Wannura

Koleksi Tumbuhan

Pandan Laut (Pandanus odoratissimus ) Jun 22, 2012

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 8:21 pm

Pengenalan

Pandan Laut atau Mengkuang laut ( Nama Botani : Pandanus odoratissimus dari famili Pandanaceae merupakan tumbuhan daripada keluarga pandan yang berasal dari Asia Tenggara. Pokok mengkuang laut biasanya hidup dan tumbuh secara meliar di kawasan tepi pantai dan kawasan paya berhampiran dengan laut. Pokok ini mampu mencapai ketinggian sehingga 5 meter. Ciri pokoknya hampir sama dengan mengkuang biasa tetapi batang pokok mengkuang laut mempunyai banyak cabang. Ia membiak melalui biji benih dan tunas pada dahan. Biji benih pokok mengkuang laut boleh terapung di atas air dan ia tersebar secara meluas ke pantai-pantai lain.

Kegunaan

Pokok Pandan Laut atau Mengkuang Laut yang mempunyai bentuk menarik ini dijadikan sebagai pokok hiasan landskap. Daun pokok mengkuang laut boleh digunakan untuk membuat tikar dan kraftangan. Bunga jantan pokok mengkuang laut berbau wangi dan manis seperti bau bunga mawar. Bunga jantan ini boleh dijadikan bahan campuran dalam minuman dan makanan. Akar mengkuang laut bersifat antipyretic, expectorant dan diuretic.

Sumber : laman-ayahsu.blogspot.com

 

PUTAT KAMPUNG (Barringtonia racemosa) pelbagai khasiat Ogos 8, 2010

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 8:42 pm
Tags: , , , , ,

Pokok putat biasanya ditemui tumbuh di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Ketinggian pokok putat mencapai sehingga 28 m. Daun putat berbentuk bujur, panjang dan tebal dengan bahagian tepi bergerigi kecil. Daun muda di bahagian pucuk berwarna merah keunguan dan apabila matang daunnya berubah menjadi hijau tua. Bunga putat mempunyai empat kelopak dan kudupnya berwarna merah keunguan atau putih mengikut jenis putat itu. Kegunaan Pokok putat berbuah sepanjang tahun dan buahnya yang muda boleh dimakan sebagai ulam. Pucuk putat lembut dan biasanya dibuat ulaman, kerabu atau sebagai ulaman dalam laksa. Pucuk putat yang tumbuh di tebing sungai digunakan sebagai syampu pada zaman dahulu kerana ia akan menghasilkan buih apabila diramas bersama air. Buahnya mempunyai rasa kelat dan perlu dikopek kemudian dihiris sebelum dimakan sebagai ulam. Buah putat juga boleh digunakan untuk mencegah kegatalan kulit dan mengubati beberapa jenis penyakit kulit. Pucuknya yang dimakan sebagai ulam adalah baik untuk kesihatan kulit, dan melancarkan perjalanan darah. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda. Buahnya yang diparut dan dijadikan jus ataupun ditampalkan pada bahagian muka boleh melicinkan kulit. Akar putat yang direbus, diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin. Daun putat yang ditumbuk bersama-sama beras, dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air akan mempercepatkan tempoh matang cacar air dan mencegah ia merebak ke seluruh badan. Kulit pokok putat yang dikeringkan dan dibakar kemudian asap yang terhasil disedut pesakit resdung dapat mengubati resdung yang dialami.

Sumber : http://adrydaud.blogspot.com/

Mengikut maklumat yang diperolehi, pokok putat boleh diproses sebagai ubat cacar air, gatal dan resdung. Berbeza dengan ubat-ubatan farmasi yang mana setiap jenis selalunya hanya digunakan untuk mengubati penyakit tertentu, kebanyakan pokok-pokok herba boleh menjadi penawar kepada banyak penyakit. Cara penggunaan atau perubatan menggunakan pokok-pokok herba boleh disesuaikan mengikut keperluan dan keserasian pesakit serta jenis-jenis penyakit yang dihidapi. Misalnya pokok putat mempunyai kelebihan kerana pucuk, daun matang, buah dan kulit batangnya masing-masing ada khasiat tersendiri. Pucuknya boleh menjaga dan memulihara kulit, buahnya untuk menyembuhkan atau mengurangkan gatal-gatal manakala daunnya untuk mengubati cacar air dan kulit batangnya pula bagi mengurangkan komplikasi resdung. Bagaimanapun, pokok putat atau nama saintifiknya Barringtonia Racemosa agak sukar ditemui kecuali di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), En.Tajuddin Abdul Manap memberitahu, ulam pucuk putat mampu memulihara kulit daripada penyakit gatal. Buahnya pula yang mempunyai rasa kelat perlu dikopek dan dihiris-hiris sebelum dimakan begitu saja atau dibuat sambal. “Buah putat ini juga mencegah serangan gatal-gatal di samping boleh mengubati beberapa penyakit kulit lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Kata beliau, untuk mendapatkan khasiat daun putat, lima atau enam keping daun perlu ditumbuk bersama-sama beras terlebih dahulu sebelum dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air. “Ia perlu diamalkan beberapa kali setiap hari bagi mempercepatkan tempoh matang atau `masak’ cacar air di samping mengelakkan ia merebak ke seluruh badan,” ujarnya. Sementara itu, En.Tajuddin menambah, kulit batang putat perlu dikopek dalam ukuran sebesar kotak rokok dan kemudian dijemur sehingga kering sebelum dibakar. “Kulit pokok ini perlu dibakar sedikit demi sedikit dan pesakit resdung kemudian bolehlah menyedut asap daripada kulit putat yang dibakar itu sehingga mereka merasakan hendak terbersin. “Dengan menyedut asap daripada kulit putat untuk beberapa ketika, pesakit resdung akan merasakan air lendir keluar dari hidung mereka,” Pelik Tapi Benar.. Percayalah….. kekeke

Sumber : http://putatan.aforumfree.com/

 

PUTAT MERAH (Barringtonia edulis)

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 8:31 pm
Tags: ,

 

JELAWAI (Terminalia subspathulata) Mei 21, 2010

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 8:08 pm
Tags: , , ,

Pengenalan

Pokok Jelawai (bahasa Inggeris: Malayan Terminalia) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Combretaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, dan Singapura. Pokok ini merupakan spesies yang mudah tumbuh di kawasan berpaya dan sering digunakan dalam rancangan penanaman pokok semula. Nama botaninya Terminalia subspathulata.

Kayu Pokok Jejawai ringan dan timbul dalam air, walaupun baru ditebang. Berat kayunya 450-480 kilogram per meter persegi apabila dibiarkan kering secara biasa. Batang Jejawai boleh diketam berkeping dengan mudah dan sering digunakan sebagai venier teras dalam penghasilan papan lapis. Kayu ini juga digunakan untuk membuat perahu.

Ciri-ciri fizikal

Pokok Jelawai ialah pokok yang besar dan tumbuh sehingga 50 meter (164 kaki) tingginya, dan mempunyai akar-akar banir yang ketara. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

Daun: Agak kecil, keras, dengan warna hijau kebiru-biruan sedikit pada permukaan bawah. Daun-daun ini luruh pada sekitar bulan Oktober, dengan daun dan bunga yang baru berkembang pada setiap bulan Mei.

Bunga: Amat kecil, dan berwarna kuning kehijau-hijauan, dengan bau yang kuat.

Buah: Leper serta bersayap, dan mengandungi sebiji biji. Buah-buah ini masak pada setiap bulan September

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Jelawai

 

NYIREH BATU (Xylocarpus moluccensis) Mei 3, 2010

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 2:56 am
Tags: ,

Pokok Nyireh Batu boleh tumbuh sehingga 20 m tinggi. Batangnya mempunyai kulit merekah dan berwarna perang. Daun tersusun secara berpasangan, tebal pada bahagian pangkal daun dan berwarna hijau tua apabila matang. Mempunyai bunga bersaiz kecil yang berwarna merah jambu dan buah jenis kapsul yang berwarna kuning keperangan apabila matang.

Sumber : http://bakau.forestry.gov.my/

 

BEREMBANG (Sonneratia casselaris)

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 2:04 am
Tags: , ,

Pokok berembang merupakan spesies perintis dan kebiasaannya dijumpai di kawasan-kawasan tebing berlumpur. Spesies pokok ini juga mudah didapati di kawasan sungai serta kawasan yang sentiasa dilimpahi air pasang setiap masa. Spesies ini menjadi tempat kelip-kelip (fire flies) jantan mencari pasangannya dan buahnya menjadi makanan kepada Tuntung laut (Painted terrapin). Buahnya mempunyai kaliks berbentuk segitiga rata di luar sepal. Kaliks mengembang seperti bintang di bahagian bawah buah. Kebanyakannya mempunyai akar pernafasan yang banyak di bahagian dasar.

Sumber : http://bakau.forestry.gov.my/

 

DUNGUN (Heritiera littoralis) ASAL NAMA POKOK INI Mac 19, 2010

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 8:01 am
Tags: , ,

 

PONG-PONG (Cerbera odollam) HERBA BERACUN JADI PENAWAR Mac 6, 2010

 

NIPAH (Nypa fruticans) : TUMBUHAN PELBAGAI KEGUNAAN Mac 4, 2010

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 12:29 am
Tags: , , , , ,

 

BAKAU (Rhizophora stylosa) Mac 3, 2010

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 2:30 pm
Tags: