoo, krim, dll.

Minyak mambu/neem membuat kulit bergetah (elastic)

Anti serangga/ racun serangga organik (Organic Pest control)

Minyak mambu/neem menghidar dari gigitan nyamuk

Boleh menghindar/membunuh lebih dari 500 jenis serangga,kutu, nematodes, ianya akan menghindai serangga, kalau serangga memakan racun serangga dari mamu/neem ianya tidak membunuh serangga itu sebaliknya akan merusakkan generasi(kepompong) serangga itu.

Berbanding dengan racun kimia, mambu/neem selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan

Daun digunakan untuk hapuskan kutu rambut.manusia, kucing dan anjing.

Asap dari pembakaran daun mambu pun boleh membunuh seragga

Untuk membuat racun serangga anda cuma perlu ‘blend ‘ daun mambu/neem dengan cili api dan bawang putih. Tidak seperti racun kimia, ramuan ini anda boleh pegang dengan tangan (jangan diminum).

Kegunaan sebagai baja:
Daun pokok ini kaya dengan ‘potash’ dan’phophorus’ dan boleh dibuat baja.
Kegunaan landskap
Pokok teduhan/ teduhan yang luas
Tempat kurang hujan
Pokok tepi jalan (roadside planting)
Tanah berpasir
Tepi laut

Kandungan kimia
Saintis Pakistan ,Salimuzzaman Siddiqui pada tahun 1942 telah menemui bahan kimia pahit dari pokok mambu:-
1. Nimbin (dari minyak)
2. Nimbidin(dari minyak)
3. Nimbinin(dari minyak)
4. Azadirachtin(/dari biji)

AMARAN
Boleh dikatakan kebanyakkan bahagian pokok mambu/neem adalah beracun; rujuk kepada pakar perubatan Naturopathy Berdaftar sebelum mengunakannya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: