Wannura

Koleksi Tumbuhan

Buah Pala (Myristica fragrans) Julai 11, 2012

Buah pala (bahasa Inggeris: nutmeg) ialah satu genus tumbuhan tropika yang pokoknya malar hijau. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia. Buah pala penting untuk dijadikan sebagai rempah.

Buah pala sebenarnya ialah biji pokok ini, dan berbentuk seakan-akan telur dengan ukuran 20-30 milimeter panjang dan 15-18 milimeter lebar, sedangkan selaput biji palan ialah aril atau kulit bijinya yang berwarna merah dan kelihatan kering dan seakan-akan renda.
Beberapa produk komersil yang lain juga dihasilkan oleh Pokok Pala, termasuk minyak pati, oleoresin tersari, dan mentega buah pala (sila lihat di bawah).

Spesies yang paling penting dari segi perdagangan ialah Pokok Pala Biasa atau Harum, Myristica fragrans, yang berasal daripada Kepulauan Banda di Indonesia; pokok ini juga didapati di Caribbean, khususnya di Grenada. Spesies yang lain termasuk Pokok Pala Papua, M. argentea, dari New Guinea, dan Pokok Pala Mumbai, M. malabarica, dari India; kedua-dua ini dipergunakan sebagai bahan lancung untuk produk-produk M. fragrans.

Pokok pala mempunyai ketinggian di antara 4-15 meter dan bersifat ‘unisek’, iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga jantan atau betina sahaja. Oleh itu, pada kebiasaannya satu batang pokok jantan ditanam di antara 10 batang pokok betina. Namun ada sumber yang mengatakan bahawa terdapat pokok yang mengeluarkan kedua-dua bunga jantan dan betina. Tetapi ini jarang ditemui.

Buah pala ialah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk yang berbeza di antara pokok yang berlainan. Ada pokok yang menghasilkan buah berbentuk bulat dan ada juga yang menghasilkan buah berbentuk pir. Secara purata berat buah pala ialah dalam lingkungan 89 g dan bergaris pusat lebih kurang 5.6 cm. Apabila buah ini masak, perikapnya yang berwarna kuning dan mempunyai ketebalan 1.5 cm terbelah dua dan mendedahkan biji yang berwarna perang keungguan serta berkilat. Biji ini diselaputi biji atau aril yang dipanggil ‘mace’ berwarna merah terlekat pada pangkal biji.

Bahagian perikarpnya, walaupun terlalu masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, ia boleh diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala. Manakala biji dan aril atau ‘mace’ boleh dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari ‘mace’ ini digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan terutamanya untuk memberi perisa pelbagai jenis sos dan kicap. Hasilan dari biji pala ini digunakan sebagai rempah, bahan perisa untuk masakan yang manis seperti kek dan masakan yang menggunakan susu.
Kedua-dua biji dan aril buah pala mengandungi minyak pala yang mempunyai perisa yang berbeza. Sejenis minyak yang bersifat tepu pada suhu bilik juga boleh dihasilkan daripada biji pala. Minyak ini digunakan sebagai minyak ubat sapu dan untuk pembuatan minyak wangi.

~ http://ms.wikipedia.org

Maklumat tambahan

Pokok Buah pala mampu tumbuh sehingga 8-12 meter tinggi dimana mempunyai batang utama dan banyak dahan. berwarna kelabu gelap Daunnya berbentuk elips langsing atau ‘ovate-alternate’ berwarna hijau berukuran 5 cm lebar dan 10 cm panjang. Pokok pala mempunyai ‘Pokok Jantan’ dan ‘Pokok Betina’ selpas 4-6 bulan kita dapat tahu diladang. Pokok Jantan menghasilkan debunga untuk pokok betina jadi pastikan pokok jandan tidak di tebang semua dan kadar disyorkan setiap 1 pokok jantan ada 8 pokok betina. Pokok yang ‘hemaprodite’ kadang-kadang ujud tetapi sangat jarang dijumpai dikebun.

Bunga pala keluar dari hujung dahan berwarna kekuningan dengan tangkai hijau yang pendek. Bunga betina berukuran 1 cm lebih panjang dari bunga jantan dengan berbentuk loceng dan tiada kelopak. Kedua2 bunga mengeluarkan nektar atau manisan utnuk di sedut oleh serangga yang akan mendebungakan secara bersilang atau ‘cross pollinatian’. Buah pala berbentuk lonjong seperti buah lemon dan berwarna kuning, ada isi dan mempunyai aroma khas. Bila masak sepenuhnya maka bahagian kulit dan daging akan membuka dan biji akan terlihat terbungkus dan berwarna merah. Satu buah biasanya menghasilan satu biji pala yng berwarna coklat.

Pokok buah pala atau ‘nutmeg’ ini merupakan pokok saka yang sesuai ditanam dikawasan panas, hujan melebihi 2,500 mm setahun, terlindung dari angin kencang dan tiada musim kemarau panjang. Penanaman buah pala menggunakan biji benih yang matang dan perlu disemai. Biji benih memerlukan 2-4 minggu untuk bercambah dan boleh di tanam keladang selepas 6 bulan. Oleh kerana pokok buah pala di tanam kebanyakkanya di lereng bukit di kawasan Pulau Pinang maka jarak tanaman 3-4 m x 3-4 m mengikut kesesuaian. Pembajaan dijalankan dengan memberikan baja organik sebanyak 4-5 kg sepokok setiap 6 bulan dan baja NPK mengikut kadar. Kawalan rumpai dijalankan dengan cara manual atau kimia.
Pokok pala akan mulai berbunga selepas 7-9 tahun ditanam. Buah-buah pala yang masak akan dikuitp secara manual dan dikumpulkan. Jika dibiarkan maka buah pala akan gugur dan disetengah negara biji akan dikutip untuk diproses. Kajian menunjukkan penghasilan pala paling optima sehingga 25 tahun dan pokok akan menjadi terlalu tinggi melebihi 20 meter sukar untuk aktiviti penuaian. Jika dibiarkan pokok pala mampu hidup sehingga beratus-ratus tahun. Pala dikutip dua tujuam iaitu untuk penghasilan buah segar bagi tujuan di proses jadi bahan makanan atau perubatan atau penghasilan biji buah untuk diproses. bagaimanapun buah yang cukup masak dituai dan dijemur selama 6-8 minggu dibawah cahaya matahari. Amalan di Malaysia kulit biji akan dikupas dan bijinya dijemur. Apabila buah kering maka buah akan berbunyi kerana saiz biji mengecil di keluarkan sebelum dijual biji pala (Di Indonesia).
Biji pala mengandungi minyak sebanyak 7 – 14% yang mempunyai nilai tinggi untuk pelbagai kegunaan. Minyak yang diekstrak ini digunakan untuk dijadikan ubatan farmasiutekal dan industri bau-bauan (minyak wangi). bahan kimia yang terkandung adalah seperti d-pinnene, dipentene, d-borneol, I-teripenol, geraniol, safrol dan myristicin. Buah pala sebenarnya berguna dalam masakan dan juga sebagai makanan. Di Pulau Pinang buah pala di hiris halus dan disalut gula daan dimasukkan dalam ‘ais kacang’. Buah pala juga digunakan sebagai ramuan masak kari, sayuran campuran, manisan di India, campuran minuman, candy dan sebagainya. Kajian klinikal menyatakan penggunaan produk buah pala yang sedikit memberikan kesan Psaikologi dan Neurologi manusia tetapi jika terlalu berlebihan akan memberikan kesan negatif yang tidak baik. Kandungan myristicin dalam buah pala boleh menyebabkan pening kepala, pengurangan air badan (dehydration), palpitations, convulsions, nausea dan sebagainya jika tidak mengikut peraturan dosej makan. kajian lanjut perlu dijalankan mengenai tanaman ini yang ditanam tidak berapa luas atau komersial di Malaysia.

Sumber : ~ http://animhosnan.blogspot.com

 

BIJI SAWI PUTIH (Sinapsis alba L. ) rempah ratus penawar penyakit Disember 12, 2010

Filed under: Rempah ratus — Wannura @ 6:33 pm
Tags: , , , ,

BIJI SAWI PUTIH

Nama botani bagi biji sawi putih ialah sinapsis alba L. dan dari keluarga Cruciferae atau Brassicacea .

CIRI-CIRI

Pokok herba ; 30-60 sm tinggi (kadangkala 120 sm tinggi). Batangnya berjalur dan berbulu. Daunnya mempunyai bentuk dan saiz berbeza, berselang seli, daun yang paling besar biasanya terdapat di tengah pokok. Manakala bunganya kecil, jambak bunga pada hujung ranting dan juga pada ketiak daun. Petal bunga berwarna kuning; 4 petal pada satu bunga. Buah jenis silik; 2 – 4.5 sm panjang, bahagian antara biji tercerut.

TABURAN
Berasal dari kawasan Mediterranean Timur dan Timur Tengah. Masa kini ia ditanam dalam banyak negara; penghasil utama ialah Kanada dan Eropah.

PENANAMAN
Sawi putih ditanam dengan menggunakan biji. Bijinya cepat bercambah selepas disemai. Pokok boleh dituai antara 10 – 25 minggu selepas disemai mengikut jenisnya. Ia memerlukan suhu yang sederhana semasa bercambah; tetapi suhu yang lebih tinggi dan jangkamasa matahari yang lebih panjang diperlukan pada peringkat berbunga dan berbuah. Ia memerlukan banyak nitrogen dan tumbuh paling baik di atas tanah yang senang ditembusi air dan akar. Di kawasan tropika, ia hanya boleh ditanam di kawasan yang mempunyai musim sejuk dengan jangkamasa matahari yang panjang.

PENYAKIT / PEROSAK
Pokok boleh dijangkiti beberapa jenis penyakit kulat. Perosak yang dikhuatiri menyerang ialah afid dan kumbang.

KHASIAT MAKANAN

Biji : Bahan utama sos biji sawi yang boleh dibuat dengan campuran tepung biji sawi putih dengan tepung biji sawi hitam atau pahit dan cuka. Ia juga boleh dibuat dengan hanya biji sawi pahit dicampur cuka dan rasanya lebih pedas. Herba lain boleh juga dimasukkan mengikut cita rasa dan tradisi. Madu lebah, gula atau kanji boleh dicampur untuk membuat sos yang kurang pedas. Biji sawi digunakan dalam masakan sebagai perisa acar, daging, ikan, salad, snek dan sosej. Minyak sawi digunakan dalam sos mayonis. Benih yang bercambah dimakan mentah dalam salad dan sandwic.
Daun: dimakan sebagai sayur.

KANDUNGAN
Biji : 5% air, 26% protin, 36% minyak, 23% karbohidrat, 5% fiber, asid arakidik, asid erucik, asid ligoserik, asid linoleik, beta-karotena, fosfatas, glukosinolat, glikosida, isotiosianat, laktas, linamaras, mirosinas, riboflavin, sinalbin dan stiamin.

Nota : Dalam perdagangan dunia, biji sawi putih merangkumi 60% dan biji sawi pahit 40%; manakala biji sawi hitam begitu sedikit dikomersialkan.

KHASIAT UBATAN
Biji : Sebagai ubat untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus, kahak, meransang peluh; digunakan sebagai diuretik, emetik, peradang dan stimulan. Infusi diminum untuk merawat bronkitis, batuk, reumatisme, sakit kerongkong dan bengkak anak tekak. Minyak dari bijinya digunakan sebagai ubat luaran dan dalaman untuk merawat tumor. Juga digunakan sebagai ubat luaran untuk merawat neuralgia.

KEGUNAAN LAIN
Minyak biji sawi putih digunakan sebagai minyak pelita dan minyak pelincir.

Rujukan : Rempah-ratus : Khasiat makanan dan ubatan oleh Hean Chooi Ong

 

BIJI SAWI HITAM (Brassica nigra) Disember 9, 2010

Filed under: Rempah ratus — Wannura @ 5:36 pm
Tags: , , , ,

Biji sawi hitam digunakan sebagai perisa acar, daging, ikan, jeruk, salad, snek dan sos sejak zaman purba lagi.

Khasiat ubatan

Biji – Digunakan untuk meransang muntah dan peluh ; sebagai diuretik, stimulan, mengeluarkan kahak dan meradangkan kulit. Ianya dihancurkan, ditelan bagi merawat masalah perut, selsema; ditampal pada radang sendi, bisul bernanah, lumbago, penyakit kulit dan reumatisme.

Infusi diminum untuk memanaskan perut dan membuka selera, merawat bronkitis, sakit kepala, reumatisme, sakit kerongkong dan selsema. Dekoksi diminum untuk merawat busung, masalah hati dan limpa, pleurisi dan sakit kepala.

Daun – Ditumbuk lumat dan tampal pada penyakit kulit. Dekoksi diminum untuk merawat spasma. Daun dimasak sup dan diminum untuk merawat radang pundi kencing atau dimasak bubur untuk dimakan bagi merawat pendarahan dalaman.

Minyak – Digunakan pada bisul bernanah, gatal, ulser dan meransang pertumbuhan rambut

Kegunaan Lain

Minyak sawi digunakan untuk membuat gas pemedih mata, pencegah anjing serta kucing dan membuat sabun. Lebah yang mengumpul nektar bunga sawi menghasilkan madu berwarna cerah dan rasa yang sederhana.

 

BUAH KERAS (Aleurites moluccana) REMPAH MERAWAT PENYAKIT Julai 12, 2010

Filed under: Rempah ratus — Wannura @ 7:23 am
Tags: , , ,


POKOK BUAH KERAS

PENGENALAN
Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana.

Taburan aslinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana pokok ini awal-awal lagi telah disebarkan oleh manusia. Pokok ini kini ditemukan secara meluas di kawasan-kawasan tropika Dunia Baru dan Dunia Lama.
Pokok Buah Keras tumbuh sehingga 15-25 meter tingginya, dengan dahan-dahan yang merampak. Daunnya sederhana dan berbentuk telur, dengan tiga lobus (kekadang lima, tetapi jarang) dan hujung yang tajam. Panjangnya 10-20 sentimeter, dengan warna yang hijau pucat.

Buahnya berbentuk kekeras bulat, dengan diameter 4 – 6 sentimeter. Bijinya mempunyai kulit yang keras yang membolehkannya dijadikan lilin. Nama bahasa Inggeris untuk Pokok Buah Keras ini berasal daripada ciri bijinya ini.

KEGUNAAN (more…)

 

POKOK KAS-KAS (Poppy seeds) – Papaver somniferum L. Jun 10, 2010

Filed under: Rempah ratus — Wannura @ 11:46 pm
Tags: , , , , ,

Pengenalan
Nama pokok rempah kas-kas dalam bahasa Inggeris ialah ‘Poppy seeds’ dan manakala nama botaninya pula ialah Papaver somniferum L. dan sinonim dengan Papaver somniferum L. subsp. Hortense Husserot. Ia adalah dalam keluarga Papaveraceae.
Pokok candu popi (poppy opium), Papaver Somniferum, adalah sejenis tanaman di mana candu (lateks) dan biji poppy diambil. Banyak sumber opiat diperolehi daripada candu. ; termasuk morfina, tebain, kodeina, papaverine dan noscapine. Nama Latin botaninya itu bermaksud, longgar (loosely), popi yang “boleh-melenakan” (sleep-bringing poppy), merujuk pada sifat ubat penenang dari beberapa opiat. Pokok popi ini adalah satu-satunya spesies Papaveraceae yang merupakan tanaman di sektor pertanian berskala besar . Spesies-spesis yang lain, Papaver rhoeas dan Papaver argemone , adalah gulma pertanian penting dan mungkin salah untuk ditanam.Tanaman ini juga mempunyai nilai bagi tujuan tanaman hiasan dan telah dikenali sebagai “taman umum popi” (common garden poppy), merujuk kepada semua kumpulan tanaman popi. Biji benih popi papaver dari Papaver Somniferum merupakan satu daripada bahan makanan terpenting dan juga sumber minyak biji popi; minyak goreng untuk tujuan kesihatan serta mempunyai banyak kegunaan. Ia juga banyak ditanam sebagai bunga hiasan di seluruh Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Asia.
Papaver Somniferum mempunyai banyak sub-spesies atau varieti dan kultivarnya. Warna bunganya pelbagai , seperti juga halnya ciri-ciri fizikal yang lain seperti jumlah dan bentuk kelopak, jumlah bunga dan buahnya, jumlah biji benih, warna biji benih, pengeluaran candu dan sebagainya. Keluarga kumpulan Papaver Somniferum Paeoniflorum (kadang-kadang disebut Papaver paeoniflorum) adalah sub-jenis candu popi yang menghasilkan bunga berganda dan tumbuh dalam berbagai warna. Manakala kumpulan Papaver Somniferum Laciniatum pula (kadang-kadang disebut Papaver laciniatum) adalah sub-jenis candu popi yang menghasilkan bunga berganda dan bentuknya sangat melengkung; kelihatan seperti jambul yang beropol !
Beberapa varieti yang lain, terutama Norman dan Przemko, memiliki kandungan morfin yang rendah (kurang dari satu peratus), jauh lebih tinggi konsentrasi daripada alkaloid yang lain. Namun sebahagian besar, termasuk yang paling popular untuk digunakan sebagai tanaman hiasan atau pengeluaran benih, memiliki kandungan morfin lebih tinggi, dengan rata-rata kandungan hingga 10%.
(Sumber : http://en.wikipedia.org/).

 

SADERI (Apium  graveolens) – MERAWAT GOUT Februari 28, 2010

Filed under: Rempah ratus — Wannura @ 5:12 am
Tags: , , , , ,

 

Halba (Fenugreek) – Trigonella foenum-graecum Januari 30, 2010

 

Biji Sawi (black mustard) – Brassica nigra L Januari 27, 2010

Filed under: Rempah ratus — Wannura @ 11:27 am
Tags: , , ,

 

Bawang merah (shallot) – Allium ascalonicum L. Januari 21, 2010

Filed under: Rempah ratus — Wannura @ 6:47 am
Tags: , , ,

 

Ketumbar (Coriander) – Coriandrum sativum Januari 14, 2010

Filed under: Rempah ratus — Wannura @ 7:47 pm
Tags: , , , ,