
Pokok Tetulang atau nama sains Euphorbia tirucalli[3], [4] merupakan pokok renek yang tumbuh dikawasan separa kering cuaca tropika. Pokok Tetulang menghasilkan susu getah yang boleh ditukarkan menjadi gasolin. Pengunaan ini amat menarik, kerana ia membolehkan penggunaan tanah yang tidak sesuai bagi tumbuhan lain. Dianggarkan 10 hingga 50 tong minyak dapat dihasilkan bagi setiap ekar.
Rujukan : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pokok_Tetulang
TULANG-TULANG atau TETULANG merupakan tumbuhan herba yang agak pelik bentuknya. Kalau dilihat sekali lalu mungkin pokok yang nama botaninya dipanggil Euphorbia tirucalli ini disangka hampir mati, walaupun ia sebenarnya tumbuh segar. Berbeza dengan kebanyakan tumbuhan lain yang sekurang-kurangnya mempunyai daun, tetulang langsung tidak berdaun apa lagi berbuah..Menurutnya, bentuk batang dan ranting dahan pokok tetulang adalah panjang dan membulat. Susunan ranting dahannya seolah-olah seperti rangka tulang manusia.
Khasiatnya…
👉 Dari sudut perubatan tradisional Melayu, pokok tetulang ini amat berkhasiat dan berkesan untuk merawat bisul, kesan bengkak dan juga kepatahan tulang.Walaupun ia merupakan tumbuhan tanpa daun dan buah, tetapi secara tradisi ia dikatakan mampu merawat bisul, kesan bengkak dan patah, khasiat tumbuhan ini tertumpu pada cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang.
Apa kata teman hari ni ?