Wannura

Koleksi Tumbuhan

Rancang Besi ubati lemah tenaga batin Julai 21, 2012

Ciri-ciri pokok:
Pokok ini jenis berkayu/ syrub. Mempunyai batang yang keras seperti lidi dengan diameter sehingga 1.5 sm dan licin.

Daun seperti sireh, berbentuk eliptik hingga lanseolat-eliptik atau ovat, mempunyai tiga urat daun yang jelas, bahagian bawah lebar, hujung daun menirus, permukaan bawah putih kekelabuan dan permukaan atas licin.

Infloresen tiada tangkai, bunga jantan kekuningan dan menghasilkan buah berwarna merah.

Akarnya setompok-setompok dan menjalar.

Taburan ekologi:
Taburan meluas di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan tanah rendah. . Ia tumbuh di kawasan hutan dan tempat sejuk.

Kegunaan
Akar dan batangnya direbus bersama ramuan pokok ubatan lain dan airnya diminum untuk mengubati lemah tenaga batin, urat saraf, penyakit gonorea dan tonik kesihatan. Ianya sesuai untuk lelaki dan wanita. 

Sumber : http://www.acp.upm.my/puchong/

 

Lengkuas Kecil untuk merawat bengkak badan Julai 1, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 4:53 pm
Tags: , , , ,

Lengkuas Kecil ini dari keluarga Zingiberaceae ini nama saintifiknya ialah Alpinia conchigera Burkill mempunyai batang yang lembut dan berakar serabut.

Ketinggian pokok herba ini adalah 50 sm dan berdiameter di antara 1 – 2- sm. Buahnya berwarna kekuningan dan bunganya berwarna kuning. Daunnya lebar kelihatan seperti Lengkuas. Biasanya ditemui di kawasan hutan pamah dan sering juga menjadi tanaman oleh penduduk kampung.

Kegunaan

Akarnya direbus dan airnya diminum serta dijadikan mandian bagi wanita lepas bersalin.
Serbuk akarnya juga dijadikan ramuan ubat sapu pada perut. Sementara daunnya pula direbus dan airnya dijadikan mandian bagi merawat bengkak badan . Ia juga dibuat ubat pupuk bagi mengubati bisul dan ubat lepas bersalin.

Manakala ubat pupuk yang dibuat daripada rizomnya digunakan sebagai sapuan pada badan untuk sakit dalam tulang. Kemungkinan juga pernah digunakan untuk membasuh rambut sebagai ubat kutu.

 

KUCING GALAK menguatkan tenaga batin

Filed under: Herba — zainura66 @ 9:29 am
Tags: , , , , , ,

Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya ‘Acalypha Indica‘ yang tumbuh liar ini berasal dari India dan di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.

Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatannya.

Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah ‘tenaga’.

Buahnya yang hijau dan lembut mengandungi biji yang lembut juga. Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang terbaik.

Pokok kucing galak boleh dibiakkan melalui biji benih. Buahnya akan mencambahkan biji apabila telah matang iaitu apabila matang, buah itu akan meletus dengan sendiri.

Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia? (more…)

 

Ekor kucing untuk si kencing manis Jun 26, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 12:07 am
Tags: , , , , ,

Pokok ini biasanya masyarakat Melayu jadikan minuman bagi pesakit kencing manis. Daunnya akan dikeringkan terlebih dahulu dan rendam 2 – 3 helai daun tersebut ke dalam air panas. Minum setelah suam.

Ada juga yang menggunakan pokok ini untuk dibuat mandian, terutama bagi wanita selepas bersalin. Selain dari itu, jika pesakit yang mengalami sengal-sengal badan juga boleh mandi dengan daunan herba ini.

 

Pokok Kanser (Pereskia sacharosa) Jun 24, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 5:38 pm
Tags: , , , , , ,

Jarum Tujuh Bilah, jarum tujuh, pokok kanser atau Chat Sim Chan merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara Asean lainnya. Nama saintifiknya ialah Pereskia sacharosa/saecnarosa. Tumbuhan dari keluarga kaktus (Cactaceae) ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina dan pokok ini merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. (more…)

 

Bebuas (Premna Spp) Jun 16, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 10:41 pm
Tags: , , , , , , ,

Bebuas

Bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Ciri botani

Ia ialah pokok kecil boleh mencecah setinggi 7 m. Batang banyak cabang, dan mudah bertunas sekiranya dicantas. Daun tunggal, sederhana besar, susunan bertentangan, berbentuk bujur dengan hujung menirus, pangkal daun membulat, tepi daun bergerigi, permukaan berkilat, tangkai daun panjang, warna daun hijau kekuningan ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang dan berbau unik. Bunga majmuk, kecil berwarna putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun, berbau kuat. Buah kecil, bulat, bergugus, hijau ketika muda bertukar warna ungu kehitaman setelah masak, dan terdapat satu biji bulat di dalamnya.

Penanaman

Ia sesuai hidup di tempat yang mendapat cahaya matahari pebuh atau separa di bawah naungan.

Khasiat

Mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E.[perlu rujukan]

Ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bebuas

 

Bunga Nasi Kerabu (Clitoria ternatea) Jun 15, 2012

Pokok ini dikenali sebagai Bunga Nasi Kerabu atau Bunga Telang. Nama saintifiknya ialah Clitoria ternatea. Panggilan nama pokok ini berbeza mengikut tempat / daerah atau sesebuah negeri itu. Oleh kerana ia biasanya digunakan dalam masakan khususnya masyarakat Pantai Timur, Malaysia iaitu negeri Kelantan sebagai pewarna nasi kerabu, ia lebih dikenali sebagai ‘Bunga Nasi Kerabu’. (more…)

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 79 other followers