Wannura

Koleksi Tumbuhan

Pokok Manjakani Mac 3, 2022

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 5:50 pm

Nama Tempatan : Pokok Manjakani (Mempening)

Nama Saintifik : Quercus infectoria oliv

Nama Lain : Alleppo oak, downy oak, gal oak, manjaan, majakan, jenuri, kani, cympsgailae tinctoria semen (nama fasmaseutikal) , maju/majuphul (nama avurveda)

Famili : Fagaceae/ Cupuliferae

Ramai yang beranggapan bahawa manjakani adalah sejenis buah yang dihasilkan oleh pokok manjakani. Sebenarnya manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tindakbalas pokok terhadap serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria) .

Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas , apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani.

Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli. Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering. Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.

Pokok manjakani boleh ditemui di hutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan. Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok yang sedang kita bincangkan ini iaitu pokok mempening.

Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita 1. 8 meter. Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.
Di sesetengah tempat, bijinya yang telah direbus dan dikeringkan dan dikisar hingga menjadi tepung dan dijadikan bahan untuk memekatkan rebusan dan sup (seperti kegunaan tepung jagung) dan juga di campur bersama tepung gandum dan dijadikan roti. Bijinya yang telah dipanggang dan dikisar boleh dijadikan minuman untuk menggantikan kopi.

Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid. Biji manjakani terbaik dikatakan berasal dari daerah Aleppo Syria. ”

KEGUNAAN:

Antara khasiat manjakani yang diketahui umum ialah ia dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita.

Ramai yang beranggapan bahawa manjakani adalah sejenis buah yang dihasilkan oleh pokok manjakani. Sebenarnya manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tindakbalas pokok terhadap serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria) . Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas , apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani. Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli. Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering. Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.
Pokok manjakani boleh ditemui di hutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan. Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok yang sedang kita bincangkan ini iaitu pokok mempening.

Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita 1. 8 meter. Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.
Di sesetengah tempat, bijinya yang telah direbus dan dikeringkan dan dikisar hingga menjadi tepung dan dijadikan bahan untuk memekatkan rebusan dan sup (seperti kegunaan tepung jagung) dan juga di campur bersama tepung gandum dan dijadikan roti. Bijinya yang telah dipanggang dan dikisar boleh dijadikan minuman untuk menggantikan kopi.

Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid. Biji manjakani terbaik dikatan berasal dari daerah Aleppo Syria. ”

Penyediaannya ialah dengan cara merebus 6 biji majakani dengan 3 helai daun beluntas dan 1 helai daun tutup bumi. Airnya direbus hingga mendidih dan menghasilkan air berwarna keperangan. Air ini akan diambil sebagai minuman sebanyak 2 kali sehari. Seeloknya air rebusan tidak disimpan terlalu lama walaupun di dalam peti sejuk. Manjakani juga sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. ia juga dapat mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga. Manjakani ini boleh direndam seketika dengan air suam dan dimakan bersama madu. Air rendamannya juga diminum. Ia begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran. Untuk kegunaan luaran buah manjakani boleh diasah pada belakang pasu dan bubuk yang terhasil ditampal pada luka. Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.

Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Rujukan : https://www.melur.com

BUAH MANJAKANI – KHASIAT DAN KELEBIHANNYA

Petua orang lama tidak dapat tidak untuk kita tolak dan tidak mengamalkannya. Antara petua dan amalan orang dahulu untuk menjaga kesihatan dalaman dan keharmonian rumahtangga ialah mengamalkan makan dan menggunakan herba. Manjakani merupakan salah satu amalan yang amat sinonim dengan amalan penjagaan kecantikkan oleh golongan wanita zaman dahulu. Sehingga kini amalan memakan dan menggunakan herba seribu guna ini masih lagi dipraktikkan. Tidak kira sama ada secara tradisional atau moden.

Kandungan Kimia yang terdapat dalam buah Manjakani secara semulajadi ialah

  • Tannins
  • Gllic Acids
  • Antioxidants
  • Vitamin ~ A dan C
  • Mineral ~ Calcium, Iron
  • Fiber
  • Protein
  • Karbohidrat

Panduan Menggunakan Buah Manjakani

Buah Manjakani Asli

Buah Manjakani boleh dijadikan sebagai air rebusan. Air rebusan buah Manjakani merupakan salah satu bentuk pencuci keintiman wanita yang sangat hebat bukan sahaja membantu mencuci bahagian sulit wanita tetapi juga boleh merawat masalah bau yang kurang enak di bahagian sulit serta membantu merawat keputihan. Sangat mudah untuk membuat air rebusan dari buah Manjakani anda hanya perlu mengambil 5-10 biji buah Manjakani dan rebus bersama 2 gelas air dan biarkan hingga mendidih dan apabila air rebusan telah sejuk atau suam boleh disimpan di dalam bekas seperti botol dan digunakan untuk mencuci vagina. Namun begitu, anda digalakkan untuk menyimpan air rebusan ini hanya untuk 3 hari sahaja. Selain di simpan di dalam botol anda juga boleh menyimpan air rebusan buah manjakani ini di dalam periuk rebusan terutama yang periuk tanah.

Air rebusan buah Manjakani ini juga boleh dijadikan sebagai air minuman untuk membantu menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalam dan membantu untuk kekal awet muda. Minum air rebusan setiap pagi akan membantu tubuh lebih cergas bertenaga sepanjang hari. Di samping itu, anda akan mendapat bonus badan yang lebih langsing hanya amalkan minum ½ cawan air rebusan Manjakani suam setiap pagi.

Selain itu, buah Manjakani juga boleh dijadikan ulam untuk di makan dengan nasi panas. Namun begitu rasanya sedikit pahit. Cara mengamalkannya amat mudah, ambil sebiji buah Manjakani dan masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih apabila nasi telah masak ambil buah tersebut dan potong nipis-nipis ketika buah masih lembut dan makan bersama nasi panas. Sangat-sangat digalakkan kepada mereka yang masih dalam tempoh berpantang.

Serbuk Buah Manjakani

Buah Manjakani juga boleh di olah menjadi serbuk kering dan dimasukkan ke dalam kapsul. Cara ini lebih mudah untuk diamalkan terutama bagi mereka yang tidak tahan dengan rasa pahit buah Manjakani.

Tips pengambilan serbuk buah Manjakani

Sapuan Istimewa

Serbuk Manjakani ini boleh di bancuh dengan air dan dijadikan masker vagina terutama bagi mereka yang bersalin normal. Ia akan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Selain itu, ia juga membantu memantapkan semula vagina agar lebih anjal dan rapat.

Masker Wajah

Selain itu, serbuk manjakani juga boleh dijadikan masker muka untuk merawat kulit berjerawat dan menegangkan wajah. Hanya bancuh sedikit serbuk manjakani dengan sedikit air dan sapukan di wajah yang bermasalah. Anda boleh mengamalkan seminggu sekali sebelum tidur dan cucilah wajah anda keesokan harinya. Anda pasti teruja dengan hasilnya. Amalan ini tidak hanya boleh di lakukan oleh ibu-ibu yang telah bersalin malahan juga si dara sunti dan si teruna yang mempunya masalah jerawat.

Kebaikan dan khasiat Buah Manjakani

> Awet Muda – Anti Oksidan yang terdapat dalam buah manjakani dapat membantu melambatkan proses penuaan
> Mencantikkan kulit
> Membantu mencegah jerawat
> Pencegahan Diabetes – Gallic Acid dapat membantu mencegah diabetes dan asma
> Pencegahan dari kanser serviks dan payudara
> Membantu merawat keputihan kerana kandungan estrigent dalam buah manjakani membantu menyingkirkan bakteria dan fungus yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.
> Tannins di dalam buah Manjakani pula dapat membantu menegangkan otot-otot faraj
> Membantu mengurangkan lebihan mukus dan lelehan di vagina
> Membantu menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah
> Membantu memberi tenaga
> Membantu menjaga kesihatan mata iaitu Memperbaiki tahap penglihatan.
> Kalsium yang terdapat dalam manjakani juga membantu menguatkan gigi dan tulang
> Memelihara kebersihan mulut
> Sangat Mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaran

#manjakani #buahmanjakani #serbukmanjakani

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: