Saya yakin ramai yang biasa melihat pokok herba yang dipanggil keremak merah atau ada yang turut memanggilnya kesum merah kerana seakan pokok kesum. Ada juga yang menanam pokok ini sebagai pokok hiasan menghiasi laman rumah.

Sememangnya kita tidak pernah terfikir bahawa tanaman penutup bumi yang di anggap sebagai pokok hiasan ini mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan.
Pokok ini juga amat mudah ditanam dan dibiakkan. Apa yang perlu ialah ranting dari pokok yang matang dipatahkan dan dicucuk di dalam tanah. Akar dari ranting ini akan tumbuh dan pokok ini akan tumbuh dengan banyak. Selain keratan ranting, biji pokok ini juga boleh digunakan untuk disemai.
Semasa Cik Nurhafizah Shaharudin bertugas di Jabatan Pertanian di Negeri Perak, mereka pernah dikunjungi oleh rombongan perawat alternatif dari negeri China yang ingin melihat koleksi herba di Taman Herba Negeri Perak yang terletak di Kg. Kepayang, Batu Gajah, Perak. Rombongan ini diketuai oleh Dr Khadijah yang juga berasal dari negeri Perak.
Menurut Dr Khadijah, pokok keremak ini mempunyai khasiat yang banyak dalam kesihatan manusia. Di antara kebaikan pokok keremak merah ini ialah ia dapat membantu dalam mengurangkan kandungan kolestrol dan seterusnya dapat membaiki pengaliran darah. Ia bagus untuk kesihatan jantung dan buah pinggang. Bagi tujuan itu, Dr Khadijah mengesyorkan pucuk keremak merah ini dimakan mentah dalam 25 helai sehari.

Pokok keremak merah ini bukan sahaja dapat dijadikan ulam mentah atau campuran salad, malah ia juga boleh dimasak seperti sayuran yang lain atau dijadikan jus kesihatan.
Resepi Jus kesihatan keremak merah
(Oleh Ummu Amani)

Seikat daun keremak merah dibasuh bersih (Elle rendam dengan air garam, kemudian basuh bersih sebelum direbus)
5 biji kurma merah (tak letak pun takpe)
2 liter air
Cara-caranya :-
Rebus kedua dua bahan DI atas sehingga mendidih.
Kemudian, tapis air rebusan tersebut sebelum minum.
Boleh disimpan dalam peti sejuk.
Saya rakamkan ucapan terima kasih buat Ummu Amani kerana berkongsi resepi ini.
Selamat mencuba !
Apa kata teman hari ni ?