Wannura

Koleksi Tumbuhan

Pokok Misai Kucing Ogos 21, 2021

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 7:10 pm


Nama Botani: Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)

Nama Lain: Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)

Famili: Lamiaceae

Pengenalan:

Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.

Daun dan bunga

Khasiat dan Kegunaan:

Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.

**Nota tambahan :

Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)
Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Tumbuhan ini mampu merawat penyakit buah pinggang, Batu pundi kencing, Jangkitan saluran kencing, Masalah Hati dan masalah pundi kencing, Kencing manis, Sakit sendi, Batu karang, Gout, Mengurangkan kolesterol & tekanan darah. ia Bersifat Antiallergic, Antihipertensi, Anti-radang, dan Diuretik

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: